PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Monday, 7 March 2016

ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

PENDAHULUAN

Perundangan yang berlangsung  Zaman Khalifah al-Rasyidin merangkumi zaman kehidupan Sahabat Utama. Zaman tersebut sebagaimana yang disepakati bermula selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan jawatan khalifah Islam pertama disandang oleh Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 11 Hijrah. Seterusnya jawatan Khalifah al-Rasyidin berterusan dengan perlantikkan Umar al-Khattab,kemudiannya Uthman ibn Affan dan selepas itu Ali ibn Abu Talib yang berakhir pada tahun 40 Hijrah.

 Perundangan yang berlangsung pada zaman Khalifah al-Rasyidin masih berpegang kuat kepada al-Qur’an dan Hadis. Para Sahabat hanya berjihad apabila tidak terdapat hokum di dalam kedua-dua sumber tersebut. Pada zaman tersebut kuasa pemerintahan dan wilayah Islam telah bertambah. Hal itu ekoran siri-siri peperangan dan pembukaan wilayah baru yang dikuasai oleh negara Islam hingga ke luar Semenanjung Tanah Arab.

SUASANA POLITIK

                Nabi Muhammad s.a.w. hanyalah sebagai rasul pembawa risalah Allah dan tiada rasul atau nabi lagi selepas Baginda. Ia selaras dengan firman Allah : ( Surah al-Ahzab ayat 40 )

                Kewafatan Baginda s.a.w. pada peringkat awalnya tidak dapat diterima secara total oleh kaum muslimin. Umar al-Khattab, pernah mengugut akan membunuh sesiapa yang mengatakan Baginda s.a.w. telah wafat. Keadaan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar dengan mengemukakan firman Allah : ( Surah Ali ‘Imran)

                Selepas kewafatan Baginda, golongan Ansar mengadakan perjumpaan di Saqifah Bani Sa’adah untuk melantik penghulu mereka Sa’d ibn ‘Ubadah al-Khazraj sebagai khalifah. menyedari hal itu, Abu Bakar, Umar, dan Abu ‘Ubaidah ibn al-Jarrah segera ke sana dan Abu Bakar berucap bermaksud : Kalangan kami adalah amir-amir dan kalangan kamu adalah wazir-wazir. Selepas itu ucapan berakhir, Umar segera melantik Abu Bakar sebagai Khalifah dan diikuti oleh para hadirin.
               
                Zaman awal pemerintahan adalah pemerintahan khalifah Abu Bakar lahir golongan enggan membayar zakat. Beliau bertindak tegas memerangi mereka biarpun pada awalnya tidak disepakati sesetengah Sahabat, antaranya : Umar al-Khattab. Abu Bakar tetap dengan penderiannya serta berhujah zakat dengan sembahyang tidak dapat dipisahkan. Akhirnya dengan petunjuk Allah ijtihad Abu Bakar lebih tepat dan mendapat sepakat semua Sahabat.

                Waktu itu lahir juga golongan mengakui menjadi nabi, seperti : al-Aswad al-Ansi di Yaman, Musailamah al-Kazzab dari Bani Hanifah di al-Yamamah, Tulaihan dari Bani Asad serta Sajah dari Bani Tamim. Abu Bakar bertindak mengutuskan bala tentera memerangi golongan tersebut kerana mereka telah murtad. Selepas keadaan aman, beliau menggerakkan tentera untuk membuka wilayah Iraq dan Syam.

                Pada masa pemerintahan khalifah Umar, beliau meneruskan penghantaran tentera untuk membuka wilayah tersebut serta Parsi, Mesir dan wilayah Rom. Lantaran itu perbendaharaan negara bertambah banyak, dilakukan penyusunan tentera dan melaksanakan hukum Islam tehadap wilayah yang ditakluki. Ramai kalangan bukan Arab serta berbagai lapisan masyarakat memeluk Islam.

                Selepas kematian Umar, jawatan khalifah disandang oleh Uthman. Separuh fasal pertama pemerintahan Uthman, keadaan negara dan politik begitu tenang dan tentera Islam Berjaya menguasai wilayah luar hingga ke daerah Timur dan Barat. Ekoran sifat warak, lemah lembut peribadi khalifah Uthman, Bani Umaiyyah  mengambil kesempatan jawatan-jawatan penting dalam negara. Ekoran perkara tersebut, fasal kedua pemerintahan Uthman, lahir kumpulan pemberontak dari Basrah, Kufah juga dari Mesir menyebabkan terbunuhnya khalifah Uthman.

                Pembunuhan Khalifah Uthman menimbulkan bibit perpecahan dikalangan kaum muslimin. Orang ramai terus melantik Ali sebagai pengganti dan menjadikan Kufah pusat pentadbiran. Muawiyyah pada waktu itu berada di Syam enggan memberi kesetiaan kepada Ali.

                Terdapat pula kalangan Sahabat yang dipelopori oleh Aisyah binti Abu Bakar, Talhah serta al-Zubair ibn al-Awwam menuju Basrah mendesak khalifah Ali mengambil tindakan terhadap pembunuhan khalifah Uthman seberapa segera. Ali menyatakan terpaksa menunggu keadaan reda. Para Sahabat tersbut menuduh Ali sengaja melengahkan, akhirnya tercetus peperangan al-Jamal.

                Selepas itu, meletus peperangan Siffin antara Ali dengan Muawiyah. Peperangan tersebut berakhir dengan tipu muslihat tentera Muawiyah mengangkat al-Quran di hunjung senjata dengan menyuru Tahkim. Ali bersama sebahagian tenteranya ingin meneruskan peperangan kerana mengetahui semua itu tipu muslihat sahaja, manakala sebahagian yang lain ingin menyahut perdamaian.

                Akhirnya Ali terpaksa menerima Tahkim majlis Tahkim berakhir dengan perlucutan Ali dan Muawiyah sebagai khalifah, namun dalam masa yang sama ‘Amru al-‘As melantik semula Muawiyah ekoran muslim kaum muslimin terpecah tiga kumpulan : Pertama : Khawarij, syiah dan jumhur Muslimin. Puak kaum Khawarij merancang untuk membunuh Alia, Muawiyah  dan ‘Amru ibn Al-‘As secara serentak. Namun begitu, hanya Ali berjaya dibunuh oleh Abdul Rahman ibn Muljim.

KEADAAN PERUNDANGAN ZAMAN SAHABAT

Sahabat yang berfatwa dan beristihad menghafaz al-Quran, Hadis-hadis, mengetahui sebab turunnya sesebuah ayat al-Quran serta sebab nabi menuturkan sesebuah hadis. Seterusnya juga, terdapat kalangan sahabat utama mempunyai pengalaman sebagai anggota dewan perbincangan bersama Baginda juga pernah dibenarkan beristihad pada zaman Baginda.

Mana-mana Sahabat yang berilmu akan beristihad untuk memutuskan hukum. Lantaran itu, ia menambahkan lagi kumpulan hukum Fiqh yang sedia ada. Sudut hakikat tidak semua sahabat mampu memahami serta mempelajari kandungan hukum-hukum atau beristihad. Hal itu kerana beberapa faktor tertentu, antaranya yang utama ialah :

  1.  Perbezaan Sudut Ilmu Dan Istinbat

Kalangan sahabat dan kaum muslimin terdapat sejumlah besar orang awam yang tidak berkemampuan untuk memahami nas-nas hukum. Ada kalangan Sahabat yang banyak menghafaz hadis, lama bergaul dengan Baginda serta dianugerahkan kemampuan secara semulajadi untik berijtihad. Sebaliknya pula terdapat Sahabat yang sempat menemui Baginda sekali sahaja dan ada yang hanya mendengar satu hadis sahaja.

                Justeru, terdapat perbezaan sudut ilmu, kemampuan berijtihad dan mengeluarkan hukum. Antara lain, ia juga menjadi faktor berlakunya perselisihan dikalangan sahabat dalam mentafsirkan hukum serta ta’lil sesetengah nas. Masyarakat awam pula perlu kepada orang alim atau ahli Fiqh menjelaskan nas serta hukum kepada mereka.

       2.Sumber Hukum Belum Dibukukan

Nas-nas hukum yang terkandung didalam al-Quran, hadis serta fatwa-fatwa Baginda belum tersebar secara meluas pada zaman khalifah al-Rasyidin dan Sahabat seluruhnya. Justeru, ia masih belum dapat dipelajari atau diterima oleh semua orang yang ada dalam wilayah Islam. Awal pemerintahan khalifah Abu Bakar contohnya : Pada waktu itu al-Quran masih terkumpul dalam tulisan dan lembaran-lembaran yang tersimpan di rumah dikalangan Sahabat dan juga isteri Baginda. Begitu juga hadis dan segala fatwa yang ada belum dibukukan sama sekali, bahkan ia masih berada dalam ingatan atau hafalan sesetengah para sahabat sahaja.

3.Sumber  Yang Ada Berbentuk Praktikal

Nas-nas serta kumpulan hukum yang ada pada zaman tersebut hanyalah mengandungi ketentuan-ketentuan perundangan juga hukum yang berkaitan dengan masalah-masalah yang benar-benar berlaku sahaja. Erti kata lain, fatwa Baginda s.a.w. dan nas hukum yang ditetapkan belum ada tentang masalah andaian serta hukum yang akan berlaku. Sedangkan pada zaman Sahabat telah terdapat juga timbul masalah hukum yang tidak pernah berlaku pada zaman Baginda s.a.w. dan tidak ada ketentuannya di dalam nas.

                Merujuk kepada tiga faktor utama tersebut, ahli Fiqh kalangan Khalifah al-Rasyidin dan para Sahabat utama khsusunya berdepan dengan tugas baru dalam perkembangan hukum Islam. Mereka terpaksa membuat penelitian, mengkaji dan membuat penjelasan mengenai nas-nas al-Qur’an dan Hadis. Untuk itu, para Sahabat bertindak memberi fatwa tentang masalah hukum yang timbul dan tidak ada ketentuan nas jelas.

                Kalangan Sahabat yang berperanan dalam hukum serta fatwa pada masa Khalifah al-Rasyidin dan Sahabat antaranya ialah :

a.         Khalifah Sahabat yang berperanan dalam hukum serta fatwa pada masa Khalifah al-Rasyidin, iaitu : Abu Bakar, Umur, Uthman dan Ali.
b.         Sahabat yang tinggal di Madinah, iaitu : Zaid ibn Thabit, Ubay ibn Ka’ab, Abdullah ibn Umar dan Aisyah.
c.          Sahabat yang tinggal di Mekah, iaitu : Abdullah ibn Abbas.
d.         Sahabat yang tinggal di Kufah, iaitu : Ali ibn Abu Talib dan Abdullah ibn Mas’ud.
e.         Sahabat yang tinggal di Basrah, iaitu : Anas ibn Malik dan Abu Musa al-Asy’ari.
f.          Sahabat yang tinggal di Syam, iaitu : Mu’adh ibn Jabal dan ‘Ubadah ibn al-Samit.
g.         Sahabat yang tinggal di Mesir, iaitu : Abdullah ibn ‘Amr bin al-‘As

Seterusnya terdapat ramai lagi kalangan Sahabat yang layak, berkemampuan serta berperanan dalam ijtihad dan fatwa. Dimana jumlah mereka dari kalangan lelaki dan perempuan seramai hampir 130 orang.


METHOD SAHABAT ISTINBAT HUKUM


Para Sahabat umumnya dan Khalifah al-Rasyidin khususnya menjadi tempat rujukan  kaum muslimin bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Para Sahabat telah menggunakan kaedah atau metod tertentu dalam istinbat hukum juga berijtihad, iaitu :

1.Merujuk Kepada al-Quran

Para Khalifah al-Rasyidin akan terus merujuk kepada al-Quran apabila muncul masalah atau dibentangkan kepada mereka sesuatu perkara tentang hukum. Mereka  mencari nas yang telah ditetapkan di dalamnya mengenai hukum atau meneliti al-Qur’an untuk mencari penjelasan dan penetapan hukum.

                Seandainya mereka menemui nas yang dibawa oleh al-Qur’an mengenai hukum yang dicari itu, mereka menghukum berdasarkan nas al-Qur’an tersebut. Hujah serta alasan supaya selaras dengan saranan wajib mentaati Allah dan mengembalikan masalah kepada hukum Allah. Iaitu dengan merujuk kepada al-Qur’an tentang apa-apa sahaja yang diperselisihkan dan menerima apa yang diputuskan menerusinya. Hal itu selaras dengan firman Allah : ( Surah al- Nisa’ ayat 59 )

     2.Merujuk Kepada Hadis

Setelah mengkaji al-Qur’an dan mereka tidak menemui nas hukum yang dicari, para Sahabat seterusnya akan merujuk kepada hadis serta fatwa Baginda s.a.w. yang mereka ketahui. Antara lain juga, mereka mengadakan perbincangan dan bertanya kepada mana-mana Sahabat atau para Sahabat lain, adakah mereka pernah mendengar hadis atau  mengetahui Rasullulah s.a.w. pernah menghukum terhadap masalah tersebut.

                Untuk itu, jika ada kalangan Sahabat menyatakan mereka pernah menyaksikan Baginda s.a.w. menghukum atau terdapat hadis menjelaskan hukum tersebut, Khalifah al-Rasyidin akan menghukum berdasarkannya. Hujah serta alasan supaya merujuk kepada hadis juga fatwa Baginda s.a.w. sebagai sumber kedua  selepas al-Qur’an selaras dengan saranan wajib mentaati Allah dan rasul-Nya. Iaitu dengan merujuk dan mengambalikan perselisihan kepada hadis Baginda s.a.w. Hal itu selaras dengan firman Allah :

.       3.Ijma’ Sahabat

                 Seterusnya, setelah mengkaji di dalam al-Qur’an, hadis, setelah ditanya para Sahabat tentang hadis serta fatwa Baginda s.a.w. dan mereka tidak mengetahui mengenainya, mereka akan mengadakan mesyuarat antara ahli Fiqh kalangan Sahabat. Menerusi mesyuarat mereka akan berbincang dan saling mengambil pertunjuk hukum mengenai masalah yang dihadapi itu. Sekiranya terdapat persepakatan anatara Sahabat, mereka akan melakukan hukumnya berdasarkan persepakatan tersebut.

                Sekiranya pendapat kalangan Sahabat terhadap sesuatu hukum mendapat persetujuan semua Sahabat, Ia dikenali sebagai ijma’ atau ijma ‘ Sahabat. Hukum yang diperolehi berdasarkan Ijma’ Sahabat atau persepakatan semua Sahabat tidak boleh diingkari hukumnya oleh kaum muslimin waktu itu dan kalangan mereka yang datang selepasnya.

                Sebagai rumusannya, majoriti masalah yang diistinbatkan pada zaman itu mendapat persepakatan di kalangan ahli Fiqh Sahabat. Untuk itu, terbukalah di sana satu sumber tambahan baru yang dikenali sebagai ijma’ atau persepakatan  hukum kalangan ahli Fiqh Ijma menjadi suatu sumber hukum yang diikuti, sekaligus menjadi dalil yang dijadikan hujah oleh ulama Fiqh yang muncul selepasnya.

      4. Itihad Sahabat

Nabi pernah membenarkan para Sahabat berijtihad dalam hukum. Sebagai contoh sebagaimana sabda Baginda kepada Mu’adh ibn Jabal sebelum beliau diutuskan ke Yaman.

         Pada masa itu telah lahir masalah kaum baru yang tidak ada nas dan belum pernah berlaku zaman Baginda. Untuk mencari penyelesaian hukum, Khalifah al-Rasyidin dan para Sahabat menggunakan itijhad serta al-Qiyas. Justeru, ia memain peranan penting dalam sejarah perkembangan Perundangan Islam.

                Sebagai contoh berkaitan kaedah istinbat yang dilalui oleh para Khalifah al-Rasyidin ialah : Diriwayatkan Abu Bakar apabila dikemukakan sesuatu masalah hukum beliau akan meneliti dan mencari nas hukum mengenainya di dalam al-Qur’an. Jika tidak menemui nas dalam al-Qur’an yang menyatakan dan menjelaskan hukum tersebut, beliau berpindah meneliti dan mengkaji hadis. Jika terdapat penjelasan mengenainya di dalam hadis atau diketahui oleh sahabat, beliau akan menghukum mengenainya seperti hukum yang dinaskan dalam hadis Rasullulah s.a.w.

                Kiranya tidak terdapat nas dalam hadis, beliau akan mengumpulkan para Sahabat dan ahli Fiqh serta bertanya,apakah mereka pernah mendengar,ada menghafaz atau mengetahui Rasulullah s.a.w pernah menghukum mengenainya. Jika ada Sahabat mengatakan ada mengetahuinya, khalifah Abu Bakar akan menghukum sebagaimana yang dilaksanakan oleh Baginda.

         Kaedah dan cara istinbat sebagaimana yang dilalui oleh khalifah Abu Bakar diikuti oleh Khalifah al-Rasyidin yang datang selepasnya.Iaitu menelitinya kepada nas al-Quran terlebih dahulu kemudian Hadis.Jika tidak menemui didalam hadis, mereka akan bertanya pada para Sahabat kalau-kalau mereka pernah mendengar dan mengetahui Nabi ada menghukum mengenainya.

         Seterusnya jika mereka tidak menemui nas dalam hadis dan tiada sesuapa kalangan Sahabat yang menghafaz hadis berkaitan dan tidak mengetahui Banginda pernah menghukum mengenainya , Khalifah Al-Rasyidin akan menghukum berdasarkan  ijtihad atau pendapat mereka.Untuk itu, ijtihad hanya digunakan dalam masalah yang tidak ada nas dalam al-Qu’ran,Hadis, dan tiada fatwa daripada Nabi.


         Sebagai rumusannya, ijtihad juga penting pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Dimana sebahagian daripada ijtihad kalangan Sahabat tersebut terjurus kepada persepakatan dan segelintir daripadanya menjurus kepada perselisihan dan percanggahan hukum biarpun sama sudut masalah.  

No comments:

Post a Comment