PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Friday, 19 February 2016

AHLI FIQH KALANGAN SAHABAT

Menurut apa yang telah dikemukakan oleh ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, kalangan para sahabat yang mahir dalam bidang Fiqh, berfatwa serta banyak menghafaz fatwa jumlahnya mencapai 130 orang.
Antara kalangan sahabat yang terbanyak berfatwa ialah :
1.    Umar al-Khattab
2.    Ali ibn Abu Talib
3.    Abdullah ibn Mas’ud
4.    Aisyah binti Abu Bakar
5.    Zaid ibn Thabit
6.    Abdullah ibn Abbas
7.    Abdullah ibn Umar

Antara kalangan sahabat yang sederhana berfatwa ialah :
1.    Abu Bakar al-Siddiq
2.    Ummu Salamah
3.    Uthman ibn Affan
4.    Abu Said al-Khudri
5.    Abu Musa al-Asy’ari
6.    Jabir ibn Abdullah
7.    Mu’adh ibn Jabal
8.    Abdullah ibn Amri ibn al-As
9.    Abdullah ibn al-Zubair

Antara kalangan sahabat yang sedikit berfatwa ialah :
1.    Abu al-Darda
2.    Abu Ubaidah al-Jarrah
3.    Al-Nu’man ibn Basyir
4.    Ubai ibn Ka’ab
5.    Abu Talhah
6.    Abu Zarr
7.    Safiyyah
8.    Hafsah
9.    Ummu Habibah


Penjelasan ringkas berkaitan para sahabat yang banyak berfatwa

1.    UMAR AL-KHATTAB

v Umar al-Khattab ibn Nafil al-Adwi al Qurasyi
v Khalifah kedua selepas Abu Bakar al-Siddiq
v Beliau menceburi bidang perniagaan
v Umar memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun keenam perutusan Baginda SAW
v Umat Islam masih lemah sebelum pemelukan Islam Umar
v Urusan dakwah pada waktu itu berpusat di rumah al-Arqam ibn Abu al-Arqam al-Makhzumi
v Setelah memeluk Islam, Umar mengajak kaum muslimin keluar ke Kaabah untuk menzahirkan Islam dalam 2 kumpulan
v Satu kumpulan diketuai oleh beliau dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Hamzah
v Umar digelar al-Farruq iaitu pemisah antara kebenaran dan kebatilan
v Umar mengambil langkah berhijrah secara terang-terangan
v Umar juga berani mencabar kaum Quraisy dengan katanya yang bermaksud : Sesiapa yang ingin meninggalkan janda serta anak-anak yatim juga berani menahannya berhijrah, silalah tunggu di lorong sekian-sekian kerana daku akan menggunakan lembah tersebut.
v Beliau telah memberi saham yang besar dalam perjuangan serta dakwah Islam
v Umar wafat sebagai salah seorang syuhada akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’h pada 23 Hijrah
v Beliau sempat memerintah selama 10 tahun 6 bulan
v Umar telah meninggalkan sejumlah besar  daripada fatwa & ijtihad. Antaranya ialah : al-Musyarakah
v Terdapat beberapa ayat & perundagan yang diturukan oleh Allah menepati saranan pendapat Umar. Contohnya :

Umar menyarankan agar menjadikan Makam Ibrahim sebagai tempat sembayang atau musalla.

Terjemahan: Dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembayang. (Surah al-Baqarah 125)


     2.    ALI IBN ABU TALIB

v Ali ibn Abu Talib ibn Abd al-Muttalib al-Qurasyi al-Hasyimi
v Dilahirkan 10 tahun perutusan Baginda SAW dan mendapat didikan dan membesar dirumah Baginda
v Ali merupakan kalangan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam
v Rasulullah SAW mengahwinkan Ali dengan anak bongsunya iaitu Fatimah
v Ali terkenal dengan seorang pejuang dan sifat berani
v Ketika Rasulullah SAW diizinkan berhijrah ke Madinah, Ali bertindak mengambil tempat tidur Nabi serta memakai baju Nabi
v Beliau sentiasa bersama Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Tabuk
v Ali tergolong salah seorang dari kalangan ahli Majlis al-Syura
v Ali merupakan khalifah keempat selepas pembunuhan khalifah Uthman
v Ekoran pembunuhan Uthman, sekumpulan sahabat menuntut Ali supaya mengambil tindakan segera terhadap pembunuhan Uthman
v Lantaran itu tercetusnya perang al-Jamal, selepas itu ia berlanjutan kepada peperangan Siffin yang dipimpin oleh Muawiyah  ibn Abu Sufian dan penduduk Syam yang berakhir dengan majlis Tahkim
v Ali telah ditikam oleh puak Khawarij Abdul Rahman ibn Muljam ekoran tidak puas hati dengan Tahkim.
v Beliau wafat pada malam 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah
v Beliau sempat memerintah selama 4 tahun 3 bulan
v Ali seorang yang luas pengetahuannya dalam semua bidang ilmu pengetahuan dan Fiqh


    3.    ABDULLAH IBN MAS’UD

v Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud ibn Ghafil al-Huzali
v Apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW membawa untuk tinggal bersamanya & banyak berkhidmat kepada baginda SAW.
v Seperti menyediakan selipar & kasut, alat bersugi dan bersuci serta sentiasa berada dihadapan Baginda apabila Baginda berjalan
v Beliau merupakan kalangan sahabat yang pertama membaca al-Quran secara nyata sewaktu berada di Mekah sehingga didengari oleh kaum Quraisy
v Lantara itu, Beliau telah dipukul oleh kaum Quraisy termasuk Abu Jahal dibahagian muka dan tubuh badannya
v Ibn Mas’ud berhijrah sebanyak 2kali iaitu di Habsyah dan Madinah
v Ibn Mas’ud menyertai peperangan Badar, Uhud dan Khandak
v Ibn Mas’ud mahir dalam bidang fiqg, al-Quran dan hadis
v Pada masa memerintahan khalifah Umar, Beliau telah mengutuskan Abdullah ibn Mas’ud bersama Ammar ibn Yasir ke kufah
v Ammar sebagai ketua manakala Ibn Mas’ud wali Baitul Mal serta sebagai guru, mengajar perkara agama
v Sewaktu ibn Mas’ud berada di Kufah ramai mereka yang meriwayatkan hadis daripadanya serta ia menjadi guru serta mufti mereka
v Pada tahun 32 hijrah beliau wafat pada masa pemerintahan Khalifah Uthman


     4.    ZAID IBN THABIT

v Abu Said Zaid ibn Thabit ibn al-Dahhak al-Najjari al-Ansari
v Umur Beliau semasa Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin berhijrah ke Madinah ialah 11 tahun
v Peperangan yang pertama yang Beliau sertai bersama Baginda ialah perang Khandak
v Zaid mula menghafaz al-Quran ketika al-Quran mempunyai 16 surah serta meriwayatkan sejumlah 92 buku hadis
v Beliau menjadi jurutulis pada zaman Abu Bakar dan Umar
v Umar telah melantik Zaid sebagai amir di Madinah sebanyak 3 kali
v Uthman juga pernah melantik Zaid menjadi pengganti beliau sewaktu menunaikan ibadat haji
v Zaid adalah kalangan sahabat yang paling alim dalam ilmu fara’id
v Zaid meninggal pada tahun 45 hijrah


   5.    ABDULLAH IBN UMAR

v Abdullah ibn Umar al-Khattab al-  Adwi’ al-Quraisy
v Umar memeluk Islam bersama bapanya Umar sebelum mencapai usia baligh
v Abdullah ibn Umar sangat prihatin dalam mengikuti segala apa yang dilakukan oleh Baginda seperti cara makan, cara berjalan dan lain-lainnya
v Beliau juga seorang yang banyak beribadat, zuhud, berjihad dan mendahulukan perkara akhirat
v Beliau telah meriwayatkan sejumlah 1630 buah hadis
v Sebanyak 170 hadis adalah yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim manakala 81 buah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan 31 buah hadis diriwayatkan oleh Muslim
v Beliau banyak berkhidmat untuk menyebarkan ilmu serta berfatwa hamper selama 60 tahun

v Ibn Umar meninggal dunia di bumi Mekah selepas musin haji pada tahun 73 hijrah ketika berusia 84 tahun



   6.    AISHAH BINTI ABU BAKAR


v Aisyah binti Abu Bakar Ummu al-Mukminin
v Aishah dilahirkan pada tahun 9 sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah
v Beliau kahwin dengan Rasulullah dalam usia 6 tahun
v Beliau mula tinggal & hidup bersama Rasulullah ketika berada di Madinah ketika berusia 9 tahun
v Aisyah sempat hidup bersama Nabi selama 8 tahun 6 bulan
v Beliau meninggal dunia pada tahun 58 hijrah di Madinah serta dikebumikan di perkuburan Baqi
v Aisyah hidup bersama Nabi agak lama, beliau telah mengambil kesempatan untuk mempelajari hal yang berkaitan dengan agama
v Beliau merupakan isteri yang paling disayangi
v Aisyah terkenal sebagai wanita yang alim  dan berpengetahuan dalam fiqh, hadis juga al-Quran
v Beliau juga menjadi tempat rujukan selepas Baginda wafat untuk mendapat fatwa dan ilmu agama
v Fatwa yang diperolehi daripada Aisyah terdapat dalam kitab-kitab sahih dan ia menjadi hujah yang kukuh
v Aisyah meriwayatkan sebanyak 2210 buah hadis
v Beliau merupakan kalangan sahabat yang banyak meriwayatkan hadis
v Ramai kalangan sahabt dab Tabi’in yang mengambil dan mencatat hadis daripada beliau
v Antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Aisyah ialah Urwah ibn al-Zubair iaitu anak saudaranya sendiri




      

No comments:

Post a Comment