PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Saturday, 26 March 2016

            FAKTOR LAHIR MAZHAB FIQH
§  Pada zaman Tadwin lahir pelbagai perselisihan pendapat dan mazhab fiqh. Apa yang jelasnya ialah perselisihan di antara ulama Madrasah Hadis di Madinah dengan ulama Madrasah al Ra’yi di Iraq.


1.      PERBEZAAN PENELITIAN SUMBER

a.       Penerimaan Khabar Ahad

Ketika mana ahli Fiqh serta imam mazhab membuat penilaian terhadap hadis-hadis Ahad untuk menetapkan hukum, disana kadang kala terdapat beberapa perbezaan diantara mereka. Dimana semua itu membawa kesan sudut penerimaannya sebagai suatu sumber hukum. Penjelasannya ialah sebagaimana berikut :
   
i.                    Imam Malik para sahabatnya serta majority kalangan para mujtahid di Madinah pula menerima sebagai hujah hukum sebagai fatwa, pendapat serta amalan penduduk Madinah dengan mengenepikan mana-mana khabar Ahad yang bercanggah dengannya.

b.      Penerima fatwa sahabat

Dalam meneliti fatwa-fatwa para sahabat yang diijtihad juga ada perbezaan di kalangan ahli Fiqh dan imam mazhab. Penjelasannya seperti berikut :

i.                    Imam Abu Hanifah serta para sahabatnya mengambil seta berpegang dengan fatwa-fatwa para sahabat tanpa sebarang ikatan.


c.       Penerimaan Qiyas

Dalam membuat penilaian Qiyas pula terdapat perselisihan pendapat dikalangan segelintir imam mujtahid serta ulama. Dimana kalangan puak syiah dan mazhab al-Zahiri tidak menerima Qiyas sebagai hujah dan sumber hukum. Walaubagaimanapun, jumhur imam mazhab sepakat menerima Qiyas sebagai salah satu sumber hukum yang disepakati


2.      PERBEZAAN  PENERAPAN HUKUM

Ia berkaitan dengan kecederungan dalam mneggubal hukum atau undang-undang. Untuk itu,  berdasarkan kecederungan tersebut didapati para mujtahid yang ada pada zaman tersebut terdiri daripada 2 golongan utama iaitu :
  

a.       Ulama Madrasah Hadis

o   Ahli Hadis secara majoriti kalangan para mujtahid Hijaz, khasnya di Madinah.
o   Mereka lebih menumpukan menghafaz hadis-hadis serta fatwa-fatwa para sahabat.
o   Mereka lebih cenderung kearah usaha untuk memahami segala Hadis serta Athar dan fatwa para sahabat sebagaimana yang ditunjukkan.
o   Mereka bertindak menerapkannya didalam ijtihad mengenai masalah-masalah yang baru berlaku, tanpa membahaskan sebab-sebab hukum serta sudut prinsip-prinsinya.
o   Ketika mana berhadapan dan memahami sesuatu nas yang tidak selaras atau tidak sesuai dengan tuntutan akal yang sempurna, ahli Fiqh Hijaz tidak akan menghiraukannya serta tidak berpegang dengannya, kecuali dalam keadaan yang amat terdesak juga darurat sahaja.
o   Ahli Fiqh di Hijaz lebih banyak bergantung untuk memahami nas hadis yang sekali gus menyebabkan mereka lebih dikenali dengan ulama Ahli Hadis

b.      Ulama Madrasah al-Ra’yi

o   Terdiri daripada kalangan ahli Fiqh serta mujtahid di Iraq dan mereka lebih dikenali dengan Ahli al-Ra’yi.
o   Meraka berpegang dengan pendapat atau Ra’yi, memahami dan memperhatikan maksud syarak serta asas-asas yang menjadi landasan pensyariatan hukum
o   Mereka berpendirian bahawa matlamat pensyariatan hukum untuk mencapai kemaslahatan seluruh umat manusia.
o   Oleh sebab itu, segala hukum berdasarkan atau yang disandarkan kepada prinsip-prinsip yang sama serta mempunyai matlamat yang sama
o   Justeru, semua itu hendaklah sentiasa selari serta tidak ada sebarang pertentangan di antara nas-nas serta hukumnya


c.       Faktor Perselisihan Madrasah Hadis & ak-Ra’yi

o   Hadis serta fatwa-fatwa para sahabat yang sampai juga tersebar di kalangan ulama Iraq kurang jika dibandingkan dengan jumlah fatwa dan hadis yang tersebar di Hijaz yang sekali gus merupakan tempat bertapak kedua-dua sumber tersebut
o   Puak Syiah serta khawarij lebih ramai berada di Iraq disebabkan itu disana terdedah kepada penyelewengan, banyak berlaku fitnah dan pemalsuan hadis berbanding di Hijaz
o   Suasana persekitaran, bentuk muamalat, corak hidup serta adat masyarakat di Iraq banyak terpengaruh dengan kebudayaan Parsi berbanding dengan apa yang terdapat serta  berlaku di Hijaz yang bersih daripada pengaruh tersebut.

3.      PERBEZAAN PENILAIAN PRINSIP BAHASA

Sumber-sumber hukum syarak yang asasi iaitu al-Quran & Hadis dibawa dalam lafaz yang berbagai.Untuk mengeluarkan hukum mestilah memahami dengan mendalam setiap lafaznya, seperti AM, KHAS & MUSYTARAK.






MAZHAB-MAZHAB FIQH

Terbahagi kepada dua iaitu :


a.       Mazhab Bersifat Individu

·         Kumpulan fatwa dan pendapat Fiqh yang dipindahkan serta tercatat daripada seorang mujtahid secara bersendirian.

·         Iaitu tanpa sebarang percampuran dengan mana-mana pendapat sahabatnya atau orang lain.

·         Mazhab Fiqh konteks serta bentuk ini telah terbentuk secara langsung semenjak wujudnya para Mujtahid Mutlak kalangan Khalifah al-Rasyidin, para sahabat utama, Sahabat kecil, Tabi’in utama juga Tabi’in.

·         Kemudian segala ilmu, kaedah istinbat dan fatwa Fiqh tersebut dipindahkan pula pada generasi-generasi seterusnya tanpa apa-apa pencampuran dengan mana-mana pendapat atau ijtihad orang lain.

·         Segala mazhab Fiqh yag bersifat individu tersebut secara majoritinya tidak sampai dan tidak dipindahkan kepada generasi selepasnya dan kini dalam bentuk kitab khusus.

·         Hal tersebut kerana tidak ada mana-mana murid dan sahabat mereka yang menerima fatwa juga pendapat Fiqh yang bersifat perseorangan tersebut itu berusaha atau tampil untuk mengumpulkan, membukukan dan menyebarkannya.

·         Bahkan hakikat juga apa ysng berlaku ialah majoriti wasilah dan cara pemindahannya hanya berlangsung menerusi lisan dan tercatat dalam bentuk hafazan sahaja


b.      Mazhab Bersifat Kumpulan

·         Segala mazhab Fiqh yang tidak hanya terhenti kepada pendapat serta ijtihad dan kaedah istinbat seseorang imam atau mujtahid tertentu sahaja

·         Namun begitu, ia merangkumi berbagai fatwa, kaedah dan bermacam-macam pendapat imam serta mujtahid pada peringkat dan zaman iaitu :


                 i.            Kumpulan kaedah serta pendapat-pendapat Fiqh yang telah disusun atau dibukukan sendiri oleh imam dan mujtahid, kemudiannya ia membentangkannya kepada sahabat dan pengikutnya

                   ii.             Kumpulan Fiqh, fatwa, pendapat serta kaedah yang telah dikumpulkan oleh sahabat, pengikut juga para murid imam mjtahid atau ulama selepasnya. Dimana itu bangkit membukukannya dalam bentuk kumpulan dan kitab yang sempurna. Mereka ini hanya sekadar bertindak sebagai penyusun dan membukunya semata-merta . Penyusunan kaedah tersebut disandarkan kepada para imam mujtahid bukan diri mereka


                 iii.            Kumpulan pendapat yang merangkumi kaedah ijtihad para sahabat dan murid imam mujtahid itu sendiri dalam berbagai masalah Fiqh. Dimana ia merupakan himpunan ijtihad para murid dan sahabat imam tanpa apa-apa kaitan dan tidak terikat dengan kaedah serta ijtihad imam mereka

No comments:

Post a Comment