Pengasasnya ialah Malik ibn Anas ibn Abu Amir ibn ‘Amru ibn
al-Harith al-Asbahi, dilahirkan pada tahun 93 Hijrah di Madinah sewaktu
pemerintahan Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik. Beliau berasal daripada
keturunan Arab yang terhormat serta mempunyai kedudukan tinggi disisi
masyarakat. Beliau menghabiskan usianya dengan menyebarkan ilmu dan meninggal
dunia pada 11 rabi’al-Awal tahun 179 Hijrah pada zaman pemerintahan Khalifah
Harun al-Rasyid dan dikebumikan di Baqi.
Sifat peribadi dan pendidikan
Sifat peribadi dan pendidikan
Beliau mempunyai budi pekerti tinggi, sangat memuliakan hadis Nabi, zuhud, taqwa serta tegas dalam perkara agama tanpa mengira siapa. Beliau telah menghafaz al-Quran dan hadis semenjak kecil, serta mendalami ilmu daripada ulama terkenal. Antara ulama awal dan paling lama dihadirinya ialah Abdul Rahman ibn Hurmuz. Beliau telah didatangi oleh ulama dari pelbagai Negara untuk mengambil ilmu daripadanya seperti ,Mesir dan Maghribi.
Sumbangan Imam Malik
Sepanjang hayatnya, Imam Malik banyak menghabiskan masa untuk memberi fatwa, sokongan, perjuangan dan menyebarkan Islam serta ilmu pengetahuan kepada masyarakat daripada segenap lapisan. Beliau merupakan ulama mujtahid yang pakar dalam bidang fiqh dan hadis khasnya. Antara sumbangan besar sekaligus membuktikan keilmuan dan kepakaran Imam Malik dalam hadis dan fiqh ialah pembukuan kitab al-Muwatta.
Imam Malik menyusun kitab al-Muwatta tersebut selepas membuat kajian yang teliti sudut perawi juga sanad. Kitab tersebut mengandungi 10,000 buah hadis yang ditapis menjadi 1,790. Ia dikenali dengan kitab al-Muwatta kerana beliau telah membentangkan serta jalan yang mudah mengenai fiqh untuk kaum muslimin seluruhnya. Selain itu, Imam Malik juga menghasilkan kitab al-MUdawwanah al-Kubra yang diriwayatkan oleh Sahnun daripada ibn Al-Qasim daripada imam Malik. Imam Malik telah meninggalkan ramai murid yang menggembangkan aliran serta mazhabnya.
Dasar Mazhab Maliki
Menurut pendapat dan sumber yang jelas, dimana Imam Malik tidak mengumpulkan serta tidak membukukan segala kaedah istinbat dan usul fiqh semasa hayat beliau. Begitu juga segala ijtihad pada waktu itu. Pengumpulan dan segala pembukuan tersebut dilakukan oleh sahabat dan para pengikutnya. Antara kaedah utama yang dilalui oleh Imam Malik dalam ijtihad ialah :-
a. Al-quran : Menurut beliau lafaz dan maknanya serentak. Menurutnya lagi sesiapa yang mengatakan al-Quran makhluk adalah Zindiq.
b. Al-hadis: Beliau terkenal dengan Ahli Hadis, untuk itu, hadis yang diriwayatkan oleh beliau dianggap sebagai sanad paling sahih.
c. Ijma : Menurut beliau ijma ialah ijma para sahabat yang telah sah dan diakui.
d. Amalan Penduduk Madinah
e. Pendapat sahabat
f. Al-Qiyas
g. Al-Masalih al-Mursalah
h. Al-Istihsan
i. Sadd al-Dhara’i
No comments:
Post a Comment