Perselisihan
jawatan Khalifah telah memberi kesan kepada perkembangan Fiqh.
Hal ini
menyebabkan lahirnya perselisihan dalam perkara usul dan furu atau pecahan fiqh.
Antara
perkara utama yang menyumbang kea rah tersebut ialah:
1)Puak Khawarij
Golongan ini berpendapat jawatan
Khalifah dan pemimpin Negara tidak tertentu kepada sesuatu puak,keluarga dan
individu sahaja.
Golongan Khawarij telah berpecah
kepada beberapa puak yang lebih kecil hingga mencecah 20 golongan.
Antara Masyhurnya hanya ada lima:
a)Al-Azariqah iaitu pengikut Nafi’ibn
Al-Azraq.
b)Al-Safriyah iaitu pengikut
Ziyad Al-Asfar.
c)Al-Najdat iaitu pengikut Najdah
ibn Atiyyah ibn Amir al-Hanafi.
d)Al-Baihasiyyah pengikut Abu
Baihas Haijam ibn Jabir.
e)Al-Ibadiyyah pengikut Abdullah
ibn Ibadh Al-Mari.
Dasar Khawarij Masalah Fiqh
Antara dasar utama ialah:
a)Mengkufurkan Ali,Muawiyah,Amru
dan Abu Musa kerana telah melakukan dosa besar,iaitu bersekutu mengadakan
majlis Tahrim.
b)Melakukan dosa besar adalah
kufur dan kekal di dalam neraka.Khalifah Uthman adalah kafir kerana separuh
bahagian akhir pemerintahannya tidak menurut dasar pemerintahan Khalifah Abu
Bakar dan Umar.
c)Khalifah hendaklah dipilih
daripada kalangan kaum muslimin dan pemilihan tersebut hendaklah dibuat
atas dasar bebas dan terbuka.
2)Puak Syiah
Puak Syiah ialah kalangan mereka
yang menilai tampuk pemerintahan dan pemimpinan sebenarnya menjadi hak Ali dan
zuriatnya.Mereka menghukum sesiapa yang merampas kuasa tersebut adalah zalim.
Dasar Syiah Masalah Fiqh
Pendirian Syiah dalam masalah usul telah menular dan melebar kepada
perkara pecahan fiqh.
Antara dasar golongan Syiah dalam
perkara usul atau dasar fiqh ialah:
a)Mentafsirkan ayat-ayat Al-quran
agar selaras dengan dasar mereka.
b)Menolak hadis usul dan furu,fiqh yang bawa oleh Ahli al-Sunnah biarpun
mencapar martabat sahih.
c)Menolak ijma sebagai salah satu daripada dasar
utama perundangan kecuali ijma kalangan imam mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment