PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Tuesday, 29 March 2016

SUASANA POLITIK ZAMAN TABI’IN



Pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan lahir perasaan tidak puas hati mencetus pemberontakan,seperti penduduk Mesir dan Basrah yang berakhir dengan pembunuhan beliau.

Kaum muslimin dan penduduk Fukah melantik Ali ibn Abu Talib sebagai Khalifah al Rasyidin keempat.

Perlantikkan beliau juga mencetus perselisihan semakin ketara di kalangan kaum muslimin hingga berlaku peperangan saudara Al-Jamal dan Shiffin.

1)Perpecahan Kaum Muslimin

Selepas pembunuhan Khalifah Uthman,Kaum Muslimin melantik Ali ibn Abu Talib sebagai Khalifah yang berpusat di Kufah,Iraq.

Bangkit kalangan sahabat,Talhah,Al-Zubair ibn Al-Awwan dan Muawiyah ibn Abu Sufian menuntut Ali mengambil tindakkan segera terhadap para pemberontak dan pembunuh Uthman.

Ali menunggu masa yang sesuai untuk bertindak tetapi beliau didakwa bersubahat dengan pemberontak tersebut.

Oleh itu,Ali tbidak layak memegang jawatan sebagai Khalifah.

Muawiyah pula mendakwa beliau lebih berhak sebagai Khalifah dan menuntut balasan terhadap pembunuh kerana pertalian yang hamper dengan Khalifah Uthman.

Perselisihan tersebut menular hingga tercetusnya peperangan Al-Jamal antara pihak Ali dengan pihak yang diwakili oleh Talhah,Al-Zubair ibn Al-Awwam dan Aisyah binti Abu Bakar.

Seterusnya tercetus peperangan Shiffin antara Ali dan Pengikutnya dengan Muawiyah.

Semasa peperangan shiffin,tentera Muawiyah merasakan mereka akan mengalami kekalahan.Justeru,Muawiyah mengarahkan tenteranya mengangkat Al-Quran di hujung senjata dengan tujuan perdamaian serta Tahkim.Ali enggan menyahut perdamaian dan bertekad meneruskan peperangan.Namun pengikut Ali mendesak beliau menerima perdamaian,akhirnya Ali akur.

Golongan yang menentang Ali mengatakan Ali melakukan kesilapan besar dan kufur akibat menerima Tahrim.Penentang itu dikenali sebagai Puak Khawarij.

Kumpulan yang masih kekal bersama Ali ialah Puak Syiah.
Terdapat juga kumpulan besar kaum muslimin yang dikenali sebagai Jummur Muslimin.
 
2)Kuasa Pemerintahan Bani Umaiyyah

Kesan peristiwa Tahrim yang tidak mendapat persetujuan sebulat suara kaum muslimin menyebabkan mereka berpecah.

Khawarij mengadakan pakatan sulit untuk membunuh Ali,Muawiyah dan Amru ibn Al-As.

Ali dan dua yang lain Berjaya dibunuh.

Di Mekah wujud penentangan daripada Abdullah ibn Al-Zubair,semasa pemerintahan Yazid ibn Muawiyah.

Tentera Bani Umaiyyah yang dipimpin oleh Al-Hajjaj ibn Yusuf Al-Thaqafi telah Berjaya menewaskan Abdullah ibn al-Zubair pada tahun 73Hijrah.

Pada zaman Al-Walid ibn Abd Al-Malik tiada pengolakan politik dalam Negara.

Kerajaan Bani Umaiyyah mencapai kegemilangan dibawah pimpinan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

Akhirnya,pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah semakin merosot semasa pemerintahan Yazid ibn Abdul AL-Malik.

Sunday, 27 March 2016

MUFTI TERKEMUKA ZAMAN TABI'IN

MUFTI TERKEMUKA ZAMAN TABI’IN

Sepanjang tempoh zaman Tabi’in tersebut muncul ramai mujtahid serta ahli Fiqh dan mufti terkemuka yang bertindak memberi sumbangan besar dalam perjalanan Perundangan Islam.Antara mereka ialah : Sa’id ibn al-Musayyab, Qabisah ibn Zu’aib al-Madani,Nafi’ maula ibn Umar,’Ikhrimah Maula ibn Abbas ,’Ata’ ibn Abu Rabah, Tawwus Ibn Kissan.al-Hasan al-Basri, Muhammad ibn Sirin, al-Aswad ibn Yazid, masruq ibn al-Ajda’ al-Kufi, Ibrahim al-Nakha’I, al-Sya’bi,Syuraih Makhul al- Dimasyqi ibn Jubair dan Abu Idris al-Khawlani.

1.    Penduduk Madinah

Antara mufti terkenal dan ulama terbesar dari kalangan ahli Madinah yang dapat dijelaskan disini ialah :

a.  Sa’id ibn al-Musayyab al-Makhzumi

Beliau ialah Abu Muhammad Sa’id ibn al- Musayyab ibn Huzn al-Qurasyi al-Makhzumi al-Madani. Bapa dan datuknya memeluk Islam pada hari Pembukaan Kota Mekah serta kalangan sahabat Nabi.Dilahirkan pada 15 Hijrah , iaitu 2 tahu selepas kematian khalifah Umar al-Khattab. Beliau dibesarkan di rumah Anas ibn Malik dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 94 hijrah semasa pemerintahan khalifah al-Walid. Beliau seorang penghulu ulama Tabi’in serta termasuk salah seorang daripada tujuk ahli Fiqh yang pakar di Kota Madinag ketika itu.

b. Nafi Maula Abdullah ibn Umar ibn al- Khattab.

Beliau ialah Abu Abdullah al-Madani maula Abdullah ibn Umar merupakan tawanan dari al-Dailam, kemudian memeluk Islam disisi ibn Umar . Ibn Umar bertindak mengajar serta mendidiknya dengan berbagai ilmu. Nafi’ telah banyak mengambil hadis dan ilmu Fiqh daripada ibn Umar, kemudian daripada Abu Hurairah juga Ummu Salamah.Manakala kalangan ulama dan mereka yang mengambil ilmu serta meriwayatkan hadis daripada beliau pula ialah : Salih ibn Kisan, al-Zuhri,al-Auza’I serta Malik ibn Anas. Nafi’ merupakan ulama fiqh yang terkemuka di Madinah.

2. Penduduk Kufah

Antara mufti terkenal dan ulama terbesar dari kalangan penduduk kufah yang dapat dijelaskan disini 
ialah :

a. Alqamah ibn Qais al-Nakha’i

Alqamah ibn Qais ibn Abdullah ibn Malik al-Nakha’I al-Kufi. Belia dilahirkan semasa hayat Baginda s.a.w dan meninggal dunia pada tahun 61 hijrah dan ada pendapat mengatakan beliau meninggal pada 62 hijrah.
‘Alqamah banyak meriwayatkan hadis ,fatwa serta hadis,fatwa serta al-Quran daripada Umar, Uthman, Ali juga ibn Mas’ud.Justeru, dikenali dengan gelaran : ‘Alqamah Perawi.

b. Ibrahim al- Nakha’i

Beliau ialah Ibrahim ibn Yazid in Qais al-Nakha’I al-Kufi. merupakan seorang ahli fiqh terkemuka pada zamannya.Meriwayatkan hadis dan fatwa daripada Masruq.’Alqamah,Syuraih dan ulama lainnya. Ibrahim al-Nakha’I merupakan Syeikh kepada Hammad ibn Abu Sulaiman syeikh Abu Hanifah.

3. Penduduk Basrah

Antara mufti terkenal dan ulama terbesar dari kalangan ahli Basrah yang dapat dijelaskan disini ialah:

a. Muhammad ibn Sirin Maula Anas ibn Malik

  Beliau ialah Abu Bakar Muhammad ibn Sirin al-Basri yang dilahirkan pada tahun ke 2 sebelum kewafatan Khalifah Uthman.Muhammad ibn Sirin dididik serta dibesarkan di rumah Anas ibn Malik. Beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Tabi’in yang banyak meriwayatkan hadis Nabi, perawi Thiqah dan dihormati.

b.  Al-Hasan al-Basri

Beliau ialah Abu Sa’id al- Hasan ibn Abu al-Hasan Yasar maula Zaid ibn Thabit al- Basri. Dilahirkan 2 tahun sebelum kewafatan khalifah Umar al- Khattab. Al-Hasan al-Basri meriwayatkan banyak hadis serta fatwa daripada para Sahabat dan Tabi’in yang ada zamannya. Beliau salah seorang daripada perawi yang Tiqah,iman mujtahid dan ulama besar pada zamannya.


KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ZAMAN TABI'IN


KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ZAMAN TABI’IN

Zaman Tabi’in membawa banyak kesan positif kearah perkembangan Fiqh. Yang mana di sana terdapat beberapa keistimewaan yang tersendiri berbanding zaman-zaman sebelum dan selepasnya. Antara keistimewaan ketara dapat ditonjolkan di sini ialah :

1.Perpecahan Kaum Muslimin

Ekoran peristiwa pembunuhan khalifah Uthman ibn Affan, kaun muslimin berpecah kepada tiga puak utama, iaitu : Khawarij dan Syiah mempunyai cita rasa masing-masing , matlamat yang berbeza serta metodologi Fiqh dan politik tersendiri.

   Puak Khawarij cenderung kepada corak pemeritahan yang pernah dibentuk dan dilaksanakan oleh khalidah Abu Bakar serta Umar. Mereka mengambil sikap melepas diri daripada pertelingkahan yang berlaku diantara Ali, Muawiyah dan ‘Amru ibn al-‘As sekaligus menghukumkan mereka sebagai kufur. Untuk itu, puak Khawarij tidak menerima apa-apa pendapat dan fatwa yang terbentuk dari golongan yang dianggap salah itu.
Seterusnya Jumhur Muslimin bertindak menentang dasar-dasar Khawarij dan Syiah. Justeru, dalam mengeluarkan hukum dan dalil hukum terdapat perbezaan yang ketara antara puak puak tersebut.Antara lain, timbul fatwa yang saling bercanggah antara satu puak dengan puak lain : Puak Syiah ada fatwa dan Khawarij fatwa tersendiri.

2.Pembentukan Ilmu Fiqh

Ilmu Fiqh telah terpisah dengan ilmu lain dengan pembentukkan sebuah ilmu tersendiri. Untuk itu, wujud ketika itu mereka yang menumpukan pengkhususan serta mengkaji bidang tersebut. Antara lain ia ekoran terdapat kalangan ahli Fiqh dan para Sahabat yang menjauhkan diri dari pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah.

3.Penyebaran Ulama Muslimin Merata Tempat

Ramai daripada kalangan Sahabat dan ulama Fiqh yang ada pada zaman tersebut telah perpindah dari Madinah dan Mekah ke wilayah lain.Sesetengah mereka itu bertindak sebagai guru, pembaca al-Quran dan mufti di tempat mereka menetap.

4.Kemunculan Golongan Fanatik Mazhab

Pada zaman tersebut lahir beberapa kumpulan yang fanatic kepada aliran atau mazhab tertentu yang mereka ikuti. Seperti : Golongan Syiah dan Khawarij. Selain itu juga, terdapat sesetengah golongan yang ta’asub kepada aliran Madrasah Hadis di Madinah dan ada pula yang menjadi ta’asub kepada Madrasa al-Ra’yi di Iraq.

5.Perbezaan Sumber Perundangan

   Lahir beberapa perbezaan dan perselisihan di kalangan ahli Fiqh beberapa sumbur perundangan tertentu. Hal itu terbentuk kesan arus perkembangan politik serta fanatic kepada aliran mazhab Fiqh yang ada pada waktu itu. Sebagai contohnya : Perbezaan dan perselilsihan mengenai ijma’ dan al-qiyas.

6.Banyak Periwayatan Hadis

Tersebarnya periwayatan hadis ekoran perpindahan para penghafaz hadis dan Sahabat ke wilayah baru. Dimana tempat tersebut memerlukan fatwa dan hadis untuk dijadikan Sandaran hukum apabila tidak terdapat sumbernya dalam al-Quran. Untuk itulah Sahabat dan Tabi’in yang menghafaz hadis fatwa dan menyebarkan hadis.

7. Kemunculan Hadis Palsu

Kesan meluasnya periwayatan hadis pada zaman Tabi’in, muncul kumpulan yang mencipta hadis palsu. Antara bentuk hadis palsu ialah dengan meletakkan matan sesebuah hadis Da’if pada sanad sahih dan masyhur.

8.Pembukuan Hadis

Ekoran meluas pengaruh pencipta hadis palsu, ulama hadis bangkit untuk membendung penularannya dalam masyrakat. Ulama yang jujur tersebut berusaha gigih untuk membersihkan hadis Nabi daripada bercampur aduk dengan hadis palsu dan Da’if.

9.Muncul Madrasah Fiqh

Lahir pada zaman tersebut berbagai Madrasah Fiqh ekoran penghijrahan ulama Fiqh di merata tempat. Antara aliran Madrasah Fiqh yang utama : Madrasah Hadis di Hijaz dan Madrasah al-Ra’yi di Iraq.Justeru, lahir pula golongan atau kalangan mereka yang membantu dan menyokong kedua-dua aliran tersebut.

10.Kemunculan Golongan Ulama Mawali


Telah lahir juga pada zaman tersebut ramai kalangan bukan Arab yang memeluk Islam serta bekas hamba. Mereka diajar al-Quran, Hadis serta ilmu Islam. Terdapat sebahagian daripada kalangan mereka bertindak positif dengan menghafaz , emndalami ilmu syariat juga fiqh hingga mencapai taraf ulama serta mujtahid.

MADRASAH AL-RA'YI KUFAH

MADRASAH AL- RAYI KUFAH
  
   Al-Ra’yi ialah ilmu yang dicapai mengenai sesuatu menerusi kaedah zann atau tidak pasti. Ada yang dikehendaki dengan Ahli al-Ra’yi ialah : Mereka yang banyak menggunakan pendapat , al-Qiyas,al-istihsan juga mengambil kira sudut kemaslahatan dalam menjelaskan hukum syariat ketika mana tidak ada nas jelas mengenainya di dalam al-Quran dan Hadis.
     Sememangnya terdapat pula kalangan mufti, Sahabat dan Tabi’in apabila tidak terdapat nas jelas menyatakan hukum, mereka akan mengkaji dan mentafsirkan. Mereka juga meneliti tujuan syarak, matlamat pensyariatan juga kemaslahatan-kemashalatan yang dikehendaki oleh syarak agar mempraktikkannya.
    Sahabat utama yang terlibat sebagai pengasas kumpulan tersebut ialah : Umar al-Khattab dan Abdullah ibn Mas’ud. Seterusnya daripada mereka lahir selepas itu Ahli al-Ra’yi secara terbuka dikalangan ulama Iraq.
     Sebagai rumusannya, pada zaman Tabi’in muncul ecara terbuka Ahli al-Ra’yi. Mereka bertindak mentafsirkan nas,mengkaji sudut ‘ilal dan kaitan hukum serta faktor pensyariatan sesuatu hukum tanpa mengenepikan pendapat.Ahli Ra’yi kebanyakkannya tinggal di Iraq.

ASAL USUL MADRASAH KUFAH
    
  Madrasah al-Ra’yi di Iraq diasaskan oleh Abdulah ibn Mas’ud dan Ali ibn Abu Talib. Dimana kedua-duanya terpengaruh juga terikut-ikut dengan kaedah yang dilalui oleh Umar al-Khattab, mentafsir nas,’ilal hukum serta menggunakan pendapat. Seterusnya daripada kedua-duanya diwarisi dan dikembang luaskan pula oleh Sahabat dan Tab’in terkemuka di Iraq,
    
  Ahli Madrasah al-Ra’yi kalangan Tabi’in terkemuka di Iraq ialah : ‘Alqamah ibn Qais ibn Yazid al-Nakha’ie al-Kufi, al-Aswad ibn Yazid al-Nakh’I, Masruq ibn al-Ajdi al-Hamadani,’Ubaidah ibn ‘Amru al-Salmani serta Syuraih ibn al-Harith al-Qadi.
    
  Seterusnya daripada ’Alqaman dan ulama tersebut, kaedah menggunakan pendapat atau Madrasah al-Ra’yi khususnya diikuti serta dikembangkan pula oleh Ibrahim serta ulama tersebut diwarisi dan dikembangkan pula oleh Hammad ibnAbu Sulaiman Syeikh Abu Hanifah al-Iman.
     
Ibrahim ibn Yazid al-Nakha’I merupakan kalangan ulama Tabi’in yang memain peranan utama menyebar luaskan Madrasah al-Ra’yi di Kufah, Iraq. Khususnya setelah beliau mewarisi kaedah istinbat tersebut daripada ‘Alqamah ibn Qais.

KAEDAH ISTINBAT MADRASAH AL-RA’YI

Kaedah serta metodologi yag dikuti oleh Madrasah al-Ra’yi di Iraq dalam istinbat  hukum furu’ antaranya ialah :
·         
Menurut ulama Madasah al-Ra’yi,tidak ada nas Al-Quran dan Hadis yang diturunkan melainkan ia diikuti dengan hukum daripada nas tersebut. Seterusnya juga, tidak ada nas hukum yang diturunkan melainkan ia bertujuan merealisasikan kemaslahatan daripada berbagai kemaslahatab uamat manusia. Justeru, nas syariat wajib dijaga serta perlu sekali diraikan.
·         
        Oleh sebab itu, Ahli al-Ra’yi tidak akan mempraktikkan sesuatu nas melainkan setelah mengkaji mengenai ‘ilal hukum, logik serta makna sesuatu lafaz nas. Seterusnya mereka bertindak merealisasikannya dalam semua keadaan yang diselaraskan dengan nas, tujuan syarak atau matlamat syariat.
·         
       Kadang ketikah Ahli- Ra’yi berfatwa bentuk yang bercanggahj dengan hadus atau tidak menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau Hadis Ahad, ertikata lain, Ahli al-Ra’yi menolak hadis yang tidak sampai ke tahap Masyur bahkan mendahulukan al-qiyas.
·         
       Tindakkan sebegitu dilaksanakan apabila fatwa mereka dapat disokonh atau selaras dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum. Hujah mereka bertindak sedemikian ekoran muncul ramai pencipta hadis palsu di Iraq pada waktu itu. Justeru, mereka mengenakan syarat ketat untuk menerima sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal atau sesebuah hadis tidak mencapai tahap Hadis Masyur, Konteks tersebut juga, mereka hanya berpada dengan mengambil serta berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat yang berada di sekitar wilayah Iraq.

Sehubungan itu, jika terdapat hadis menyalahi Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum, khasnya hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal, mereka tidak mengambilnya sebagai hujah. Alasan mereka, hukum yang diistinbat berdasarkan Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum lebih kukuh serta lebih patut diterima sebagai hujah hukum. Kerana ia dikira dua dalil, berbanding hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau hadis yang bercanggah dengan dua kaedah tersebut yang hanya dikira sebagai satu dalil.

SEBAB TERSEBAR MADRASAH KUFAH

Sekitar abad ke 2 Hijrah lahirlah Madrasah al- Ra’yi Basrah dan Kufah yang berpunca daripada beberapa faktor utama ialah :
a)     Ulama Fiqh tersebut terpengaruh dan terikut dengan pengajaran Sahabat utama yang tinggal serta mengajar disana, seperti : Ali ibn Abu Talib dan Abdullah ibn Mas’ud. Ertikata lain, disana menetap mujtahid kalangan Sahabat yang mana mereka itu cenderung kepada aliran al- Ra’yi.
b)     Ahli FIqh Madrasah al-Ra’yi kadangkala menilak sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal atau riwayat yang tidak masyhur. Sebagai ganti, mereka bertinfak melaksanakan fatwa selaras dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum.

c)      Ahli fiqh Madrasah al-Ra’yi merasakan jumlah para Sahabat yang mengetahui, menghafaz  hadis dan menetap di Iraq sudah memadai. Ekorannya, mereka tidak mencari hadis-hadis dan tidak bertanya Sahabat lain selain di wilayah Iraq untuk dijadikan hujag serta istibat hukum serta istinabt hukum. Oleh sebab itu, mereka menggunakan pendapat dan ijtihad.
d)   Iraq dan wilayah wilayah sekitarnya, seperti : Kufah dan Basrah tempat muncul serta bertapak puak Syiah juga Khawarij. Ia merupakan dua puak yang banyak mencipta hadis palsu. Untuk itu, ahli Fiqh yang ada disana terpaksa mengambil langkah tegas sebelum menerima sesebuah hadis. Hal itu menyebabkan hadis yang diterima sedikit jumlahnya dan tidak mencukupi untuk dijadikan hujah, sedangkan masalah baru banyak muncul ketika itu. Oleh sebab itu, tidak dapat mereka menggunakan al-Ra’yi sebagai pilihan terdekat.
e)      Adat kebiasaanya, keadaan masyarakat serta keperluan masyarakat di wilayah Iraq banyak perbezaannya dibandingkan dengan HIjaz . Untuk itu, tidak dapat ahli Fiqh Iraq terpaksa menggunakan pendapat atau berpegang kepada al- Ra’yi untuk berfatwa.

PERSELISIHAN ANTARA MADRASAH KUFAH DAN MADINAH

Ekoran jalan istinbat, syarat-syarat penerimaan dan penolakan sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau Hadis Ahad antara ulama Madrasah Hadis dan Madrasah al-Ra’yi , telah mencetuskan beberapa perselisihan. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut tidak membawa kesan buruk, bahkan ada faedahnya. Antara bentuk berselisihan dan kesannya ialah :

Ahli Fiqh Madrasah Hadis di Mekah dan Madinah mencela kalangan ahli Fiqh Madrasah Iraq yang terlalu meluas menggunakan al-Ra’yi dengan menolak khabar Ahad atau hadis yang diriwayatkan perawi tunggal. Sebaliknya pula ahli Fiqh Madrasah Hadis terlalu sempit dan tidak terbuka. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas, beramal sudut zahirnya semata-mata ,tanpa mengkaji ‘ilal dan hikmat pensyariatan sesuatu hukum itu. Tindakan sebegitu menyebabkan Fiqh tidak berkembang.


Rumusan persoalan tersebut, Madrasah al-Ra’yi hanya bertindak menolak sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal jika hadis tersebut tidak cukup syarat atau ia tidak kukuh untuk dijadikan sandaran atau kerana hadis tersebut tidak sampai kepada mereka. Manakala ahli Fiqh Madrasah Hadis tidak menggunakan al-Ra’yi melainkan keadaan terdesak kerana sikap berhati-hati dan warak.

MADRASAH HADIS MADINAH

MADRASAH HADIS MADINAH

Kota Madinah, khasnya sekitar masjid Nabi terdapat banyak kelas atau halaqah ilmu bidang pengajian Islam secara lebih khusus,seperti : Madrasah Hadis. Ekoran daripada itu jugalah lahir ulama yang mendalami ilmu tertentu. Madrasah Hadis atau Madrasah Madinah membawa maksud :  Kalangan mujtahid dan mufti yang menitikberatkan usaha memelihara hadis disamping meriwayatkannya. Mereka menggunakan nas-nas zahir untuk menetapkan hukum,sekaligus cuba mengelak daripada menggunakan al-qiyas dan al-istihsan selagi terdapat Hadis dan Athar, biarpun khabar Ahad atau perawi tunggal. Mereka secara majoritinya bertapak serta berkembang secara meluas di wilayah Hijaz.
       
Kumpulan tersebut mempunyai kaedah tertentu dalam istinbat hukum daripada dalil tafsili,khususnya ketika ketiadaan nas yang menjelaskan hukum. Antara dasar serta faktor mendorong ke arah itu ialah :
1.      
                 Mereka berpegang dengan zahir nas dan lafaz lafaz zahir tanpa membuka ruang lua untuk menggunakan al-Ra’yi. Ahli Fiqh kumpulan itu tidak menggunakan pendapat mereka kecualilah dalam keadaan amat terdesak.Iaitu ketika mana mereka tidak menemui hadis dan athar untuk dijadikan sandaran.

2.       Ketika istinbat hukum perpecahan, Ahli Hadis banyak berpegang dan menghukum berpandukan hadis secara athar,biarpun tidak sampai taraf riwayat masyhur.Oleh sebab itu, mereka sedaya upaya berpegang dan mengambil segala fatwa sahabat untuk berhujah. Mereka membawa alasan bahawa para Sahabat tidak berfatwa atau tidak menghukum melainkandengan apa yang diambil daripada hadis juga amalan Baginda.

      Ahli Fiqh kalangan Madrasah Hadis bertindak sedemikian atas dasar berhati-hati dan bersifat warak. Sebagai contohnya: Tatkala mereka dikemukakan masalah hukum yang ada nas, mereka menghukum dengannya. Manakala masalah hukum yang tidak ada nas didalam Al-Quran atau hadis, mereka seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menjawabnya.

ASAL USUL MADRASAH MADINAH

Madrasah Hadis mempunyai kaitan secara langsung dengan para Sahabat yang menetap di bumi Hijaz,khususnya Madinah dan Mekah. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini serta pendokong Madrasah Hadis kalangan Sahabat ialah  : Zaid ibn Thabit, Aisyah binti Abu Bakar, Abdulah ibn Umar, al-Zubair juga al-Abbas.

Kalangan Sahabat tersebut, Zaid ibn Thabit merupakan mereka lebih menonjol ke arah pembentukkan Madrasah Hadis tersebut.

Kaedah yang mereka ikuti dikembangkan kepada para Tabi’in dan disebar luaskan pula kepada generasi – generasi selepasnya. Kalangan Tabi’in yang bertindak sebagai pendokong Madrasah Hadis ialah : Sa’id ibn al-Musayyab, ‘Urwah ibn al- Zubair,al-Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakar al-Siddiq, Abu Bakar ibn Abdul Rahman ibn al-Harith, ‘Ubaidullah ibn Abdullah ibn ‘Utbah ibn Mas’ud, Sulaiman ibn Yasar dan Kharijah ibn Zaid  ibn Thabit.

SEBAB TERSEBAR MADRASAH MADINAH

Faktor utama Alirah Hadis meluas dan tersebar secara majoritinya di Hijaz kerana sebab tertentu, antaranya

a)      Ahli Fiqh kumpulan tersebut banyak mempengaruh atau terikut dengan kaedah yang dilalui oleh para guru atau syeikh mereka daripada kalangan Sahabat utama juga  Sahabat alirannya. Mereka itu majoritinya menetap serta berada di Hijaz, seperti : Abdulah ibn Umar al- Khattab.
b)      Penduduk Hijaz masih ketinggalan dari segi tamadun berbanding wilayah luar, seperti : Iraq. Justeru,suasana demikian tidak memerlukan kepada melaksanakan ‘Ilal al- Ahkam atau mentafsir nas.

Semua itu lebih sesuai direalisasikan oleh penduduk Iraq.Khasnya mereka berkemampuan untuk membuat andaian hukum kemudiannya mempraktikkannya terhadap hukum yang juz’I atau pecahan.