Hadis juga merangkumi ijtihad Baginda ia terkandung dalam hadis
hukum.Bilangan hadis yang berkaitan dengan hukum hanyalah berjumlah lebih kurang 4500 buah.Kebanyakkan hadis
merupakan penjelasan terhadap hukum al-quran yang mujmal,tagrir dan pengukuhan
Baginda.
Hadis merupakan sumber rujukan kedua selepas al-quran apabila
telah disahkan dan pasti daripada Nabi.Hadis Mentawatir diriwayatkan oleh
sekumpulan perawi kepada sekumpulan lain yang tidak mungkin mereka bersepakat
melakukan pendustaan terhadap nabi.
Merujuk kepada hadis selaras dengan saranan wajib mentaati Rasul
sert mengembalikan kepada hukum Allah tentang apa yang diperselihkan.
Firman Allah: ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
(Terjemahan)Kemudian jika kamu
berbantah-bantah(bersendirian)dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada(kitab)Allah(Al-Quran)dan(Hadis)rasul-Nya.
Khalifah
Al-Rasyidin Berhujah Dengan Hadis
Kalangan
Sahabat,khasnya Khalifah Al-Rasyidin sangat berhati-hati menerima sesebuah
hadis yang diriwayatkan agar ia tidak diselewengkan.Antara yang lain juga ,para
sahabat tidak membuka ruangperiwayatan hadis demi menjaga hadis dan dibimbangi
pemalsuan serta kurang menitikberatkan terhadap Al-Quran.
a.Pada
zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar seorang nenek bertanya bahagian pusaka
yang patut diterimanya.Al-Mughirah ibn Syubah berkata:Daku hadir bersama
Rasulullah s.a.w. Lalu Baginda berkata memberikan kepadanya(nenek
itu)1/6(daripada harta pusaka).
b.Hadis
Abu Said Al-Khudri: (Maksunya)Aku
berada dalam Majlis oang-orang Ansar di Madinah.Tiba-tiba Abu Musa dating
dengan ketakutan.Kami bertanya:Kenapa dengan engkau?Abu Musa
menjawab:Sesungguhnya Umar menyuruhku supaya dating kepadanya.Aku pun dating,setelah
berada di hadapan pintunya,memberi salam sebanyak tiga kali,tetapi tidak ada jawapan,lalu
aku pun pulang.
Rasulullah
bersabda:Apabila salah seorang di antara kamu minta izin tiga kali kemudian
tidak mandapat jawapannya,maka hendak la ia pulang.
No comments:
Post a Comment