Syariat Islam merupakan ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammmad s.a.w sama ada ia berkaitan dengan:
a) Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal
manusia daripada cengkaman berhala, taklid dan khurafat.
b) Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal
manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa nafsu.
c) Pembaikan masyarakat untuk membebaskan
umat daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan.
Untuk mencapai semua keperluan diatas,
syaricah datang membawa satu sistem sivil yang menyusun hubungan manusia sesama
manusia, manusia dengan tuhan, dan memelihara hak-hak mereka di muka bumi.
Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa syaricah itu terdiri daripada tiga
dasar utama, iaitu caqidah caqliyah, cibadah ruhiyyah dan sistem perundangan
kehakiman.
Firman
Allah:
Maksudnya: “Pada hari ini telahKu sempurnakan
untuk kamu agama kamu, telahKu cukupkan kepadamu nikmatKu, redha Islam itu
menjadi agama bagimu.”
Antara perkara yang diterima dan disepakati
oleh ahli fiqh dan undang-undang ialah, setiap sistem yang ada, sama ada yang
berasal daripada Allah (rabbani) ataupun ciptaan manusia (wad’iy) mestilah
mempunyai kelebihan-kelebihan dan ciri-cirinya tersendiri. Kita perlu
memahami dan mengetahui dengan sebenar-benarnya ciri-ciri undang-undang Islam
untuk melihat keistimewaannya berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia.
Oleh yang demikian, penulisan ini akan
membincangkan sebahagian daripada ciri-ciri dan keistimewaan perundangan Islam
iaitu; ketuhanan, universal, menyeluruh, keaslian dan keabadian, serta
memudahkan dan menghilangkan kesulitan
. 1.0
Ketuhanan (Rabbaniyyah).
Yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah di sini
ialah hukum-hukum syaricah serta sistem-sistemnya bukan merupakan ciptaan
manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahan dan keterbatasan. Ia juga
tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor
warisan, iaitu watak dan hawa nafsu. Tetapi Allah S.W.T adalah penggubalnya
serta pemilik makhluk dan pentadbiran ala mini. Dialah Rabb seluruh isi alam
yang telah menjadikan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Seorang mukmin yang sebenar ketika dia
melaksanakan manhaj rabbani ini akan melaksanakan seluruh perintah Allah dengan
perasaan gembira dan senang hati berasaskan sifat kejujuran serta keikhlasannya.
Ini adalah kerana:
a) Dia benar-benar mengetahui
bahawa Allah adalah Pencipta Yang Maha Berkuasa. Dia berhak berbuat
sekehendak-Nya terhadap perihal makhluk-Nya. Manusia merupakan makhluk yang
yang lemah dan terbatas serta tidak berhak berbuat sesuatu melainkan hanya
patuh kepada apa yang telah dipilih oleh Allah baginya tanpa perasaan ragu-ragu
dan sangsi.
Firman Allah: Maksudnya: “Dan Tuhanmu
menciptakan apa yang dia kehendaki dan memilih-Nya. Sekali-kali tidak diberi
pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka
persekutukan (dengan Dia).”
b) Dia
mengetahui dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah
lebih mengetahui tentang hukum-hukum yang disyaricat untuk hamba-hamba-Nya dan
lebih tahu tentang masalah yang diwujudkan oleh mereka.
Firman Allah: Maksudnya: “Tidakkah mereka
tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya
Allah amat mengetahui segala yang ghaib.”
c) Dia
tahu sebenar-benarnya, bahawa Allahlah Yang Maha Bijaksana tentang apa-apa yang
disyariacatkan-Nya. Maksud kebijaksanaan Allah S.W.T ialah Dia meletakkan
sesuatu pada tempatnya yang sesuai dengan bentuk yang dapat membawa kepada
kemaslahatan dan menolak kebinasaan.
Firman Allah: “Allahlah Yang Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.”
d) Dia
mengetahui dengan sesungguhnya bahawa manusia tetap lemah pada dasarnya dan
tidak mampu untuk sampai ke tingkat kesempurnaan walaubagaimana matang ilmu
pengetahuan dan tinggi kebudayaannya.
Firman Allah: Maksudnya: “Dan manusia
dijadikan bersifat lemah.”
Selain itu, sebagaimana yang telah dinyatakan
bahawa manusia dipengaruhi oleh suasana alam sekeliling, hawa nafsu. warisan
dan dibentuk oleh aqidah yang dianutinya. Manusia juga mudah dipengaruhi oleh
kecenderungan tertentu yang berkaitan dengan dirinya. Realiti antarabangsa,
persaingan sosial dan pertentangan pemikiran yang manusia cenderung kepadanya
sekarang ini adalah merupakan bukti yang paling nyata bahawa manusia mudah
terpengaruh dengan semua faktor tersebut. Akal dan ilmunya adalah terbatas dan
ia lemah untuk mencipta undang-undang bagi dirinya walaubagaimana matang dan
sempurna dirinya.
Firman Allah: Maksudnya: “Dan diatas
tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu adalah lagi Yang Maha Mengetahui.”
Oleh kerana itulah kita lihat bahawa seorang
mukmin yang mempunyai pandangan yang matang, faham tentang hakikat dirinya akan
segera melaksanakan syaricat Allah. Dia bergerak untuk melaksanakan manhaj
rabbani dengan keyakinan bahawa pembinaan manusia hanya terjamin dengan
mengikut Yang Maha Sempurna, menyerahkan diri kepada Yang Maha Suci daripada
kekurangan dan berserah diri kepada Yang Maha Agung, iaitu Allah semata-mata.
Firman Allah: Maksudnya: “Dan (hukum)
siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang yang yakin?”
Oleh kerana rabbāni inilah seseorang muslim
tidak mempunyai pilihan lain untuk menerima atau menolak syaricah kerana
menerimanya adalah tuntutan keimanan dan fitrah seorang insan. Benarlah Allah
Yang Maha Agung berfirman: Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki mukmin
dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah
menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang
urusan mereka.”
1.1
Implikasi Perundangan Allah dengan Perundangan Manusia.
Umumnya, perundangan dibentuk samada
perundangan Islam mahupun selainnya, adalah untuk menjaga kemaslahatan umat
manusia sejagat. Meskipun ia dilihat seperti mempunyai persamaan, namun ada
segi-segi perbezaan yang jauh sekali.
Pertama:
Kehendak Tuhan tidak boleh disamakan dengan kehendak manusia yang selalu
mengalami kekurangan yang sesuai dengan sifatnya. Oleh kerana itu,
undang-undang yang diciptakan oleh manusia tidak dapat memberikan kebahagiaan
individu mahupun masyarakat.
Kedua:
Nas-nas dari al-Qur’an dan al-Hadith terjamin dari kesalahan, akan tetapi
seelok manapun manusia, ia tidak terlepas daripada kesalahan.
Ketiga: Undang-undang manusia tidak memperoleh
penghormatan yang tinggi dan suci seperti yang diperoleh oleh hukum Islam, dan
hal ini disebabkan kerana hukum Islam bersumberkan pada wahyu Tuhan, sedang
hukum manusia bersumberkan kepada sifat dan perbuatan manusia itu sendiri. Oleh
yang demikian, hukum Islam boleh mengalami kestabilan dan perlaksanaannya dapat
didasarkan atas kerelaan selam dasar-dasar hukum tersebut dating dari Tuhan di
mana semua perbuatan-perbuatan dan perintah-perintah-Nya hanya dimaksudkan
untuk mewujudkan kebaikan keatas manusia.
2.0
Universal (Al-'Ālamiyyah).
Syariat
Islam dalam semua hukum, sistem dan prinsipnya mempunyai corak kemanusiaan
(insāniyyah) dan bersifat universal. Syariat Islam merupakan rahmat bagi
seluruh alam, petunjuk dan pedoman kepada semua manusia dan jalan hidup bagi
semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk kawasan atau puak tertentu
tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpa melihat warna kulit, jenis bahasa
atau tempat.
Oleh
itu, tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum
dan tidak ada kasta dalam Islam. Semua manusia adalah sama, tidak ada kelebihan
bagi mereka yang berbangsa Arab ke atas bangsa bukan Arab kecuali dengan takwa.
Ciri universal perundangan ini diterangkan oleh Allah dalam beberapa ayat,
antaranya
Firman
Allah: Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi
rahmat bagi seluruh alam.”
Firman-Nya
lagi: Maksudnya: “Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepada semua.”
Firman-Nya
lagi: Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya bagi pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan.”
Rasullullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku berikan lima perkara yang tidak diberikan
kepada nabi-nabi sebelumku. Aku ditolong oleh Allah dengan Dia mendatangkan
perasaan ru’b (gentar) dalam hati orang-orang kafir selama sebulan, bumi ini
dijadiak masjid bagiku dan suci (untuk tayamum), siapa saja daripada umatku
apabila masuk waktu solat hendaklah dia solat, dihalalkan bagiku ghanimah
(harta rampasan), nabi-nabi dahulu diutus kepada kaum mereka khususnya
sedangkan aku diutus kepada seluruh umat manusia dan diberikan kepadaku
syafaat.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Disebut dalam hadith sahih bahawa Rasulullah
s.a.w menghantar utusan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar seperti
Al-Najasyi, Heraklius, Kisra dan Muqauqis untuk mengajak mereka kepada Islam.
Surat Nabi kepada mereka yang bermaksud:
“Dengan ini saya mengajak tuan menuruti ajaran Islam. Terimalah ajaran Islam,
tuan akan selamat, Tuhan akan memberi pahala dua kali ganda kepada tuan. Kalau
tuan menolak, maka dosa orang-orang arisiyin menjadi tanggung jawab tuan. Wahai
orang-orang Ahli Kitab, marilah sama-sama kita berpegang pada kata yang sama
antara kami dan kamu yakni bahawa tidah ada yang kita sembah selain Allah dan
kita tidak akan mempersekutukan-Nya dengan apapun, bahawa yang satu takkan
mengambil yang lain menjadi tuhan selain Allah. Tetapi kalau mereka menolak
juga, katakanlah kepada mereka, saksikanlah bahawa kami ini orang Islam.”
Antara
faktor-faktor cālamiyyah (universal) undang-undang ini adalah tugas yang
diberikan oleh Allah kepada umat Islam di setiap masa dan tempat untuk
menyampaikan dakwah dan risalah Islam agar ia menjangkau ke seluruh pelosok
muka bumi.
Allah
S.W.T berfirman:
Maksudnya:
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh
manusia berbuat baik, melarang mereka dari yang mungkar dan kamu beriman kepada
Allah.”
Firman-Nya
lagi: Maksudnya: “Begitulah kami menjadikan kamu sebagai umat pertengahan agar
kamu menjadi saksi atas manusia dan rasul menjadi saksi atas kamu.”
Bertolak
daripada arahan-arahan rabbāni mengenai ciri-ciri universal dakwah ini, umat
Islam di seluruh muka bumi bergerak menyampaikan risalah Allah sambil merasa
takut kepada-Nya dan tidak ada yang mereka takuti selain daripada Allah
semata-mata.
Slogan-slogan
yang mereka laungkan di seluruh dunia ialah: “Allah mengutus kami untuk
membebaskan manusia daripada kesempitan dunia ini kepada kelapangan-Nya dan
daripada kezaliman agama-agama kepada keaslian Islam.”
Ciri calamiyyah ini hanyalah merupakan kesan
daripada corak rabbani dalam undang-undang Islam. Andaikata penciptanya seorang
manusia atau kelompok manusia, nescaya dia akan memihak, secara disedari atau
tidak kepada bangsa, kasta dan kepentingan masing-masing. Tetapi penggubalnya
adalah Allah, di mana mereka semua adalah hamba-Nya. Tidak ada kelebihan
seseorang ke atas yang lain atau suatu kelompok ke atas kelompok yang lain
melainkan dengan sifat taqwa.
3.0
Menyeluruh (Syumūliyyah).
Seterusnya,
fiqh Islam berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia kerana ia mencakupi
tiga bidang perhubungan manusia iaitu hubungan manusia dengan Tuhannya,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakatnya.
Ini
kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan dunia dan akhirat, kerana fiqh ialah
agama dan kerajaan serta kerana fiqh adalah untuk seluruh manusia dan kekal
hingga ke Hari Akhirat. Ia mencakupi sistem dan perundangan yang meliputi dalam
tiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan
aqidah, ibadah atau akhlak atau yang berhubung dengan undang-undang umum
seperti masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan,
ekonomi dan lain-lain.
Semuanya
itu terkandung dalam prinsip-prinsip yang terperinci lagi bijaksana dan
undang-undang rabbāni yang abadi. Semuanya itu adalah wahyu daripada Yang Maha
Bijaksana lagi Maha Terpuji. Al-Qur’an sendiri telah menyatakan ciri menyeluruh
serta ketinggian prinsip-prinsip dan sistemnya dengan keterangan yang cukup
jelas.
Allah
berfirman: Maksudnya: “Tidaklah Kami lupakan sesuatupun dalam al-Kitab.”
Firman-Nya
lagi: Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur’an) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi
orang-orang yang menyerah diri.”
Berdasarkan
maksud dan matlamat tersebut, maka hukum-hukum fiqh mengandungi dua jenis:
1) Hukum ibadah yang terdiri
daripada sembahyang, puasa, haji, zakat, nazar, sumpah yang lain-lain hukum
yang bertujuan untuk menyusun hubungan antara manusia dengan Tuhannya.
Al-Qur’an telah menyebut hal-hal yang berkaitan dengan ibadah dan jenisnya
dalam kira-kira 140 ayat.
2) Hukum Muamalah yang terdiri daripada kontrak,
keseksaan, jenayah, jaminan dan lain-lain yang berkaitan dengan hubungan
manusia dengan manusia, sama ada secara individu atau jamacah. Hukum-hukum ini
boleh dibahagikan kepada berikut:
a) Undang-undang Keluarga
(al-Ahwāl al-Shakhsiyyah), iaitu hukum-hukum yang berhubung dengan kekeluargaan
yang bermula daripada pembentukannya hinggalah ke akhir perkahwinan;
mengandungi antara lain perkahwinan, talak, nasab, nafkah, perwarisan dan
lain-lain. Undang-undang ini bertujuan menyusun hubungan suami isteri dan
keluarga.
b)
Undang-undang Sivil, iaitu undang-undang berhubung dengan kira bicara
seseorang, seperti jual-beli dan sewa menyewa, gadaian, jaminan, syarikat,
pinjam-meminjam dan penyempurnaan tanggungan. Undang-undang ini bertujuan untuk
mengatur hubungan individu dengan individu dari segi harta kekayaan serta
memelihara hak kepentingan seseorang. Al-Qur’an telah menyebutkan hukum-hukum
sivil ini lebih kurang dalam 70 ayat.
c)
Undang-undang jenayah, iaitu undang-undang yang berhubung dengan kesalahan
jenayah yang dilakukan oleh sesorang mukallaf yang menyebabkan ia wajar untuk
menerima hukuman. Tujuannya kehormatan dan hak-hak mereka. Ia mengatur juga
hubungan di antara penjenayah dengan mangsa dan masyarakat. Ia juga bertujuan
menjaga keamanan. Al-Qur’an telah menyebutkan hukum jenayah ini dalam lebih
kurang 30 ayat.
d)
Undang-undang acara sivil dan jenayah, iaitu undang-undang yang berhubung
dengan kehakiman, pendakwaan, tuntutan dan cara pembuktian dengan penyaksian,
sumpah, qarinah dan seterusnya. Undang-undang ini bertujuan untuk menyusun
acara untuk menegakkan keadilan di antara manusia. Al-Qur’an telah menyebutkan
lebih kurang 20 ayat berhubung dengan kehakiman dan kesaksian.
e)
Undang-undang perlembagaan, iaitu undang-undang yang berhubung dengan sisitem
dan asas pemerintahan. Undang-undang ini bertujuan untuk menentukan hubungan
antara pemerintah dengan orang yang diperintah (rakyat) dan menetapkan
kewajipan dan hak-hak individu dan masyarakat.
f)
Undang-undang antarabangsa, iaitu undang-undang yang berhubung dengan sistem
dan asas hubungan antara negara Islam dengan negara yang bukan Islam semasa
damai dan perang, juga hubungan rakyat bukan Islam dengan negara Islam.
Undang-undang ini juga meliputi hal-hal yang berkaitan denagn jihad dan
perjanjian. Tujuan undang-undang ini adalah untuk menetapkan jenis hubungan,
kerjasama dan hormat-menghormati di antara negara.
g)
Undang-undang ekonomi dan kewangan, iaitu yang berhubung dengan hak individu
tentang kewangan dan harta serta tanggungan mereka dalam sistem dan peraturan
kewangan, menentukan hak dan kewajipan Negara dari segi kewangan, mengatur
hasil dan pendapatan serta perbelanjaan negara. Undang-undang ini bertujuan
untuk mengatur dan menyusun hubungan kewangan dan pembahagian kekayaan diantara
yang kaya dengan miskin dan diantara negara dan rakyatnya.
Banyak lagi kaedah dan prinsip lain yang
ditetapkan sama ada dalam al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijmac dan al-Qiyas. Semuanya
itu tidak lain merupakan dalil yang nyata bahawa Islam adalah agama dan negara
serta merupakan penegasan yang pasti bahawa Islam adalah syumul bagi setiap
masa dan tempat. Kesyumulan Islam diakui juga oleh para sarjana Barat seperti
Dr. Moris (Perancis), katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya
adalah sebaik-baik kitab yang dikeluarkan oleh inayah ketuhanan kepada anak
Adam dan sebenarnya ia sebuah kitab yang tidak ada sebarang prasangka.”
Henry
de Costrie berkata, maksudnya:
“Bahawasanya
al-Qur’an menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan ianya telah diturunkan
kepada Muhammad yang membuktikan kebenaran risalahnya.”
Alex
Loison pula berkata, maksudnya:
“Muhammad
telah meninggalkan kepada dunia sebuah kitab yang menjadi lambing keindahan
bahasa dan sastera dan dasar akhlak, iaitu kitab suci dan tidak ada
masalah-masalah ilmiah yang baru dibongkari atau penemuan-penemuan baru satu
masalah pun yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, maka persesuaian yang
sempurna ada di antara pengajaran al-Qur’an dan undang-undang alam.”
4.0
Keaslian dan Keabadian.
Antara
ciri-ciri syariah Islam yang nyata sekali ialah ia mempunyai sifat-sifat asli
yang tetap serta keabadian yang kekal dalam nas dan sumber-sumbernya tanpa
mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an yang merupakan sumber utama
perundangan Islam telah dijamin oleh Allah terpelihara sehingga hari
kebangkitan dan tidak dapat dikotori dengan tangan-tangan jahat, dengan
penyelewengan atau sebarang perubahan. Itulah al-Qur’an yang telah melalui
peredaran masa lebih 14 abad sejak ia mula diturunkan. Ia adalah al-Qur’an yang
sama pada hari ini, pada lafaz, makna, tajwid dan bacaannya.
Firman
Allah: Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Musuh-musuh
Islam telah berusaha sepanjang masa untuk merubah isi kandungan al-Qur’an
walaupun dalam satu kalimah. Dunia mengetahui dan sejarah menyaksikan bahawa
segala percubaan mereka yang berdosa berakhir dengan kegagalan dan kehancuran,
bahkan mereka tidak dapat apa-apa daripada usaha mereka melainkan kehinaan,
kenistaan dan celaan semua generasi. Al-quran telah merakamkan ketika mana
Allah mencabar golongan yang kafir untuk mendatangkan sesuatu yang lebih baik
daripada al-Qur’an. Namun mereka gagal berbuat sedemikian.
Firman Allah S.W.T : Maksudnya: “Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan
tujuan hendak membuat dan mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al-Qur’an
ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang setanding
dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu sesama mereka sendiri.”
Keaslian
al-Qur’an bukan sahaja wajib diyakini oleh setiap muslim bahkan bagi mereka
yang bukan Islam seperti sarjana-sarjana Barat yang berfikiran terbuka juga
mengakui tentang keaslian dan keabadiannya yang kekal sepanjang generasi.
Mereka telah mengatakan sesuatu yang benar secara bersih dan objektif. Mereka
menjelaskan kesahihan hakikat al-Qur’an dengan terperinci dan jujur.
Antara
mereka ialah Prof. Reynold Nicholson yang menyebut;
“Al-Qur’an
merupakan dokumen kemanusiaan yang tinggi menerangkan secara terperinci rahsia
kelakuan Nabi Muhammad s.a.w pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita
benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur unik yang tidak boleh diragui dan
diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula al-Qur’an, (sejarah) Islam sejak
pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh
ditemui dalam agama-agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama
daripada agama kuno.”
Sunnah
Nabawiyyah pula merupakan sumber kedua daripada sumber-sumber syaricah. Ia
merupakan penjelasan bagi al-Qur’an dan sebagai pelengkap bagi sistem-sistem
Islam. Allah telah memilih dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk
memelihara al-Qur’an daripda dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Allah menyerahkan
kepada ulama-ulama yang tegas, mujahhidin yang berwibawa dan orang-orang yang
dipercayai. Sejarah manusia belum pernah menyaksikan kemampuan manusia seperti
mereka, ketelitian mereka dalam menerangkan tingkatan suatu hadith, pengetahuan
tentang perihal sanad dan matan, asal-usul riwayat dan kefahaman mengenainya
sehingga sampailah sunnah kepada kita pada hari ini dalam keadaan bersih dan
suci serta tidak dicampuri oleh sebarang subahat. Setiap mereka yang
berpengetahuan ketika merujuk kitab-kitab sunnah dan rujukan hadith yang besar
akan tahu darjat sesuatu hadith. Mereka dapat memastikan kesahihan atau
kelemahannya dan dapat meneliti semula sanad dari segi tacdil (keadilan) atau
jarahnya (kecatatan). Semua itu adalah hasil daripada kerja keras ahli hadith
yang dipercayai, berwibawa dan kritis di sepanjang masa.
Sekiranya
Allah menjamin terpeliharanya al-Qur’an sehingga hari kiamat maka secara tabici
juga Allah menjamin terpeliharanya Sunnah Nabawiyyah sampai akhir zaman kerana
kedudukannya adalah untuk menjelaskan al-Qur’an. Al-Qur’an juga sebagai
penyempurnaan sistem-sistem Islam seperti yang telah disebutkan tadi. Jadi
al-Qur’an dan Sunnah adalah pasangan yang rapat yang tidak boleh dipisahkan di
antara satu dengan yang lain. Pemeliharaan Allah terhadap al-Qur’an adalah
termasuk juga dengan pemeliharaan Sunnah, dan hal ini berlaku terus menerus
sehingga Allah mewarisi bumi ini dengan segala isinya.
Firman
Allah: Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Kesimpulannya,
al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah adalah pasangan yang rapat bahkan merupakan dua
dokumen yang asli dan sumber yang kekal untuk memelihara prinsip-prinsip
syaricah dan keabadian hukum-hukumnya sehingga hari kiamat.
5.0
Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran.
Matlamat
utama penurunan syaricah adalah bagi memberi kemudahan kepada manusia dalam
menyelesaikan segala permasalahan dalam kehidupan di samping menegakkan
keadilan di muka bumi.
Demikian
juga Muhammad berkata yang bermaksud, “agama itu mudah, tidak mampu seseorang
untuk menyusahkan masalah agama melainkan ia akan menghadapi kebuntuan.”
Ciri
ini dilaksanakan dalam semua aspek perundangan Islam termasuk dalam jenayah,
perhubungan dan sebagainya. Seseorang yang banyak mengikuti ajaran syaricah
akan mendapati ia mempunyai sifat-sifat kemudahan, tidak sukar dan
menghilangkan kesulitan. Bahkan mereka mendapati matlamat daripada tasyrik
(perundangan) itu sendiri bukanlah menimpakan kesusahan kepada manusia, tekanan
dan paksaan dengan tugas-tugas tetapi membawa kemaslahatan-kemaslahatan hidup
mereka di dunia dan akhirat sesuai dengan kemampuan dan batas-batas fitrah
mereka.
Firman
Allah S.W.T: Maksudnya: “Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak
mengkehendaki kesusahan bagimu.”
Dalam
surah al-Hajj ayat ke-78 firman Allah:
Maksudnya:
“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.”
Surah
al-Bāqarah ayat ke-286 firman Allah:
Maksudnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” Nas-nas
ini dan lainnya menguatkan serta membuktikan bahawa Islam yang membawa prinsip
yang bertimbang rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan
tidak membebankan manusia dengan tanggungjawab di luar jangkauannya. Ini adalah
untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak mempunyai alasan dan dalih untuk
lari daripada perintah syarac atau meninggalkan larangannya.
Bagaimanapun
para fuqaha’ telah menggariskan sebab-sebab yang meringankan taklif kewajipan
agama disebabkan tujuh perkara, iaitu:
i)
Perjalanan (bermusafir)-dibolehkan untuk tidak berpuasa, solat jamac dan qasar,
gugur solat Jumaat dan berjemaah.
ii)
Sakit-dibolehkan berbuka puasa, tayamum dan solat duduk.
iii)
Paksaan-dibolehkan mengucapkan kalimah kufur, meninggalkan yang wajib,
membinasakan harta orang lain, memakan bangkai dan meminum khamar.
iv)
Lupa-dimanfaatkan makan di siang hari di bulan Ramadhan dan tidak haram
sembelihan bagi yang lupa menyebut Basmalah.
v)
Jahil-dibolehkan mengembalikan barang kerana ada caib yang tidak diketahui
(Ummu Balwa)-dimaafkan percikan najis daripada Lumpur di jalan yang sukar
dielakkan.
vi)
Kekurangan-dihapuskan taklif orang yang hilang kelayakan seperti kanak-kanak
dan orang gila.
Antara
bukti-bukti yang menghilangkan kesulitan dalam agama ialah menerima syahadah
(kesaksian) perempuan pada hal-hal yang tidak boleh dilihat oleh lelaki seperti
kesaksian kelahiran untuk menetapkan keturunannya dan juga dibolehkan dengan
kuat sangka (tidak mesti dengan keyakinan yang pasti) dalam menentukan arah
kiblat, bersihnya tempat dan air, adilnya seorang saksi dan keputusan qadi.
Perlu
diperhatikan bahawa prinsip mudah dan menghilangkan kesulitan ini tidak boleh
digunakan sebagai wasilah (cara) untuk menggugurkan pelbagai kewajipan tanpa
ada alasan yang dibolehkan oleh syarak.
Ø Fokus
selepas penghijrahan Rasulullah
Ø Penubuhan
Negara Islam
u
Penduduk Tetap – Muslim & Non Muslim
u
Penduduk Tetap bukan nomadic
u Wilayah yang jelas
u
Kerajaan –
Pengiktirafan – Keupayaan hubungan luar
Ø Pembentukan
Perlembagaan Islam
• Allah
• Rasul
• Pemimpin
Ciri-ciri Perundangan Zaman Rasulullah
Ø Pensyariatan
berdasarkan kes yang berlaku
a)
Melalui wahyu –
l Wahyu
turun atas alasan masa dah sampai
• Contoh:
l Jenayah- al-Nisa:92
l Ditanya
Sahabat
b)
Ijtihad Rasulullah berdasarkan
–
Ilmu
–
pengawasan Allah – tidak ikut nafsu
–
jika melencong segera ditegur. Contoh:
Ø Tidak
timbul perselisihan pendapat
l Jika
timbul – Rasulullah sebagai rujukan
l Jika
ada – hanya bersifat sementara
Ø Hukum
berubah melalui tadarruj dan nasakh
l Setengah
hukum utk masa tertentu (Sementara)
l Tujuan
– boleh terima hukum secara beransur-ansur
l Pindaan
terakhir bersifat kekal. Contoh
Sumber Perundangan di Zaman Rasulullah
Ø Sumber
perundangan hanyalah wahyu
Ø Wahyu
sahaja yang terdiri daripada:
l Al-Quran,
al-Sunnah & Ijtihad Rasul
Ø Sahabat
berijtihad?
l Dikira
sumber perundangan jika diakui
l Alasan
– Rasulullah masih ada
Pengkanunan Undang-undang Di Zaman Rasulullah
Ø Belum
lagi bermula
Ø Penulisan
al-Quran
l Bermula
sejak awal
l Penulis
wahyu rasmi – Zaid, Ali, Uthman dll
l Tidak
sistematik dan teratur dlm mashaf lengkap
Ø al-Sunnah
l Peringkat
awal tidak ditulis secara meluas kerana terdapat larangan pada permulaannya
l Ramai
sahabat menghafal
Perundangan Islam Di Zaman Khulafa’ al-Rashidin
Ø Suasana
mula mengalami perubahan kerana pertambahan bangsa yang menganut Islam
Ø Undang2
Islam masih terbentuk secara praktikal
Ø Tiada
undang2 yang dibuat secara teori
Sumber Perundangan Khulafa’ al-Rashidin
Ø Sumber
perundangan:
Ø al-Quran
– Jika tiada maka dirujuk kpd
Ø al-Sunnah
– Jika tiada juga, barulah
Ø al-Ra’y
atau Ijtihad: Qiyas, istihsan, istislah dll
Ø al-Ra’y
al-Jama’iyy & al-Ra’y al-Fardiyy
Ø Beberapa
Contoh Ijtihad Dan Fatwa Sahabat
Ø Perlantikan
khalifah
l Ijtihad
pertama Sahabat
l Pertelingkahan
pertama Sahabat
Ø Memerangi
orang yang tidak mahu membayar zakat
Ø Pembunuhan
seorang oleh beberapa orang
Sebab-sebab Perbezaan Sahabat Dalam Berijtihad
Ø Perbezaan
dalam memahami al-Quran
l Satu
lafaz dua @ lebih makna
• Haid
– Umar al-Khattab & Ibn Mas’ud – habis iddah lepas mandi haid yg ketiga
• Tuhr
– Zaid b Thabit – habis iddah mulai masuk haid yg ketiga
Ø Perbezaan
pendapat berkenaan al-sunnah
l Kemampuan
hafal hadith tidak sama
l Selalu
bersama Rasul – banyak yg dihafal
l Salah
tanggapan maksud hadith
l Cth
pewarisan : AP + CP + SP
• Abu
Musa : AP=1/2, CP=1/2 & SP=0
• Ibn
Mas’ud: AP=1/2, CP=1/6 & SP= asabah
• Abu
Musa setuju dgn pendapat Ibn Mas’ud
Ø Perbezaan
pendapat dalam guna al-ra’y
l Punca
• Perbezaan
kemampuan berfikir & istinbat hukum
• UU
Islam fleksibel – sesuai dgn perubahan masa
l Namun
Perbezaan di kalangan mereka tidak meluas seperti zaman kemudian, kerana
• Tinggal
setempat – mudah laksanakan ijma’
• Prinsip
syura
• Bilangan
perawi hadith tak ramai
Ø Takut
tersilap hafal
Ø Hadis
palsu
l Kurang
peristiwa baru berlaku di kalangan mereka.
Pembukuan
Ø Al-Quran
l Belum
berlaku
l Penulisan
tidak sistematik
l Ditulis
di pelepah tamar
Ø Al-sunnah
l Belum
berlaku
l Tidak
ditulis
l Dihafal
walaupu dilarang pada permulaannya
Ciri-ciri Perundangan Islam di Zaman Umayyah…
Ø 41H
hingga awal kurun ke 2H
Ø Perbahasan
hadis meluas kerana:
l Luasnya
bidang hukum
l pemalsuan
hadis berleluasa
• Hasilkan
ilmu al-jarh
wa al-ta’dil
Ø Zaman
pengasasan ilmu fiqh
l Dibahas
secara berasingan oleh tabi’in
Ø Bermulanya
fiqh Khayaliy
l Fiqh
Waqi’iyy ditinggalkan
Ø Ijma’/ijtihad
syura – sudah tidak wujud, coz
l Sahabat
berpindah randah
l Puak
tak sehaluan gol. Sunni – Khawarij dll
l Negara
Islam luas
l Banyak
kejadian baru
Ø Lahir
2 aliran utama di Madinah & Kufah
l Madinah
– Aliran Ahl hadith – Sa’id Musayyab
l Kufah
– Aliran al-Ra’y – Ibrahim al-Nakha’iy
Sumber & Cara Pembentukan Hukum
Ø Masih tidak berubah daripada
sumber zaman sebelumnya, iaitu:
l al-Quran
l al-sunnah
l Ijtihad
Ø Namun
penggunaan akal semakin meluas melalui qiyas, istihsan, istislah dsb.
Terutamanya di kalangan fuqaha’ ahli al-’Iraq (ahl al-ra’y)
Ø Sedangkan
Fuqaha’ ahl al-hadith jauhi fiqh andaian & tidak guna akal kecuali
l tidak
terdpt hukum dlm al-Quran & sunnah
Ø Pemerintah
Umaiyyah sendiri
l beraliran
al-ra’y
l Tidak
cenderung kepada Sunnah & ulama
silam
l Contoh.
Arahan Muawiyah tuan barang yg dicuri berhak dapat barangnya. Sedangkan Sahabat
bagi khiyar jika barang tu sudah dijual.
No comments:
Post a Comment