PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Monday, 22 February 2016

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

Para Sahabat yang mampu untuk berijtihad akan membahaskan ketentuan menegenainya di dalam al-Quran. Jika tidak didapati nas-nas al-Quran, mereka berpindah mencari di dalam hadis. Sekiranya tiada di dalam hadis, mereka akan berijtihad serta istinbat  menggunakan al-Qiyas.
          Oleh itu, sumber perundangan yang ada pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Sahabat ada empat, iaitu : Al-Quran, Hadis, Ijma dan Ijtihad para Sahabat.



1.       AL-QURAN AL-KARIM
Setelah Baginda wafat, Al-Quran telah dihafaz sepenuhnya oleh sahabat tertentu. Ada yang ditulis pada alat tulis menulis kemudiannya satu Salinan disimpan dengan baik di rumah Baginda dan ia terus terjaga. Hal itu selaras dengan firman Allah:

'Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya' (Surah al-Hijr ayat 9)

Segala fatwa, Hadis dan al-Quran mempunyai kaitan yang rapat. Untuk itu, penjagaan al-Quran merngkumi pemeliharaan terhadap perundangan, khususnya hadis yang bertindak menjelaskan al-Quran. Sebagaimana firman-Nya:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad s.a.w.) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturukan kepada mereka.

Setelah Baginda wafat, al-Quran masih belum dibuku dalam satu mashaf, bahkan ia ditulis berselerak pada catatan, seperti:
Kertas, kulit, tulang dan dihafaz dalam dada Sahabat.

Al-Quran Zaman Abu Bakar
Peperangan al-Yamamah yang berlaku tahun 12 Hijrah menyebabkan ramai kaum muslimin gugur syahid, termasuk 70 orang penghafaz al-Quran. Kejadian tersebut mengharukan Umar, lalu beliau menemui khalifah Abu Bakar dan mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan dalam satu mashaf.
       Peringkat permulaanya Abu Bakar keberatan untuk melaksankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Baginda s.a.w. Apabila Abu Bakar melihat banyak kebaikan cadangan Umar tersebut, beliau memanggil Zaid ibn Thabit supaya mengumpul serta menulisnya.
      Untuk melaksanakan tugas tersebut, Abu Bakar membentuk jawatankuasa pengumpulan al-Quran dan Zaid bertindak sebagai ketua serta dibantu  oleh beberapa orang Sahabat lain. Mereka menyalin satu persatu ayat-ayat tertulis pada pelepah-pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan para Sahabat dan beliau sendiri. Selain itu, Zaid tidak akan menulis sesuatu ayat sebagai al-Quran kiranya tidak ada dua orang saksi yang adil.
Penulisan mashaf yang dilaksanakan meliputi ketujuh-tujuh huruf yang mana di atasnya al-Quran diturunkan. Sudut kesahihannya telah disahkan oleh para Sahabat kalangan Muhajirin dan Ansar. Tentang pengumpulan al-Quran dapat difahami berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dada mu), dan menetapkan bacaannya (pada lidah mu). (Surah al-Qiyamah ayat 17)

Pembukuan al-Quran menjadi lebih mudah untuk kaum muslimin mengkaji, menghafaz serta memahami isi kandungan al-Quran di samping mempelajari nasnya.

Al-Quran Zaman Khalifah Uthman
Pada masa pemerintahan Khalifah Uthman ibn affan, umat islam yang berada di pelbagai negerti membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah Sahabat yang menetap di sana, seperti: Penduduk Syam mempelajari kaedah bacaan Ubai ibn Ka’ab. Manakala penduduk Kufah pula mengambil kaedah bacaan Abdullah ibn Mas’ud. Lantaran itu, lahir perselisihan ekoran perbezaan sudut lahjah mereka. Golongan yang berselisih itu saling kecam mengecam antara satu sama lain.

Untuk itu Huzaifah al-Yaman mencadangkan kepada khalifah agar disatukan bacaan yang berbeza-beza dalam satu mashaf, untuk mengelakkan berlaku fitnah lebih besar.

Berdasarkan cadangan Huzaifah al-Yaman, khalifah Uthman memebentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang terdiri daripada empat orang sahabat diketuai oleh Zaid ibn Thabit, dan yang tiga orang lagi ialah: Abdullah ibn al-Zubair, Sai’id ibn al As dan Abdul Rahman ibn al-Harith ibn Hisham. Untuk itu, mereka bertindak menyalin semula mashaf yang telah ditulis pada zaman Abu Bakar dengan menggunakan satu bentuk huruf daripada huruf-huruf yang tujuh.

Setelah siap, Salinan mashaf itu dihantar ke setiap wilayah Islam, iaitu: Kufah, Basrah, Damsyik, Mekah, dan Madinah. Seterusnya Khalifah Uthman mengarahkan semua salinan serta mashaf selainnya dibakar. Satu salinan daripada mashaf tersebut disimpan oleh Khalifah Uthman yang dikenali al-Mashaf al-Imam. Terlaksananya penulisan dan pengumpulan al-Quran menyebabkan periwayatan al-Quran dan hukum yang terkandung di dalamnya menjadi Mutawatir dari segi bacaan atau tulisan.




No comments:

Post a Comment