MADRASAH AL- RAYI KUFAH
Al-Ra’yi
ialah ilmu yang dicapai mengenai sesuatu menerusi kaedah zann atau tidak pasti.
Ada yang dikehendaki dengan Ahli al-Ra’yi ialah : Mereka yang banyak
menggunakan pendapat , al-Qiyas,al-istihsan juga mengambil kira sudut
kemaslahatan dalam menjelaskan hukum syariat ketika mana tidak ada nas jelas
mengenainya di dalam al-Quran dan Hadis.
Sememangnya
terdapat pula kalangan mufti, Sahabat dan Tabi’in apabila tidak terdapat nas
jelas menyatakan hukum, mereka akan mengkaji dan mentafsirkan. Mereka juga
meneliti tujuan syarak, matlamat pensyariatan juga kemaslahatan-kemashalatan
yang dikehendaki oleh syarak agar mempraktikkannya.
Sahabat utama yang terlibat sebagai pengasas kumpulan tersebut ialah :
Umar al-Khattab dan Abdullah ibn Mas’ud. Seterusnya daripada mereka lahir
selepas itu Ahli al-Ra’yi secara terbuka dikalangan ulama Iraq.
Sebagai rumusannya, pada zaman Tabi’in muncul ecara terbuka Ahli
al-Ra’yi. Mereka bertindak mentafsirkan nas,mengkaji sudut ‘ilal dan kaitan
hukum serta faktor pensyariatan sesuatu hukum tanpa mengenepikan pendapat.Ahli
Ra’yi kebanyakkannya tinggal di Iraq.
ASAL USUL MADRASAH KUFAH
Madrasah al-Ra’yi di Iraq diasaskan oleh
Abdulah ibn Mas’ud dan Ali ibn Abu Talib. Dimana kedua-duanya terpengaruh juga
terikut-ikut dengan kaedah yang dilalui oleh Umar al-Khattab, mentafsir
nas,’ilal hukum serta menggunakan pendapat. Seterusnya daripada kedua-duanya
diwarisi dan dikembang luaskan pula oleh Sahabat dan Tab’in terkemuka di Iraq,
Ahli Madrasah
al-Ra’yi kalangan Tabi’in terkemuka di Iraq ialah : ‘Alqamah ibn Qais ibn Yazid
al-Nakha’ie al-Kufi, al-Aswad ibn Yazid al-Nakh’I, Masruq ibn al-Ajdi
al-Hamadani,’Ubaidah ibn ‘Amru al-Salmani serta Syuraih ibn al-Harith al-Qadi.
Seterusnya
daripada ’Alqaman dan ulama tersebut, kaedah menggunakan pendapat atau Madrasah
al-Ra’yi khususnya diikuti serta dikembangkan pula oleh Ibrahim serta ulama
tersebut diwarisi dan dikembangkan pula oleh Hammad ibnAbu Sulaiman Syeikh Abu
Hanifah al-Iman.
Ibrahim ibn Yazid al-Nakha’I merupakan
kalangan ulama Tabi’in yang memain peranan utama menyebar luaskan Madrasah
al-Ra’yi di Kufah, Iraq. Khususnya setelah beliau mewarisi kaedah istinbat
tersebut daripada ‘Alqamah ibn Qais.
KAEDAH ISTINBAT MADRASAH AL-RA’YI
Kaedah serta metodologi yag dikuti oleh
Madrasah al-Ra’yi di Iraq dalam istinbat hukum furu’ antaranya ialah :
·
Menurut ulama Madasah al-Ra’yi,tidak ada
nas Al-Quran dan Hadis yang diturunkan melainkan ia diikuti dengan hukum
daripada nas tersebut. Seterusnya juga, tidak ada nas hukum yang diturunkan
melainkan ia bertujuan merealisasikan kemaslahatan daripada berbagai
kemaslahatab uamat manusia. Justeru, nas syariat wajib dijaga serta perlu
sekali diraikan.
·
Oleh sebab itu, Ahli al-Ra’yi tidak akan mempraktikkan sesuatu nas
melainkan setelah mengkaji mengenai ‘ilal hukum, logik serta makna sesuatu
lafaz nas. Seterusnya mereka bertindak merealisasikannya dalam semua keadaan
yang diselaraskan dengan nas, tujuan syarak atau matlamat syariat.
·
Kadang ketikah Ahli- Ra’yi berfatwa bentuk yang bercanggahj dengan hadus
atau tidak menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau Hadis
Ahad, ertikata lain, Ahli al-Ra’yi menolak hadis yang tidak sampai ke tahap
Masyur bahkan mendahulukan al-qiyas.
·
Tindakkan sebegitu dilaksanakan apabila fatwa mereka dapat disokonh atau
selaras dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum. Hujah mereka
bertindak sedemikian ekoran muncul ramai pencipta hadis palsu di Iraq pada
waktu itu. Justeru, mereka mengenakan syarat ketat untuk menerima sesebuah hadis
diriwayatkan oleh perawi tunggal atau sesebuah hadis tidak mencapai tahap Hadis
Masyur, Konteks tersebut juga, mereka hanya berpada dengan mengambil serta
berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat yang berada di
sekitar wilayah Iraq.
Sehubungan itu, jika terdapat hadis
menyalahi Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum, khasnya hadis diriwayatkan
oleh perawi tunggal, mereka tidak mengambilnya sebagai hujah. Alasan mereka,
hukum yang diistinbat berdasarkan Kaedah Syariat dan Maslahah Kulliyah Umum
lebih kukuh serta lebih patut diterima sebagai hujah hukum. Kerana ia dikira
dua dalil, berbanding hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal atau hadis
yang bercanggah dengan dua kaedah tersebut yang hanya dikira sebagai satu
dalil.
SEBAB TERSEBAR MADRASAH KUFAH
Sekitar abad ke 2 Hijrah lahirlah
Madrasah al- Ra’yi Basrah dan Kufah yang berpunca daripada beberapa faktor
utama ialah :
a) Ulama Fiqh
tersebut terpengaruh dan terikut dengan pengajaran Sahabat utama yang tinggal
serta mengajar disana, seperti : Ali ibn Abu Talib dan Abdullah ibn Mas’ud.
Ertikata lain, disana menetap mujtahid kalangan Sahabat yang mana mereka itu
cenderung kepada aliran al- Ra’yi.
b) Ahli FIqh Madrasah al-Ra’yi
kadangkala menilak sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal atau riwayat
yang tidak masyhur. Sebagai ganti, mereka bertinfak melaksanakan fatwa selaras
dengan Kaedah Syariat atau Maslahah Kulliyah Umum.
c) Ahli fiqh Madrasah al-Ra’yi merasakan jumlah para Sahabat yang
mengetahui, menghafaz hadis dan menetap di Iraq sudah memadai. Ekorannya,
mereka tidak mencari hadis-hadis dan tidak bertanya Sahabat lain selain di
wilayah Iraq untuk dijadikan hujag serta istibat hukum serta istinabt hukum.
Oleh sebab itu, mereka menggunakan pendapat dan ijtihad.
d) Iraq dan wilayah
wilayah sekitarnya, seperti : Kufah dan Basrah tempat muncul serta bertapak
puak Syiah juga Khawarij. Ia merupakan dua puak yang banyak mencipta hadis
palsu. Untuk itu, ahli Fiqh yang ada disana terpaksa mengambil langkah tegas
sebelum menerima sesebuah hadis. Hal itu menyebabkan hadis yang diterima
sedikit jumlahnya dan tidak mencukupi untuk dijadikan hujah, sedangkan masalah
baru banyak muncul ketika itu. Oleh sebab itu, tidak dapat mereka menggunakan
al-Ra’yi sebagai pilihan terdekat.
e) Adat kebiasaanya, keadaan masyarakat serta keperluan masyarakat di
wilayah Iraq banyak perbezaannya dibandingkan dengan HIjaz . Untuk itu, tidak
dapat ahli Fiqh Iraq terpaksa menggunakan pendapat atau berpegang kepada al-
Ra’yi untuk berfatwa.
PERSELISIHAN ANTARA
MADRASAH KUFAH DAN MADINAH
Ekoran jalan istinbat, syarat-syarat
penerimaan dan penolakan sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal
atau Hadis Ahad antara ulama Madrasah Hadis dan Madrasah al-Ra’yi , telah
mencetuskan beberapa perselisihan. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut
tidak membawa kesan buruk, bahkan ada faedahnya. Antara bentuk berselisihan
dan kesannya ialah :
Ahli Fiqh Madrasah Hadis di
Mekah dan Madinah mencela kalangan ahli Fiqh Madrasah Iraq yang terlalu meluas
menggunakan al-Ra’yi dengan menolak khabar Ahad atau hadis yang diriwayatkan
perawi tunggal. Sebaliknya pula ahli Fiqh Madrasah Hadis terlalu sempit dan
tidak terbuka. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas, beramal sudut zahirnya
semata-mata ,tanpa mengkaji ‘ilal dan hikmat pensyariatan sesuatu hukum itu.
Tindakan sebegitu menyebabkan Fiqh tidak berkembang.
Rumusan persoalan tersebut, Madrasah
al-Ra’yi hanya bertindak menolak sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawi
tunggal jika hadis tersebut tidak cukup syarat atau ia tidak kukuh untuk
dijadikan sandaran atau kerana hadis tersebut tidak sampai kepada mereka.
Manakala ahli Fiqh Madrasah Hadis tidak menggunakan al-Ra’yi melainkan keadaan
terdesak kerana sikap berhati-hati dan warak.