MUFTI TERKEMUKA ZAMAN TABI’IN
Sepanjang tempoh zaman Tabi’in tersebut
muncul ramai mujtahid serta ahli Fiqh dan mufti terkemuka yang bertindak
memberi sumbangan besar dalam perjalanan Perundangan Islam.Antara mereka ialah
: Sa’id ibn al-Musayyab, Qabisah ibn Zu’aib al-Madani,Nafi’ maula ibn Umar,’Ikhrimah
Maula ibn Abbas ,’Ata’ ibn Abu Rabah, Tawwus Ibn Kissan.al-Hasan al-Basri,
Muhammad ibn Sirin, al-Aswad ibn Yazid, masruq ibn al-Ajda’ al-Kufi, Ibrahim
al-Nakha’I, al-Sya’bi,Syuraih Makhul al- Dimasyqi ibn Jubair dan Abu Idris
al-Khawlani.
1. Penduduk Madinah
Antara mufti terkenal dan ulama terbesar
dari kalangan ahli Madinah yang dapat dijelaskan disini ialah :
a. Sa’id ibn al-Musayyab
al-Makhzumi
Beliau ialah Abu Muhammad Sa’id ibn al-
Musayyab ibn Huzn al-Qurasyi al-Makhzumi al-Madani. Bapa dan datuknya memeluk
Islam pada hari Pembukaan Kota Mekah serta kalangan sahabat Nabi.Dilahirkan
pada 15 Hijrah , iaitu 2 tahu selepas kematian khalifah Umar al-Khattab. Beliau
dibesarkan di rumah Anas ibn Malik dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 94
hijrah semasa pemerintahan khalifah al-Walid. Beliau seorang penghulu ulama
Tabi’in serta termasuk salah seorang daripada tujuk ahli Fiqh yang pakar di
Kota Madinag ketika itu.
b. Nafi Maula Abdullah ibn Umar
ibn al- Khattab.
Beliau ialah Abu Abdullah al-Madani
maula Abdullah ibn Umar merupakan tawanan dari al-Dailam, kemudian memeluk
Islam disisi ibn Umar . Ibn Umar bertindak mengajar serta mendidiknya dengan
berbagai ilmu. Nafi’ telah banyak mengambil hadis dan ilmu Fiqh daripada ibn
Umar, kemudian daripada Abu Hurairah juga Ummu Salamah.Manakala kalangan ulama
dan mereka yang mengambil ilmu serta meriwayatkan hadis daripada beliau pula
ialah : Salih ibn Kisan, al-Zuhri,al-Auza’I serta Malik ibn Anas. Nafi’
merupakan ulama fiqh yang terkemuka di Madinah.
2. Penduduk Kufah
Antara mufti terkenal dan ulama terbesar
dari kalangan penduduk kufah yang dapat dijelaskan disini
ialah :
a. Alqamah ibn Qais al-Nakha’i
Alqamah ibn Qais ibn Abdullah ibn Malik
al-Nakha’I al-Kufi. Belia dilahirkan semasa hayat Baginda s.a.w dan meninggal
dunia pada tahun 61 hijrah dan ada pendapat mengatakan beliau meninggal pada 62
hijrah.
‘Alqamah banyak meriwayatkan hadis
,fatwa serta hadis,fatwa serta al-Quran daripada Umar, Uthman, Ali juga ibn
Mas’ud.Justeru, dikenali dengan gelaran : ‘Alqamah Perawi.
b. Ibrahim al- Nakha’i
Beliau ialah Ibrahim ibn Yazid in Qais al-Nakha’I al-Kufi. merupakan
seorang ahli fiqh terkemuka pada zamannya.Meriwayatkan hadis dan fatwa daripada
Masruq.’Alqamah,Syuraih dan ulama lainnya. Ibrahim al-Nakha’I merupakan Syeikh
kepada Hammad ibn Abu Sulaiman syeikh Abu Hanifah.
3. Penduduk Basrah
Antara mufti terkenal dan ulama terbesar
dari kalangan ahli Basrah yang dapat dijelaskan disini ialah:
a. Muhammad ibn Sirin Maula Anas
ibn Malik
Beliau
ialah Abu Bakar Muhammad ibn Sirin al-Basri yang dilahirkan pada tahun ke 2
sebelum kewafatan Khalifah Uthman.Muhammad ibn Sirin dididik serta dibesarkan
di rumah Anas ibn Malik. Beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Tabi’in
yang banyak meriwayatkan hadis Nabi, perawi Thiqah dan dihormati.
b. Al-Hasan al-Basri
Beliau ialah Abu Sa’id al-
Hasan ibn Abu al-Hasan Yasar maula Zaid ibn Thabit al- Basri. Dilahirkan 2
tahun sebelum kewafatan khalifah Umar al- Khattab. Al-Hasan al-Basri
meriwayatkan banyak hadis serta fatwa daripada para Sahabat dan Tabi’in yang
ada zamannya. Beliau salah seorang daripada perawi yang Tiqah,iman mujtahid dan
ulama besar pada zamannya.
No comments:
Post a Comment