PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 27 March 2016

KEISTIMEWAAN ZAMAN TADWIN

1.       GerakanPembukuan

o   Pada masa tersebutdibukukan, dikumpulkan, ditulis hadis Nabi, fatwa-fatwa ulama, mufti darikalangansahabat, Tabi’inndanTabi’ al Tabi’in.
o   Ensiklopedia perundangan, tafsirayat al-Quran, Fiqh mazhabulam mujtahid serta penulisan ilmuUsul Fiqh dibukukan.

2.       Muncul Imam Mazhab

Antaranya ialah :

a.       Sufian ibn Uyainah di Mekah
b.      Malik ibn Anas di Madinah
c.       Al-Hasan al-Basri di Basrah
d.      Abu Hanifah&Sufian al-Thauri di Kufah
e.      Al-Auza’i di Syam
f.        Syafi’I di Baghdad danMesir
g.       Al-Laith di Mesir
h.      Ishak&Rahawiyah di Naisabur
i.         Daud al-Zahiri di Baghdad
j.        Ahmad ibn Hanbal di Baghdad

3.       Meluasnya Kemajuan

o   Pada masa pemerintahan Khalifah al-Mansur, baginda telah mengasaskan bandar Baghdad supaya menjadi maju & bertamadun.
o   Di Baghdad kalangan ulama & pakarberkumpul dalamsemua bidang.
o   Bertumpuahli perniagaan jurutera dan jurubina dengan berbagai peranan serta minat.
o   Masyarakatdisitumencapaikemajuanhasilgabungankemajuanpemikiran orang-orang Parsi, Rom & Arab
o   Pulau al Andalus terdapat bandar Qurtubah atau Cordova yang hampir menyamai Baghdad yang asalnya diasakan oleh Abdul Rahman ibn Muawiyah.
o   Di bandar Fustat di Mesir yang mana disana lahir banyak masjid yang mengadakan halaqah ilmiah, pertemuan ulama, melahirkan ulama pelbagai bidang dan pelbagai aliran mazhab


4.       Gerakan ilmiah

a.       Ramai kalangan Mawali yang masuk Isla  sertamemberisumbangandalam Islam khasnya dari kalanganParsi, Rom &Mesir
b.      Banyak buku dari Parsi&Yunani diterjemahkan ke dalam bahas Arab.


5.       Bertambah Penghafaz al-Quran

o   Pada zaman Tadwin bertambah dengan pesat para penghafaz al-Quran dan mereka itu muncul serta tersebar di merata kawasan dan wilayah Islam sebagaimana tersebarnya kitab al-Quran tersebut.

6.       Pembukuan Hadis

o   Perawinya mengambil insiatif untuk menyusun dan membukukan kitab hadis. Penyusunan & pembukuan yang dimaksudkan tersebut ialah menyusun hadis dalam jenis dan menurut satu bidang tertentu secara khusus seperti solat & puasa.

7.       Pembukuan Usul Fiqh


o   LahirUlama yang menumpukanusahauntukmembukukanUsulFiqh
o   Antara kitab yang pertama yang munculberkaitanilmutersebutialah al-Risalahkarangan Muhammad Idris Syafi’I yang mengandungiperkaraberikut :

a)      Al-Quran &penerangannya
b)      Al-Nasikh& al-Mansukh
c)       Khabar al-Wahid atauhadisAhad
d)      Qiyas
e)      Istihsan
f)       Sunnah dankedudukannyaterhadap al-Quran
g)      Ijma
h)      Ijtihad
i)        Al-Ikhtilaf


8.       Terbentuk dan lahir Istilah Fiqh

a.       Istilah berkaitan tuntutan :

                                                                    i.            Al-Fardudan al-Wajib. MenurutjumhurulamaFiqhkeduanyasamasahajadanmerupakanperintahataukhitab Allah supayamelakukandengantuntutanpasti.
                                                                  ii.            MenurutjumhurahliFiqh, Sunnah, Mandub&Mustahabadalahsamasahajamaksudnyaiaitukhitab Allah memintamelakukansesuatusecaratidakpasti

b.      Istilah berkaitan tegahan :


                                                                    i.            al-Haram. MenurutjumhurFiqhialahbertentangandenganfardudanWajib. Iaitukhitab Allah yang memintameninggalkansesuatudengantuntutanpastimelaluidalilqat’i.

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN TABI’IN DAN FAKTOR MEMBAWA KESAN ARUS PERUNDANGAN


1)Al-quran dijadikan sebagai sumber rujukan yang pertama dan asasi dalam semua perkara.Berdasarkan nas qat’I atau dialah zanni atau mentafsirkannya,baik secara langsung atau tidak langsung.

2)Hadis menjadi sumber rujukan kedua selepas al-quran.Untuk itu,mujtahid kalangan sahabat kecil juga Tabi’in menggunakan nas yang terkandung di dalam hadis Baginda s.a.w.

FAKTOR MEMBAWA KESAN ARUS PERUNDANGAN     
1)Ulama Terbakar Merata Tempat
Pada masa pemerintahan Abu Bakar dan Umar Al-Khattab,mereka menggalakkan Sahabat utama meninggalkan bumi Madinah dan Mekah.

Ada beberapa factor:

a)Penduduk Madinah mengambil acuan sebahagian besar daripada kaedah ijtihad dan fatwa.

b)Penduduk Mekah mengikuti fatwa serta terpengaruh dengan ijtihad Abdullah ibn Abbas kalangan Sahabat juga mujtahid kalangan Tabi’in.

c)penduduk Basrah mengikuti fatwa Sahabat seperti Abu Musa Al-Asy ‘Ari dan Anas ibn Malik juga kalangan Tabi’in.

2)Khalifah Umaiyyah Menjauhi Sirah Ulama Salaf

Antara perkara penting yang muncul berikutnya:

a)Perbezaan hukum serta perundangan yang tercetus pada masa Bani Umaiyyah  ekoran factor perasaan.

b)Pmimpin Bani Umaiyyah lebih suka mengekalkan kepimpinan serta berusaha mendapatkan restu rakyat agar mentaati mereka secara paksa.

c)Kerajaan Bani Umaiyyah pernah mengharuskan beberapa perkara syubhat yang tidak dipersetujui oleh majority ulama fiqh waktu itu dan selepasnya.

3)Meluas Riwayat Hadis

Zaman Tabi’in membawa suatu keistimewaan dalam periwayatan hadis-hadis Baginda s.a.w.Dimana pada zaman tersebut meluasnya periwayatan hadis.
Mengenai Sahabat  yang berpindah ke wilayah lain,apabila dikemukan masalah hukum serta tidak mengetahui sesebuah hadis yang berkaitan,mereka akan berusaha bertanyakan kepada sahabat lain.

4)MuncuL Hadis Palsu

Pada zaman Nabi tidak timbul persoalan hadis Palsu.Namun,pada zaman Tabi’in keadaaan telah berubah.Kesalahan dalam hadis serta pemalsuan terhadap hadir Rasulullah s.a.w. mula menular.
Pemalsuan hadis berlaku ekoran pertelingkahan mengenai jawatan Khalifah antara Ali dengan Muawiyah.

5)Lahir Ulama Mawali
Pada akhir zaman pemerintahan Khalifah Uthman banyak wilayah lupa dapat ditakluki seperti Mesir,Syam dan Iraq.Ekoran penaklukan itu terdapat ramai rakyat tempatan yang menjadi tawanan.
 
Ramai ulama kalangan Shabat juga Tabi’in yang menetap di wilayah baru bertindak menyebaran ilmu juga fatwa kepadaa penduduk negeri menerusi majlis ilmu.

KESAN POLITIK TERHADAP FIQH


Perselisihan jawatan Khalifah telah memberi kesan kepada perkembangan Fiqh.
Hal ini menyebabkan lahirnya perselisihan dalam perkara usul dan furu atau pecahan fiqh.
Antara perkara utama yang menyumbang kea rah tersebut ialah:
1)Puak Khawarij
Golongan ini berpendapat jawatan Khalifah dan pemimpin Negara tidak tertentu kepada sesuatu puak,keluarga dan individu sahaja.
Golongan Khawarij telah berpecah kepada beberapa puak yang lebih kecil hingga mencecah 20 golongan.
Antara Masyhurnya hanya ada lima:
a)Al-Azariqah iaitu pengikut Nafi’ibn Al-Azraq.
b)Al-Safriyah iaitu pengikut Ziyad Al-Asfar.
c)Al-Najdat iaitu pengikut Najdah ibn Atiyyah ibn Amir al-Hanafi.
d)Al-Baihasiyyah pengikut Abu Baihas  Haijam ibn Jabir.
e)Al-Ibadiyyah pengikut Abdullah ibn Ibadh Al-Mari.

Dasar Khawarij Masalah Fiqh
Antara dasar utama ialah:
a)Mengkufurkan Ali,Muawiyah,Amru dan Abu Musa kerana telah melakukan dosa besar,iaitu bersekutu mengadakan majlis Tahrim.
b)Melakukan dosa besar adalah kufur dan kekal di dalam neraka.Khalifah Uthman adalah kafir kerana separuh bahagian akhir pemerintahannya tidak menurut dasar pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Umar.
c)Khalifah hendaklah dipilih daripada kalangan kaum muslimin  dan pemilihan tersebut hendaklah dibuat atas dasar  bebas dan terbuka.
2)Puak Syiah
Puak Syiah ialah kalangan mereka yang menilai tampuk pemerintahan dan pemimpinan sebenarnya menjadi hak Ali dan zuriatnya.Mereka menghukum sesiapa yang merampas kuasa tersebut adalah zalim.
Dasar Syiah Masalah Fiqh
Pendirian Syiah dalam masalah usul telah menular dan melebar kepada perkara pecahan fiqh.
Antara dasar golongan Syiah dalam perkara usul atau dasar fiqh ialah:
a)Mentafsirkan ayat-ayat Al-quran agar selaras dengan dasar mereka.
b)Menolak hadis usul dan furu,fiqh yang bawa oleh Ahli al-Sunnah biarpun mencapar martabat sahih.

c)Menolak ijma sebagai salah satu daripada dasar utama perundangan kecuali ijma kalangan imam mereka sahaja.

Saturday, 26 March 2016

            FAKTOR LAHIR MAZHAB FIQH
§  Pada zaman Tadwin lahir pelbagai perselisihan pendapat dan mazhab fiqh. Apa yang jelasnya ialah perselisihan di antara ulama Madrasah Hadis di Madinah dengan ulama Madrasah al Ra’yi di Iraq.


1.      PERBEZAAN PENELITIAN SUMBER

a.       Penerimaan Khabar Ahad

Ketika mana ahli Fiqh serta imam mazhab membuat penilaian terhadap hadis-hadis Ahad untuk menetapkan hukum, disana kadang kala terdapat beberapa perbezaan diantara mereka. Dimana semua itu membawa kesan sudut penerimaannya sebagai suatu sumber hukum. Penjelasannya ialah sebagaimana berikut :
   
i.                    Imam Malik para sahabatnya serta majority kalangan para mujtahid di Madinah pula menerima sebagai hujah hukum sebagai fatwa, pendapat serta amalan penduduk Madinah dengan mengenepikan mana-mana khabar Ahad yang bercanggah dengannya.

b.      Penerima fatwa sahabat

Dalam meneliti fatwa-fatwa para sahabat yang diijtihad juga ada perbezaan di kalangan ahli Fiqh dan imam mazhab. Penjelasannya seperti berikut :

i.                    Imam Abu Hanifah serta para sahabatnya mengambil seta berpegang dengan fatwa-fatwa para sahabat tanpa sebarang ikatan.


c.       Penerimaan Qiyas

Dalam membuat penilaian Qiyas pula terdapat perselisihan pendapat dikalangan segelintir imam mujtahid serta ulama. Dimana kalangan puak syiah dan mazhab al-Zahiri tidak menerima Qiyas sebagai hujah dan sumber hukum. Walaubagaimanapun, jumhur imam mazhab sepakat menerima Qiyas sebagai salah satu sumber hukum yang disepakati


2.      PERBEZAAN  PENERAPAN HUKUM

Ia berkaitan dengan kecederungan dalam mneggubal hukum atau undang-undang. Untuk itu,  berdasarkan kecederungan tersebut didapati para mujtahid yang ada pada zaman tersebut terdiri daripada 2 golongan utama iaitu :
  

a.       Ulama Madrasah Hadis

o   Ahli Hadis secara majoriti kalangan para mujtahid Hijaz, khasnya di Madinah.
o   Mereka lebih menumpukan menghafaz hadis-hadis serta fatwa-fatwa para sahabat.
o   Mereka lebih cenderung kearah usaha untuk memahami segala Hadis serta Athar dan fatwa para sahabat sebagaimana yang ditunjukkan.
o   Mereka bertindak menerapkannya didalam ijtihad mengenai masalah-masalah yang baru berlaku, tanpa membahaskan sebab-sebab hukum serta sudut prinsip-prinsinya.
o   Ketika mana berhadapan dan memahami sesuatu nas yang tidak selaras atau tidak sesuai dengan tuntutan akal yang sempurna, ahli Fiqh Hijaz tidak akan menghiraukannya serta tidak berpegang dengannya, kecuali dalam keadaan yang amat terdesak juga darurat sahaja.
o   Ahli Fiqh di Hijaz lebih banyak bergantung untuk memahami nas hadis yang sekali gus menyebabkan mereka lebih dikenali dengan ulama Ahli Hadis

b.      Ulama Madrasah al-Ra’yi

o   Terdiri daripada kalangan ahli Fiqh serta mujtahid di Iraq dan mereka lebih dikenali dengan Ahli al-Ra’yi.
o   Meraka berpegang dengan pendapat atau Ra’yi, memahami dan memperhatikan maksud syarak serta asas-asas yang menjadi landasan pensyariatan hukum
o   Mereka berpendirian bahawa matlamat pensyariatan hukum untuk mencapai kemaslahatan seluruh umat manusia.
o   Oleh sebab itu, segala hukum berdasarkan atau yang disandarkan kepada prinsip-prinsip yang sama serta mempunyai matlamat yang sama
o   Justeru, semua itu hendaklah sentiasa selari serta tidak ada sebarang pertentangan di antara nas-nas serta hukumnya


c.       Faktor Perselisihan Madrasah Hadis & ak-Ra’yi

o   Hadis serta fatwa-fatwa para sahabat yang sampai juga tersebar di kalangan ulama Iraq kurang jika dibandingkan dengan jumlah fatwa dan hadis yang tersebar di Hijaz yang sekali gus merupakan tempat bertapak kedua-dua sumber tersebut
o   Puak Syiah serta khawarij lebih ramai berada di Iraq disebabkan itu disana terdedah kepada penyelewengan, banyak berlaku fitnah dan pemalsuan hadis berbanding di Hijaz
o   Suasana persekitaran, bentuk muamalat, corak hidup serta adat masyarakat di Iraq banyak terpengaruh dengan kebudayaan Parsi berbanding dengan apa yang terdapat serta  berlaku di Hijaz yang bersih daripada pengaruh tersebut.

3.      PERBEZAAN PENILAIAN PRINSIP BAHASA

Sumber-sumber hukum syarak yang asasi iaitu al-Quran & Hadis dibawa dalam lafaz yang berbagai.Untuk mengeluarkan hukum mestilah memahami dengan mendalam setiap lafaznya, seperti AM, KHAS & MUSYTARAK.






MAZHAB-MAZHAB FIQH

Terbahagi kepada dua iaitu :


a.       Mazhab Bersifat Individu

·         Kumpulan fatwa dan pendapat Fiqh yang dipindahkan serta tercatat daripada seorang mujtahid secara bersendirian.

·         Iaitu tanpa sebarang percampuran dengan mana-mana pendapat sahabatnya atau orang lain.

·         Mazhab Fiqh konteks serta bentuk ini telah terbentuk secara langsung semenjak wujudnya para Mujtahid Mutlak kalangan Khalifah al-Rasyidin, para sahabat utama, Sahabat kecil, Tabi’in utama juga Tabi’in.

·         Kemudian segala ilmu, kaedah istinbat dan fatwa Fiqh tersebut dipindahkan pula pada generasi-generasi seterusnya tanpa apa-apa pencampuran dengan mana-mana pendapat atau ijtihad orang lain.

·         Segala mazhab Fiqh yag bersifat individu tersebut secara majoritinya tidak sampai dan tidak dipindahkan kepada generasi selepasnya dan kini dalam bentuk kitab khusus.

·         Hal tersebut kerana tidak ada mana-mana murid dan sahabat mereka yang menerima fatwa juga pendapat Fiqh yang bersifat perseorangan tersebut itu berusaha atau tampil untuk mengumpulkan, membukukan dan menyebarkannya.

·         Bahkan hakikat juga apa ysng berlaku ialah majoriti wasilah dan cara pemindahannya hanya berlangsung menerusi lisan dan tercatat dalam bentuk hafazan sahaja


b.      Mazhab Bersifat Kumpulan

·         Segala mazhab Fiqh yang tidak hanya terhenti kepada pendapat serta ijtihad dan kaedah istinbat seseorang imam atau mujtahid tertentu sahaja

·         Namun begitu, ia merangkumi berbagai fatwa, kaedah dan bermacam-macam pendapat imam serta mujtahid pada peringkat dan zaman iaitu :


                 i.            Kumpulan kaedah serta pendapat-pendapat Fiqh yang telah disusun atau dibukukan sendiri oleh imam dan mujtahid, kemudiannya ia membentangkannya kepada sahabat dan pengikutnya

                   ii.             Kumpulan Fiqh, fatwa, pendapat serta kaedah yang telah dikumpulkan oleh sahabat, pengikut juga para murid imam mjtahid atau ulama selepasnya. Dimana itu bangkit membukukannya dalam bentuk kumpulan dan kitab yang sempurna. Mereka ini hanya sekadar bertindak sebagai penyusun dan membukunya semata-merta . Penyusunan kaedah tersebut disandarkan kepada para imam mujtahid bukan diri mereka


                 iii.            Kumpulan pendapat yang merangkumi kaedah ijtihad para sahabat dan murid imam mujtahid itu sendiri dalam berbagai masalah Fiqh. Dimana ia merupakan himpunan ijtihad para murid dan sahabat imam tanpa apa-apa kaitan dan tidak terikat dengan kaedah serta ijtihad imam mereka