Masyarakat dunia mengakui bahawa undang-undang Islam merupakan suatu perundangan yang menyeluruh , sempurna dengan aspek kehidupan di dunia dan selepas mati.Hal ini telah diakui semenjak zaman awal pembentukan perundangan Islam itu lagi. Hakikat tersebut terserlah kerana perundangan Islam tidak digubal mana-mana badan mahkamah atau parlimen , bahkan ia digubal oleh Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
Apa yang uniknya undang – undang dan perundangan Islam tidak mempunyai apa-apa kesan sama ada ia dilaksankan atau diabaikan. Autoriti perundangan Islam tetap gah dan terserlah dalam sebarang keadaan dan zaman. Namun kerugian akibat mengenepikannya dirasai oleh manusia itu sendiri. Semua itu kerana perundangan Islam ditetapkan bertujuan membawa rahmat kepada manusia seluruhnya. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.”(Surah al-Anbiya’ ayat 107)
PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian Bahasa :
Perkataan perundangan (al-tasyri’) menurut pengertian bahasa membawa
beberapa erti antaranya :
a. Sumber air mengalir atau mata air.
b. Jalan yang lurus. Iaitu jalan yang membawa kepada kebaikan kehidupan dan akal manusia.
Pengertian Istilah :
Perkataan tasyri’ menurut istilah atau syarak bermaksud:
a. Merangka peraturan – peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan syariat Islam.
b. Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat
mengetahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, serta apa yang berkaitan
dengan hukum dan perintah terhadap mereka.
c. Menjelaskan, menerangkan tentang hukum- hakam juga membentuk peraturan-peraturan
atau undang-undang.
Berdasarkan pengertian tersebut, Perundangan Islam merangkumi
hukum-hukum Allah terhadap segala perbuatan manusia , samada yang
berbentuk halal atau haram, makruh atau sunat. Iaitu segala apa yang
diwahyukan oleh Allah yang disampaikan oleh RasulNya yang terkandung di dalam
al – Quran dan Hadis.
KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM
Perundangan Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri yang berbeza dari yang lain . Antara ciri-ciri keistimewaan lslam adalah seperti berikut :
1) RABBANIYYAH (SYARIAH ITU DARI ALLAH)
RABBANIYAH bermaksud hokum dan peraturan islam ini dari Allah swt dan bukan dari ciptaan manusia. Ia merupakan wahyu Allah swt kepada nabi Muhammad saw dengan lafaz dan maknanya iaitu al-Quran, atau dengan makna tidak lafaz iaitu al-Sunnah. Ciri inilah yang membezakan antara perundangan duniawi kerana ia bersumberkan manusia sedangkan perundangan islam sumbernya pencipta itu sendiri . Berdasarkan hakikat tersebut maka prinsip-prinsip syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai kesempurnaan mutlaq .
Hukum- hukum syara’ juga mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsure-unsur paksaan .
Contohnya, orang Arab pada zaman jahiliah memang suka minum arak dan telah menjadi tradisi atau budaya hidup mereka seharian. Apabila Islam datang menerangkan bahawa dosa dan keburukan minum arak itu lebih besar daripada manfaatnya, kemudian diperintahkan mereka tidak melakukan solat ketika mabuk, akhir sekali barulah turun ukum Allah yang menegaskan hukum minum arak seperti yang terkandung di dalam fiman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu , hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya.
(al-Maidah:90)
Maka kalimah yang memberikan erti kehidupan hendaklah kamu menjauhinya mempunyai kehebatan, kegerunan, rasa kehormatan dan mempengaruhi jiwa orang-orang islam dengan begitu berkesan sekali sehigga mereka sanggup pecahkan tempayan-tempayan arak yang ada di rumah masing-masing dan juga di kedai-kedai arak. Inilah perundangan islam yang diberi penghormatan dan ketaatan oleh meraka yang beriman dengannya.
2) BALASAN DUNIAWI DAN UKHRAWI
Syariat Islam mempunyai balasan Duniawi dan Ukhrawi. Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun civil. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap pelanggaran hukum syara’ samada ia amalan hati mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah(sivil) mahupun jenayah.
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah, dan siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya akan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampai batas-batas syariat-Nya akan dimasukkan ke dalam api neraka, berkekanlah ia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghinakan. (An-Nisa:13,14). Balasan ukhrawi menyebabkan seseorang muslim itu dengan sendirinya akan tunduk kepada hukumsyariat samada dalam keadaan tertutup mahupun terbuka, pada waktu keseorangan mahupun di kalayak ramai, hanya semata-mata takut kepada Allah .
3) ‘ALAMIYYAH DAN UMUMIYYAH
Syariah Islamiyyah menjadi rahmat kepada seluruh alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua mas dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia., Negara ,bangsa dan kesejagatan Syariah Islam telah ditegaskan oleh Allah swt dalam firmanya yang bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad: “Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya”. (Al-A’raf:158)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan tidaklah kami mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbia’:107)
Ciri Keempat : KEKAL
Syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir.Al-Qur’an yang merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin oleh Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang perubahan.
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Kesemua Syariat Islam, secara umumnya untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hukum - hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan di semua tempat dan setiap masa, kerana Allah yang Maha Mengetahui telah menciptakannya untuk seluruh manusia.
Al- Quran merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin oleh Allah SWT terpelihara sehingga hari kiamat dan tidak dapat diselewengkan atau diubah walaupun satu kalimah. Sunnah nabawiyyah pula merupakan sumber kedua syariah islam. Ia merupakan penjelasan bagi al –Quran dan sebagai pelengkap bagi sistem-sistem Islam.Allah telah memilih dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk memelihara al-Qur’an daripda dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Allah menyerahkan kepada ulama-ulama yang tegas, mujahhidin yang berwibawa dan orang-orang yang dipercayai.
Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)
Sekirang Allah menjamin terpeliharanya Al-Quran sehingga ke hari kiamat maka secara tabi’i juga Allah menjamin terpeliharanya Sunnah Nabawiyyah sampai akhir zaman kerana kedudukannya adalah untuk menjelaskan al – Quran.Al-Qur’an dan Sunnah adalah pasangan yang rapat yang tidak boleh dipisahkan di antara satu dengan yang lain.
Ciri Kelima : SYUMUL(SyumĊĞliyyah)
-Menyeluruh
Sesungguhnya Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup.Ia mencakupi sistem dan perundangan yang meliputi dalam tiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlak atau yang berhubung dengan undang-undang umum seperti masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain.
Berdasarkan kesyumulan ini dapatlah dibahagikan hukum-hukum Syariat kepada tiga kelompok :
1) Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu al-kalam atau tauhid.
2) Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau tasauwuf.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
3) Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya tentulah dalam ilmu fiqh.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian pertama: Ibadat seperti solat, puasa,zakat,nazar dan sumpah.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)
Bahagian Kedua: Adat dan muamalat yang bertujuan mengatur hubungan manusia.
Kesyumulan syariat Islam ini tidak ada bandingannya dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana undang-undang ciptaan manusia tidak mencakupi masalah aqidah, akhlak dan ibadat.
Ciri Keenam: KESEIMBANGAN KEBENDAAN DAN KEROHANIAN
Antara keagungan perundangan Islam ialah ia tidak menjauhkan kebendaan daripada kerohanian dan tidak memisahkan dunia dan akhirat, tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai satu unit yang mutakammil(lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak Allah atau hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain.
Syariah Islam dengan sistemnya yang mutakammil tidak menyetujui kehidupan yang membujang ataupun pengasingan diri daripada masyarakat. Syariah menganjurkan kepada manusia untuk mengimbangkan antara keadaan-keadaan tersebut supaya tidak berat sebelah ataupun meninggalkan satu tangggungjawab demi tanggungjawab yang lain.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
KEPENTINGAN MEMPELAJARI TARIKH TASRI' / PERUNDANGAN ISLAM

Al Quran sentiasa mendorong manusia kepada sifat keseimbangan antara kebendaan dan kerohanian. Terutamanya dalam menunaikan hak Allah seperti solat di samping kehidupan perniagaan.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula jual beli daripada mengingati Allah dan (daripada) mendirikan solat dan (daripada) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.
(An - Nur : 47)
Semua asas – asas yang diletakkan oleh Islam adalah untuk mengimbangkan kehidupan manusia antara kebendaan dan kerohanian,, agama dan dunia serta ibadah dengan kehidupan, agar manusia melaksanakan tugas dan menunaikan risalah dengan cara yang paling sempurna serta melakukan hak pada tempatnya dalam kehidupan.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI TARIKH TASRI' / PERUNDANGAN ISLAM
- Mengetahui prinsip dan tujuan syari’at Islam
- Pemahaman terhadap Islam yang komprehensif
- Sebagai bentuk penghargaan atas jasa para ulama
- Melahirkan perasaan bangga terhadap syaria’at Islam
- Menghasilkan motivasi dan optimis untuk mengembalikan kejayaan Islam.
- Melahirkan sikap toleransi terhadap perbezaan di antara umat Islam
1. Mengetahui prinsip & tujuan syari'at islam.
Tujuannya syariat islam adalah untuk :-
-Menjaga martabat seorang muslim
-Sebagai pembeza atau identify seorang muslim dibandingkan dengan penganut agama lain.
Prinsip syari'at islam:-
-Mengutamakan unsur keadilan dan kasih sayang.
**bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan & manifestasi hukum islam.
-Melalui pemahaman akan menimbulkan sikap toleransi & memandang semua orang dengan pandangan yang sama iaitu paling mulia di sisi Allah SWT.
-hanya yang dianugerahkan ketaqwaan dan menjadi keunggulan dari umat lainnya.
2. Pemahaman terhadap islam yang komprehensif.
Melalui kajian perundangan islam kita dapat mengetahui kesempurnaan & syumuliyyah ajaran islam terhadap seluruh aspek kehidupan yang tercermin dalam peradaban umat yang teragung terutama di masa kejayaan.
PENERAPAN SYARIAT ISLAM bermaksud perhatian dan kepedulian negara & masyarakat terhadap :-
-pendidikan.
-ilmu pengetahuan.
-ekonomi.
-akhlaq.
-aqidah.
-hubungan sosial.
-hukum.
- dan aspek-aspek lain.
**dengan demikian adalah keliru jika ada persepso bahawa syariat islam hanyalah mempunyai hukum 'UQUBAT' SEPERTI QISHASH, REJAM, DAN SEJENISNYA.
**ISLAM BUKAN SEKADAR DOKTRIN ,IBADAH DAN PENGHAMBAAN , tetapi ISLAM BERSIFAT HOLISTIK & UNIVERSAL SERTA SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN & ZAMAN .
MASIH ADA PEMISAHAN DALAM KAJIAN HUKUM ISLAM DENGAN NEGARA , MAKA ITULAH LIBERAL
KERANA IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA MENGATAKAN BAHAWA ISLAM ADALAH:-
-DOKTRIN IBADAH
-EKONOMI
-PEDANG & JIHAD
-METOD & STRATEGI POLITIK
-YANG MENJAMIN KEHIDUPAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT.
JIKA ISLAM DIPANDANG DARI SATU SUDUT / SATU SISI TERTENTU MAKA DAPAT DIKATAKAN BAHAWA IA MASIH MEMPERMAINKAN TENTANG PEMAHAMAN KEISLAMANNYA KERANA ALLAH SWT MEMBERIKAN PERINTAH KEPADA UMATNYA UNTUK MASUK KEDALAM AGAMA INI SECARA KAAFFAH ( KESELURUHAN) & TIDAK SEBAHAGIAN TERTENTU SAHAJA.
3. Sebagai bentuk penghargaan atas jasa para ulama
~ Melalui kajian sejarah perundangan islam kita dapat menghargai usaha & jasa para ulama, mulai dari para sahabat rasulullah SAW hingga para imam& murid-murid mereka dalam mengisi khazanah ilmu & peradaban kaum muslimin...
* para ulama terdahulu mencurahkan kehidupan mereka untuk perkembangan keilmuan islam, tidak hanya sebatas ilmu yang bersifat QAULIYAH akan tetapi hanya ilmu KAUNIYAH.
d) Melahirkan perasaan bangga terhadap syari’at
Islam
Islam
- Melalui kajian ini akan lahir dalam diri kita rasa kebanggaan terhadap syari’at Islam, rasa bangga itu muncul kerana memahami bahawa syari’at Islam adalah satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat Islam dari jurang kemurkaan Allah SWT.
- Syari’at Islamlah yang menjadi ukuran baik dan buruk serta menjadi kayu ukur dalam setiap langkah dan pergerakan umat Islam.
- Yang paling penting ialah bagaimana kita memberikan pemahaman dan mewariskan sikap kebanggan akan syari’at Islam ini kepada generasi akan datang.
- Sebagai yang kita ketahui bahawa negara barat akan sentiasa dan terus menerus meracuni pemikiran generasi muda sehingga menyebabkan mereka terpesong dari syari’at Islam yang sebenar.
e) Menghasilkan motivasi dan optimis untuk
mengembalikan kejayaan Islam
- Melalui kajian umat Islam terhadap tarikh tasri’ ini akan membangkitkan semangat bahawa Islam mengalami kejayaan yang gemilang.
- Islam dengan syari’atnya telah membangunkan umat-umat yang unggul(cemerlang) dalam segala aspek kehidupan dan menjadi rujukan utama dalam kajian keilmuan.
- Optimis(keyakinan) akan kejayaan Islam dan syari’at Islam menjadi payung dan landasan dalam setiap penyelesaian permasalah adalah sikap mulia yang perlu ditanamkn dalam jiwa setiap umat Isalm.
f) Melahirkan sikap toleransi terhadap perbezaan di antara umat Islam
- Toleransi terhadap perbezaan tatacara ibadah yang merupakan furu’iah(cabang)bagi umat Islam seharusnya tidaklah menjadikan konflik yang akan mengakibatkan kurangnya semangat persatuan dan kesatuan umat Islam jika memahami secara mendalam tentang tarikh tasyri’ ini.
- Pemahaman terhadap tarikh tasyri’ akan melahirkan sikap toleransi dan saling menghormati serta saling menghargai terhadap perbezaan pendapat, pemahaman dan pandangan selagi pemahaman tersebut berdasarkan pada penafsiran A-Quran dan hadis yang benar.
KEPENTINGAN PERUNDANGAN ISLAM
- Mengawal kemahuan dan kehendak manusia dari mengikut tuntutan nafsu semata-mata.
- Islam mensyariatkan undang-undang yang mampu mengawal segala perilaku manusia agar keamanan dan keadilan dalam masyarakat terus menjamin. Undang-undang yang disyariatkan secara langsung dari pencipta ini, pasti mempunyai nilai dan ciri-ciri khusus yang mampu mencapai objektif perundangan sebenar.
KEPENTINGAN
TERHADAP INDIVIDU :-
- KEHIDUPAN DIBERKATI ALLAH SWT.
- MEMPEROLEHI KETENANGAN JIWA.
- MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP.
TERHADAP MASYARAKAT:-
- JENAYAH BERKURANGAN.
- BEBAS MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN.
- HARTA DAN NYAWA TERPELIHARA.
TERHADAP NEGARA:-
- AMAN DAN HARMONI.
- MAKMUR DAN MAJU.
- EKONOMI BERKEMBANG DENGAN MAJU.
KESIMPULAN