PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Saturday, 26 March 2016

Mazhab syafi’i

Pengasasnya ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn al-Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ al-Hasyimi al-Hasyimi al-Qurasyi. Keturunan imam Syafi’i berasal daripada bangsa Arab Quraisy keturunan Bani Hasyim sebelah bapanya. Dimana keturunan beliau bertemu dengan keturunan nabi pada datuknya yang ketiga, Abdul Manaf. Imam Syafi’i dilahirkan di Bandar Ghuzzah , Syam pada bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun 767 Masehi pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur. Setelah hampir 6 tahun Imam Syafi’i menetap di bumi Mesir, akhirnya pada hari Khamis malam Jumaat 29 Rejab 204 Hijrah bersamaan 4 Januari 820 Masehi beliau telah meninggal dunia dalam usia 54 tahun dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zuhrah Mesir.
 
Sifat peribadi dan pendidikan

Beliau seorang yang berbadan tegap, luhur pekertinya, memiliki suara yang merdu terutama apabila membaca al-Quran, kuat ingatan dan fasih berbicara. Beliau pernah tinggal bersama-sama orang arab di Kabilah Huzail selama 10 tahun dan banyak mempelajari serta mendengar syair juga mendalami bahasa arab. Kemudian beliau mendalami fiqh dengan mufti Mekah Muslim ibn Khalid al-Zanji dan diberi kebenaran oleh gurunya berfatwa ketika berusia 15 tahun. Selepas itu beliau berhijrah ke Madinah dan mendalami hadis serta fiqh dengan imam Malik. Pada tahun 184 Hijrah bermusafir ke Iraq dan banyak menimba ilmu serta aliran al-Ra’yi daripada Muhammad ibn al-Hasan al-Hanafi.
Imam Syafi’i mengembara ke Madinah, Iraq, Kufah, Parsi, Mesir serta Yaman untuk mendalami ilmu. 

Antara guru-guru beliau yang utama ialah :-
a.       Mekah : mempelajari ilmu khasnya hadis dan fiqh daripada ulama terkemuka iaitu Sufian ibn ‘Uyainah, Muslim ibn Khalid al-Zinji, Sa’id ibn Salim al-Qaddah, Daud ibn Abdul Rahman al-Attar juga Abdul Hamid ibn Abdul Aziz ibn Abu Zawwad. Dalam bidang al-Quran beliau berguru dengan Ismail ibn Qastantin.

b.      Madinah: beliau belajar dan mendalami hadis daripada ulama terkemuka iaitu Imam Malik ibn Anas, Ibrahim ibn Sa’d al-Ansari, Abdul Aziz ibn Muhammad al-Darawardi, Ibrahim ibn Abu Yahya al-Asami, Muhammad ibn Sa’id ibn Abu Fudaik dan Abdullah ibn Nafi’ al-Sa’igh.

c.       Yaman: dalam bidang hadis dan fiqh ialah Mutarrif ibn Mazin, Hisyam ibn Yusuf, Umar ibn Abu Salamah dan Yahya ibn Hasan.

d.      Iraq : dalam bidang fiqh,hadis dan al-Quran ialah Waki’ ibn al-Jarrah, Abu Usamah Hammad ibn Usamah, Ismail ibn Aliyah dan Abdul Wahab ibn Abdul Majid. 
Sumbangan Imam Syafi’i 


Berkaitan bidang ilmu pengetahuan beliay telah memberi sumbangan yang besar dengan menhabiskan usianya menyebarkan dakwah serta ilmu seperti melalui ceramah, mengkaji ilmu, mengajar, berfatwa dan mengarang. Beliau merupakan pendokong dan pengasas kepada pembentukan ilmu usul al-Fiqh menerusi kitabnya al-Risalah. Beliau juga terkenal sebagai salah seorang ahli hadis yang terkemuka. Hal ini menyebabkan sewaktu berada di Baghdad beliau telah dikenali dengan gelaran Nasir al-Sunnah. Ketika berada di Mesir, beliau telah menyusun kitab al-Umm yang mana kitab tersebut serta kitab al-Risalah masih berkekalan dan menjadi rujukan utama sehingga ke hari ini. 

1 comment:

  1. 1xbet korean | Bola live | legalbet
    1xbet korean, play 1xbet live, korean casino, live poker, 1xbet 1xbet 프로모션 코드 sportsbook.

    ReplyDelete