PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 27 March 2016

MADRASAH AL-RA'YI KUFAH

MADRASAH AL- RAYI KUFAH
  
   Al-Ra’yi ialah ilmu yang dicapai mengenai sesuatu menerusi kaedah zann atau tidak pasti. Ada yang dikehendaki dengan Ahli al-Ra’yi ialah : Mereka yang banyak menggunakan pendapat , al-Qiyas,al-istihsan juga mengambil kira sudut kemaslahatan dalam menjelaskan hukum syariat ketika mana tidak ada nas jelas mengenainya di dalam al-Quran dan Hadis.
     Sememangnya terdapat pula kalangan mufti, Sahabat dan Tabi’in apabila tidak terdapat nas jelas menyatakan hukum, mereka akan mengkaji dan mentafsirkan. Mereka juga meneliti tujuan syarak, matlamat pensyariatan juga kemaslahatan-kemashalatan yang dikehendaki oleh syarak agar mempraktikkannya.
    Sahabat utama yang terlibat sebagai pengasas kumpulan tersebut ialah : Umar al-Khattab dan Abdullah ibn Mas’ud. Seterusnya daripada mereka lahir selepas itu Ahli al-Ra’yi secara terbuka dikalangan ulama Iraq.
     Sebagai rumusannya, pada zaman Tabi’in muncul ecara terbuka Ahli al-Ra’yi. Mereka bertindak mentafsirkan nas,mengkaji sudut ‘ilal dan kaitan hukum serta faktor pensyariatan sesuatu hukum tanpa mengenepikan pendapat.Ahli Ra’yi kebanyakkannya tinggal di Iraq.

ASAL USUL MADRASAH KUFAH
    
  Madrasah al-Ra’yi di Iraq diasaskan oleh Abdulah ibn Mas’ud dan Ali ibn Abu Talib. Dimana kedua-duanya terpengaruh juga terikut-ikut dengan kaedah yang dilalui oleh Umar al-Khattab, mentafsir nas,’ilal hukum serta menggunakan pendapat. Seterusnya daripada kedua-duanya diwarisi dan dikembang luaskan pula oleh Sahabat dan Tab’in terkemuka di Iraq,
    
  Ahli Madrasah al-Ra’yi kalangan Tabi’in terkemuka di Iraq ialah : ‘Alqamah ibn Qais ibn Yazid al-Nakha’ie al-Kufi, al-Aswad ibn Yazid al-Nakh’I, Masruq ibn al-Ajdi al-Hamadani,’Ubaidah ibn ‘Amru al-Salmani serta Syuraih ibn al-Harith al-Qadi.
    
  Seterusnya daripada ’Alqaman dan ulama tersebut, kaedah menggunakan pendapat atau Madrasah al-Ra’yi khususnya diikuti serta dikembangkan pula oleh Ibrahim serta ulama tersebut diwarisi dan dikembangkan pula oleh Hammad ibnAbu Sulaiman Syeikh Abu Hanifah al-Iman.
     
Ibrahim ibn Yazid al-Nakha’I merupakan kalangan ulama Tabi’in yang memain peranan utama menyebar luaskan Madrasah al-Ra’yi di Kufah, Iraq. Khususnya setelah beliau mewarisi kaedah istinbat tersebut daripada ‘Alqamah ibn Qais.

KAEDAH ISTINBAT MADRASAH AL-RA’YI

Kaedah serta metodologi yag dikuti oleh Madrasah al-Ra’yi di Iraq dalam istinbat  hukum furu’ antaranya ialah :
·         
Menurut ulama Madasah al-Ra’yi,tidak ada nas Al-Quran dan Hadis yang diturunkan melainkan ia diikuti dengan hukum daripada nas tersebut. Seterusnya juga, tidak ada nas hukum yang diturunkan melainkan ia bertujuan merealisasikan kemaslahatan daripada berbagai kemaslahatab uamat manusia. Justeru, nas syariat wajib dijaga serta perlu sekali diraikan.
·         
        Oleh sebab itu, Ahli al-Ra’yi tidak akan mempraktikkan sesuatu nas melainkan setelah mengkaji mengenai ‘ilal hukum, logik serta makna sesuatu lafaz nas. Seterusnya mereka bertindak merealisasikannya dalam semua keadaan yang diselaraskan dengan nas, tujuan syarak atau matlamat syariat.
·         
       Kadang ketikah Ahli- Ra’yi berfatwa bentuk yang bercanggahj dengan hadus atau tidak menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau Hadis Ahad, ertikata lain, Ahli al-Ra’yi menolak hadis yang tidak sampai ke tahap Masyur bahkan mendahulukan al-qiyas.
·         
       Tindakkan sebegitu dilaksanakan apabila fatwa mereka dapat disokonh atau selaras dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum. Hujah mereka bertindak sedemikian ekoran muncul ramai pencipta hadis palsu di Iraq pada waktu itu. Justeru, mereka mengenakan syarat ketat untuk menerima sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal atau sesebuah hadis tidak mencapai tahap Hadis Masyur, Konteks tersebut juga, mereka hanya berpada dengan mengambil serta berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat yang berada di sekitar wilayah Iraq.

Sehubungan itu, jika terdapat hadis menyalahi Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum, khasnya hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal, mereka tidak mengambilnya sebagai hujah. Alasan mereka, hukum yang diistinbat berdasarkan Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum lebih kukuh serta lebih patut diterima sebagai hujah hukum. Kerana ia dikira dua dalil, berbanding hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau hadis yang bercanggah dengan dua kaedah tersebut yang hanya dikira sebagai satu dalil.

SEBAB TERSEBAR MADRASAH KUFAH

Sekitar abad ke 2 Hijrah lahirlah Madrasah al- Ra’yi Basrah dan Kufah yang berpunca daripada beberapa faktor utama ialah :
a)     Ulama Fiqh tersebut terpengaruh dan terikut dengan pengajaran Sahabat utama yang tinggal serta mengajar disana, seperti : Ali ibn Abu Talib dan Abdullah ibn Mas’ud. Ertikata lain, disana menetap mujtahid kalangan Sahabat yang mana mereka itu cenderung kepada aliran al- Ra’yi.
b)     Ahli FIqh Madrasah al-Ra’yi kadangkala menilak sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal atau riwayat yang tidak masyhur. Sebagai ganti, mereka bertinfak melaksanakan fatwa selaras dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum.

c)      Ahli fiqh Madrasah al-Ra’yi merasakan jumlah para Sahabat yang mengetahui, menghafaz  hadis dan menetap di Iraq sudah memadai. Ekorannya, mereka tidak mencari hadis-hadis dan tidak bertanya Sahabat lain selain di wilayah Iraq untuk dijadikan hujag serta istibat hukum serta istinabt hukum. Oleh sebab itu, mereka menggunakan pendapat dan ijtihad.
d)   Iraq dan wilayah wilayah sekitarnya, seperti : Kufah dan Basrah tempat muncul serta bertapak puak Syiah juga Khawarij. Ia merupakan dua puak yang banyak mencipta hadis palsu. Untuk itu, ahli Fiqh yang ada disana terpaksa mengambil langkah tegas sebelum menerima sesebuah hadis. Hal itu menyebabkan hadis yang diterima sedikit jumlahnya dan tidak mencukupi untuk dijadikan hujah, sedangkan masalah baru banyak muncul ketika itu. Oleh sebab itu, tidak dapat mereka menggunakan al-Ra’yi sebagai pilihan terdekat.
e)      Adat kebiasaanya, keadaan masyarakat serta keperluan masyarakat di wilayah Iraq banyak perbezaannya dibandingkan dengan HIjaz . Untuk itu, tidak dapat ahli Fiqh Iraq terpaksa menggunakan pendapat atau berpegang kepada al- Ra’yi untuk berfatwa.

PERSELISIHAN ANTARA MADRASAH KUFAH DAN MADINAH

Ekoran jalan istinbat, syarat-syarat penerimaan dan penolakan sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau Hadis Ahad antara ulama Madrasah Hadis dan Madrasah al-Ra’yi , telah mencetuskan beberapa perselisihan. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut tidak membawa kesan buruk, bahkan ada faedahnya. Antara bentuk berselisihan dan kesannya ialah :

Ahli Fiqh Madrasah Hadis di Mekah dan Madinah mencela kalangan ahli Fiqh Madrasah Iraq yang terlalu meluas menggunakan al-Ra’yi dengan menolak khabar Ahad atau hadis yang diriwayatkan perawi tunggal. Sebaliknya pula ahli Fiqh Madrasah Hadis terlalu sempit dan tidak terbuka. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas, beramal sudut zahirnya semata-mata ,tanpa mengkaji ‘ilal dan hikmat pensyariatan sesuatu hukum itu. Tindakan sebegitu menyebabkan Fiqh tidak berkembang.


Rumusan persoalan tersebut, Madrasah al-Ra’yi hanya bertindak menolak sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal jika hadis tersebut tidak cukup syarat atau ia tidak kukuh untuk dijadikan sandaran atau kerana hadis tersebut tidak sampai kepada mereka. Manakala ahli Fiqh Madrasah Hadis tidak menggunakan al-Ra’yi melainkan keadaan terdesak kerana sikap berhati-hati dan warak.

No comments:

Post a Comment