PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Saturday, 26 March 2016

Perkembangan Mazhab Fiqh


Terdapat  beberapa Mazhab Fiqh Sunni yang tidak mendapat tempat utama serta tidak mempunyai ramai pengikut. Antara mazhab Fiqh yang pernah muncul pasa suatu ketika dahulu dan kini telah berlalu ialah :-Mazhab Abdul Rahman al-Auza’I di Syam, Mazhab al-Thawri, Mazhab al- Laith ibn Sa’d di Mesir, Mazhab ibn Syubrumah, Mazhab ibn Abu Laila, Mazhab Daud al-Zahiri, Mazhab ibn Jarir al-Tabari, Mazhab ibn Taimiyyah dan Mazhab ibn al-Qayyim. Terdapat sejumlah Mazhab fiqh tertentu asalnya muncul atas dasar politik. Namun ia tetap mendapat sambutan, ikutan malahan berterusan hingga kini biarpun dalam wilayah tertentu serta kadar yang terbatas.

Antara faktor ia masih tersebar dan terus hidup ialah ekoran perkembangan juga kestabilan  politik di wilayah meresapnya mazhab Fiqh tersebut. Sebagai contoh : Mazhab Syiah yang kini meluas di Iran. Konteks tersebut juga, antara mazhab Fiqh yang muncul atas dasar politik asalnya ialah: Syiah yang mana kemudiannya ia berpecah kepada beberapa puak pula. Antara yang terkenal serta masih mendapat tempat hanyalah tiga sahaja, iaitu : Mazhab Zaidiyah , Ja’fariyah atau Imamiyah dan Isma’iliyah serta Mazhab al-Ibadiyah daripada khawarij.

 Kesemua mazhab sunni telah mendapat pengikut yang ramai daripada pelbagai wilayah dan Negara islam, sama ada dari Timur hingga Barat. Pendapat serta fatwa para imam mendapat perhatian dan ikutan dalam perundangan, seperti : hudud, muamalat juga ibadat. Para pengikut mazhab tersebut bertindak mempertahankan fahaman dan kaedah serta cara istinbat yang dilalui oleh imam-imam mereka hingga terdapat sesetengah kalangan mereka menyeru pula orang ramai supaya mengikut mazhab mereka.

Faktor utama menyebabkan fatwa, pendapat dan kaedah istinbat hukum yang dilalui oleh para imam mazhab tersebut tersebar ke merata tempat ialah :-
1.     Kerana telah mendapat tempat dalam dunia Islam, dipertahankan serta diikuti oleh para sahabat, murid imam sekali gus dapat diterima oleh generasi-generasi yang lahir selepas itu.

2.       Ekoran meluas serta tersebarnya juga terpelihara segala kaedah juga fatwa para imam mazhab yang telah dibukukan secara tersusun semenjak zaman Tadwin. Malahan ada juga sesetengahnya telah dibukukan semenjak zaman imam tersebut lagi, seperti: kitab al-risalah karangan imam Syafi’I dan kitab al-Muwatta karangan imam Malik.

3.       Terdapat sesetengah pengikut imam mazhab tersebut berpegang dengan kitab-kitab serta pendapat imam mereka yang telah dikumpulkan dan dibukukan. Mereka menjadikannya sebagai sumber serta rujukan utama dan dasar ikutan sebagaimana mereka berpegang dengan al-Qur’an dan hadis.

No comments:

Post a Comment