PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 27 March 2016

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ZAMAN TABI'IN


KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ZAMAN TABI’IN

Zaman Tabi’in membawa banyak kesan positif kearah perkembangan Fiqh. Yang mana di sana terdapat beberapa keistimewaan yang tersendiri berbanding zaman-zaman sebelum dan selepasnya. Antara keistimewaan ketara dapat ditonjolkan di sini ialah :

1.Perpecahan Kaum Muslimin

Ekoran peristiwa pembunuhan khalifah Uthman ibn Affan, kaun muslimin berpecah kepada tiga puak utama, iaitu : Khawarij dan Syiah mempunyai cita rasa masing-masing , matlamat yang berbeza serta metodologi Fiqh dan politik tersendiri.

   Puak Khawarij cenderung kepada corak pemeritahan yang pernah dibentuk dan dilaksanakan oleh khalidah Abu Bakar serta Umar. Mereka mengambil sikap melepas diri daripada pertelingkahan yang berlaku diantara Ali, Muawiyah dan ‘Amru ibn al-‘As sekaligus menghukumkan mereka sebagai kufur. Untuk itu, puak Khawarij tidak menerima apa-apa pendapat dan fatwa yang terbentuk dari golongan yang dianggap salah itu.
Seterusnya Jumhur Muslimin bertindak menentang dasar-dasar Khawarij dan Syiah. Justeru, dalam mengeluarkan hukum dan dalil hukum terdapat perbezaan yang ketara antara puak puak tersebut.Antara lain, timbul fatwa yang saling bercanggah antara satu puak dengan puak lain : Puak Syiah ada fatwa dan Khawarij fatwa tersendiri.

2.Pembentukan Ilmu Fiqh

Ilmu Fiqh telah terpisah dengan ilmu lain dengan pembentukkan sebuah ilmu tersendiri. Untuk itu, wujud ketika itu mereka yang menumpukan pengkhususan serta mengkaji bidang tersebut. Antara lain ia ekoran terdapat kalangan ahli Fiqh dan para Sahabat yang menjauhkan diri dari pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah.

3.Penyebaran Ulama Muslimin Merata Tempat

Ramai daripada kalangan Sahabat dan ulama Fiqh yang ada pada zaman tersebut telah perpindah dari Madinah dan Mekah ke wilayah lain.Sesetengah mereka itu bertindak sebagai guru, pembaca al-Quran dan mufti di tempat mereka menetap.

4.Kemunculan Golongan Fanatik Mazhab

Pada zaman tersebut lahir beberapa kumpulan yang fanatic kepada aliran atau mazhab tertentu yang mereka ikuti. Seperti : Golongan Syiah dan Khawarij. Selain itu juga, terdapat sesetengah golongan yang ta’asub kepada aliran Madrasah Hadis di Madinah dan ada pula yang menjadi ta’asub kepada Madrasa al-Ra’yi di Iraq.

5.Perbezaan Sumber Perundangan

   Lahir beberapa perbezaan dan perselisihan di kalangan ahli Fiqh beberapa sumbur perundangan tertentu. Hal itu terbentuk kesan arus perkembangan politik serta fanatic kepada aliran mazhab Fiqh yang ada pada waktu itu. Sebagai contohnya : Perbezaan dan perselilsihan mengenai ijma’ dan al-qiyas.

6.Banyak Periwayatan Hadis

Tersebarnya periwayatan hadis ekoran perpindahan para penghafaz hadis dan Sahabat ke wilayah baru. Dimana tempat tersebut memerlukan fatwa dan hadis untuk dijadikan Sandaran hukum apabila tidak terdapat sumbernya dalam al-Quran. Untuk itulah Sahabat dan Tabi’in yang menghafaz hadis fatwa dan menyebarkan hadis.

7. Kemunculan Hadis Palsu

Kesan meluasnya periwayatan hadis pada zaman Tabi’in, muncul kumpulan yang mencipta hadis palsu. Antara bentuk hadis palsu ialah dengan meletakkan matan sesebuah hadis Da’if pada sanad sahih dan masyhur.

8.Pembukuan Hadis

Ekoran meluas pengaruh pencipta hadis palsu, ulama hadis bangkit untuk membendung penularannya dalam masyrakat. Ulama yang jujur tersebut berusaha gigih untuk membersihkan hadis Nabi daripada bercampur aduk dengan hadis palsu dan Da’if.

9.Muncul Madrasah Fiqh

Lahir pada zaman tersebut berbagai Madrasah Fiqh ekoran penghijrahan ulama Fiqh di merata tempat. Antara aliran Madrasah Fiqh yang utama : Madrasah Hadis di Hijaz dan Madrasah al-Ra’yi di Iraq.Justeru, lahir pula golongan atau kalangan mereka yang membantu dan menyokong kedua-dua aliran tersebut.

10.Kemunculan Golongan Ulama Mawali


Telah lahir juga pada zaman tersebut ramai kalangan bukan Arab yang memeluk Islam serta bekas hamba. Mereka diajar al-Quran, Hadis serta ilmu Islam. Terdapat sebahagian daripada kalangan mereka bertindak positif dengan menghafaz , emndalami ilmu syariat juga fiqh hingga mencapai taraf ulama serta mujtahid.

No comments:

Post a Comment