PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 14 February 2016

RUMUSAN

  • Kuasa perundangan atau al-sultah al-tasyri`yyah di zaman Nabi Muhammad S.A.W terletak di tangan Nabi Muhammad S.A.W sendiri.
  • Nabi Muhamamd S.A.W bertindak menyampaikan hukum hakam dan menjelaskannya berdasarkan nas-nas al-Quran dan melalui Sunnah baginda. Segala perkara yang berlaku yang tidak jelas nasnya akan dihuraikan oleh baginda sama ada dengan menjelaskan berdasarkan ilham dari Allah S.W.T atau menggunakan pendapat akal Baginda sendiri.
  • Kuasa perundangan ada pada Nabi Muhammad S.A.W seorang, maka segala permasalahan yang berlaku dapat diatasi dengan mudah. Setiap hukum yang dikeluarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W diterima tanpa ragu-ragu.
  • Terdapat tiga perkara utama yang menjadi asas kepada sistem perundangan di Madinah, terutama selepas peristiwa hijrah, iaitu institusi masjid, konsep persaudaraan dan pembentukan sebuah negara Islam.
  • Sebagai seorang hakim, Nabi Muhammad mempunyai metodologi tertentu dalam pelaksanaan sesuatu hukum atau peraturan, iaitu mekanisme dalam menjelaskan hukum hakam, kaedah pembentukan hukum kerana sesuatu peristiwa dan strategi beransur-ansur dalam pembentukan hukum.
  

No comments:

Post a Comment