PENDAHULUAN
Zaman Tadwin merupakan period ke empat dalam sejarah
Perundangan Islam yang juga dikenali dengan zaman pembukuan serta kematangan
Fiqh. Ia bermula pada awal kurun kedua Hijrah dan berakhir pada pertengahan
kurun keempat Hijrah, yang berlangsung lebih kurang selama 250 tahun. Zaman
penuh kegemilangan tersebut dikenali sebagai Zaman Tadwin kerana pada waktu
berlaku secara meluas kegiatan mengumpulkan dan membukukan berbagai jenis ilmu,
seperti: Fiqh, Hadis, Fatwa, Usul al-Fiqh juga Tafsir. Waktu itu juga munculnya
para imam mujtahid yang sekaligus bertindak sebagai Imam Mazhab Sunni utama,
seperti: Imam Abu Hanifah, Imam Malik ibn Anas serta Imam Syafi’i.
Apa yang pentingnya, waktu itu Fiqh Islam mulai berkembang
pesat serta lahir berbagai aliran Fiqh di wilayah Islam, seperti: Mesir, Syam,
Hijaz juga Iraq. Namun begitu, antara aliran Fiqh yang paling berpengaruh serta
tersebar secara meluas ialah: Madrasah al-Ra’yi di Kufah dan Basrah, Iraq serta
Madrasah Hadis di Madinah dan Mekah, Hijaz. Justeru,pada zaman tersebut pintu
ijtihad terbuka luas serta mulai terbentuk penetapan hukum-hukum berdasarkan
andaian. Seterusnya pada zaman tersebut telah bertambah secara mendadak koleksi
perbendaharaan fatwa yang diistinbatkan oleh para mujtahid Mutlak serta para
sahabat mereka, seperti: Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan al-Syaibani dari
kalangan Mazhab Hanafi serta al-Muzani dan al-Buwaiti kalangan mazhab Syafi’i.
No comments:
Post a Comment