PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Wednesday, 24 February 2016

FAKTOR PERSELISIHAN ISTINBAT DARIPADA HADIS

Para Sahabat serta Khalifah Al-Rasyidin khususnya bercanggah atau berselisih pendapat dalam beberapa masalah hukum,biarpun di sana ada dalil hadis.

1.Perbezaan Pengetahuan Mengenai Hadis
Berlaku perselisihan dan perbezaan kalangan Sahabat dalam ijtihad mereka kadangkala disebabkan perbezaan sudut pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap hadis.

Lahir ekonomi beberapa sebab tertentu,antaranya:
a)Sesetengah kalangan Sahabat hanya menghafaz beberapa hadis sahaja,yang lain menghafaz lebih banyak.Itu perbezaan antara Sahabat-sahabat.
b)Sesetengah sahabat jugak lebih banyak bergaul dengan Nabi dan sentiasa bersama Baginda.Mereka mengikut pengajaran Nabi.
c)Kalangan Sahabat yang tinggal jauh daripada Madinah dan mereka pula lebih sibuk dengan urusan kehidupan.Lantaran itu menyebabkan sukar mereka mengikut pengajaran Baginda sepanjang masa.
d)Sesetengah sahabat lebih kuat daya ingatan dan kefahaman mereka,sementara yang lain kurang.Mereka menghafaz hukumnya.Manakala mereka yang tidak mengetahuinya akad berijtihad dengan diselaraskan kaedah syariat umum.

2.Perbezaan Syarat Penerimaan Hadis

Hadis belum dibukukan,dihafaz dan cara periwayatannya melalui lisan.Untuk itu Khalifah al-Rasyidin dan sahabat utama mempunyai kaedah tersendiri dalam penerimaan sesebuah riwayat.Contohnya:
a)Abu Bakar dan Umar akan meminta dibawakan saksi terhadap periwayatan oleh seorang perawi untuk mengesahkan riwayat tersebut.
b)Ali ibn Talib akan meminta perawi bersumpah terhadap kebenaran riwayat yang dibawa itu.
Semua itu dilakukan supaya tidak erlaku sebarang kesalahan dalam menerima serta meriwayatkan hadis Baginda.

3.Tidak Sama Pengetahuan Nasikh Mansukh

Kadangkala sahabat berselisih pendapat dalam ijtihad.Sesetengah mereka berfatwa berdasarkan ijtihad,terdapat hadis menyatakan hukum yang bersalahan dengan apa yang mereka ijtihadkan.
Lalu ada sahabat yang membetulkan keadaan.

4.Berfatwa dengan Zahir Nas
Muncul kalangan ahli Fiqh Sahabat membawa aliran yang berbeza.

Dua kumpulan:
a)Terdapat kalangan Sahabat tidak menggunakan pendapat,melainkan dalam keadaan darurat dan terdesak sangat.Banyak yang menghafaz dan meriwayatkan hadis Nabi.
b)Sahabat golongan kedua mengambilkan pendekatan berpegang pendapat mereka ketika tidak menemui nas syarak.Mereka menggunakan kaedah syarak umum dan kemaslahatan umum dalam ijtihad serta fatwa ketika tiada nas syarak.

Sahabat golongan kedua lebih cenderung menggunakan kaedah tersebut dan mengkaji dasar umum syariat terhadap hukum tidak dijelaskan oleh nas secara menyeluruh.


No comments:

Post a Comment