MADRASAH HADIS MADINAH
Kota Madinah, khasnya sekitar masjid Nabi terdapat banyak
kelas atau halaqah ilmu bidang pengajian Islam secara lebih khusus,seperti :
Madrasah Hadis. Ekoran daripada itu jugalah lahir ulama yang mendalami ilmu
tertentu. Madrasah Hadis atau Madrasah Madinah membawa maksud : Kalangan mujtahid dan mufti yang
menitikberatkan usaha memelihara hadis disamping meriwayatkannya. Mereka
menggunakan nas-nas zahir untuk menetapkan hukum,sekaligus cuba mengelak
daripada menggunakan al-qiyas dan al-istihsan selagi terdapat Hadis dan Athar,
biarpun khabar Ahad atau perawi tunggal. Mereka secara majoritinya bertapak
serta berkembang secara meluas di wilayah Hijaz.
Kumpulan
tersebut mempunyai kaedah tertentu dalam istinbat hukum daripada dalil tafsili,khususnya
ketika ketiadaan nas yang menjelaskan hukum. Antara dasar serta faktor
mendorong ke arah itu ialah :
1.
Mereka berpegang dengan zahir nas dan lafaz
lafaz zahir tanpa membuka ruang lua untuk menggunakan al-Ra’yi. Ahli Fiqh
kumpulan itu tidak menggunakan pendapat mereka kecualilah dalam keadaan amat
terdesak.Iaitu ketika mana mereka tidak menemui hadis dan athar untuk dijadikan
sandaran.
2.
Ketika istinbat hukum perpecahan, Ahli Hadis
banyak berpegang dan menghukum berpandukan hadis secara athar,biarpun tidak
sampai taraf riwayat masyhur.Oleh sebab itu, mereka sedaya upaya berpegang dan
mengambil segala fatwa sahabat untuk berhujah. Mereka membawa alasan bahawa
para Sahabat tidak berfatwa atau tidak menghukum melainkandengan apa yang
diambil daripada hadis juga amalan Baginda.
Ahli Fiqh kalangan Madrasah Hadis
bertindak sedemikian atas dasar berhati-hati dan bersifat warak. Sebagai
contohnya: Tatkala mereka dikemukakan masalah hukum yang ada nas, mereka
menghukum dengannya. Manakala masalah hukum yang tidak ada nas didalam Al-Quran
atau hadis, mereka seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menjawabnya.
ASAL USUL MADRASAH
MADINAH
Madrasah Hadis mempunyai kaitan
secara langsung dengan para Sahabat yang menetap di bumi Hijaz,khususnya
Madinah dan Mekah. Mereka yang berpegang dengan kaedah ini serta pendokong
Madrasah Hadis kalangan Sahabat ialah :
Zaid ibn Thabit, Aisyah binti Abu Bakar, Abdulah ibn Umar, al-Zubair juga
al-Abbas.
Kalangan Sahabat tersebut, Zaid
ibn Thabit merupakan mereka lebih menonjol ke arah pembentukkan Madrasah Hadis
tersebut.
Kaedah yang mereka ikuti
dikembangkan kepada para Tabi’in dan disebar luaskan pula kepada generasi –
generasi selepasnya. Kalangan Tabi’in yang bertindak sebagai pendokong Madrasah
Hadis ialah : Sa’id ibn al-Musayyab, ‘Urwah ibn al- Zubair,al-Qasim ibn
Muhammad ibn Abu Bakar al-Siddiq, Abu Bakar ibn Abdul Rahman ibn al-Harith,
‘Ubaidullah ibn Abdullah ibn ‘Utbah ibn Mas’ud, Sulaiman ibn Yasar dan Kharijah
ibn Zaid ibn Thabit.
SEBAB TERSEBAR
MADRASAH MADINAH
Faktor utama Alirah Hadis meluas
dan tersebar secara majoritinya di Hijaz kerana sebab tertentu, antaranya
a)
Ahli Fiqh kumpulan tersebut banyak mempengaruh
atau terikut dengan kaedah yang dilalui oleh para guru atau syeikh mereka
daripada kalangan Sahabat utama juga
Sahabat alirannya. Mereka itu majoritinya menetap serta berada di Hijaz,
seperti : Abdulah ibn Umar al- Khattab.
b)
Penduduk Hijaz masih ketinggalan dari segi
tamadun berbanding wilayah luar, seperti : Iraq. Justeru,suasana demikian tidak
memerlukan kepada melaksanakan ‘Ilal al- Ahkam atau mentafsir nas.
Semua itu lebih sesuai direalisasikan oleh penduduk
Iraq.Khasnya mereka berkemampuan untuk membuat andaian hukum kemudiannya
mempraktikkannya terhadap hukum yang juz’I atau pecahan.
No comments:
Post a Comment