Bentuk utama perundangan zaman Mekah dibawa dalam bentuk
asas-asas dan kaedah-kaedah umum.
Hukum dibina berdasarkan sewaktu zaman Madinah oleh itu di Madinah perundangan dibawa dalam
bentuk penjelasan dan ketetapan hokum sebagai rentetan zaman Mekah.
Beberapa contoh
sejarah perundangan dan hukum berdasarkan katogerinya:
IBADAT
Terdapat beberapan pendapat mengenai sembahyang,iaitu:
a)Menurut pendapat
pertama,terdapat nas Al-Quran dan Hadis menunjukkan pensyariatan sembahyang
yang manusia berlaku pada permulaan peratusan Baginda sebagai Rasul.
Sebagai Firman
Allah(terjemahan) “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang
tahjud pada waktu malam,selain dari sedikit masa(yang tidak dapat tidak untuk
berehat),(iaitu)separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari saparuh
itu atau lebihkan sedikit daripadanya.
(Surah
Al-Muzammil ayat 1-4)
b)Menurut riwayat ibn
jarir daripada ibn Andul Hatim : Kewajipan sembahyang malam khusus terhadap
rasulullah s.a.w. sahaja.Dimana Baginda melakukannya sebagaimana yang
diperintahkan selama 10tahun.Sebagai Firman Allah(terjemahan)Sesungguhnya
TuhanMu (wahai Muhammad s.a.w) mengetahui bahawasannya engkau bangun
(sembahyang tahjud)selama kurang dari dua pertiga malam dan selama seperduanya
dan selama sepertiganya.
Selepas itu kewajipan
sembahyang malam dinaskan dengan kewajipan sembangyang lima waktu pada malam
Isra’ dan Mi’raj.
c)Ada pendapat lain
mengatakan pada awal perutusan ,Baginda s.a.w.menunaikan sembahyang dua rakaan
pagi dan dua rakaat petang.Yang mana ia terkandung dalam ayat Makki yang
menyebut mengenai sembahyang.
Antara Firman Allah:
(terjemahan)Sesungguhnya Berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu
mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah
Al-Mu’minun ayat 1dan2)
Rumusannya,ulama
sepkat mengatakan sembahyang lima waktu mula disyariatkan pada malam Is’ra dan
Mi’raj setahun sebelum hijrah.Mulanya disyariatkan 50 waktu,selepas itu ia dikurangkan hingga
lima waktu sahaja.
2.Ketetapan Waktu Sembahyang.
Ia dinyatakan dalam nas berbentuk mujmal sebagaimana firman Allah: (terjemahan) “Stelah
kamu mengetahui sedemikian,maka bertasbihlah kepada Alah semasa kamu
berada pada waktu malam dan semasa kamu
berada pada waktu subuh.Pujilah Tuhan yang berhak menerima segala puji(dari
sekalian makluk-Nya)di langit dan bumi,dan di bumi dan(juga bertasbihlah
kepada-Nya serta pujilah Dia)pada waktu petang semasa kamu berada waktu zohor.
(Surah Al Rum ayat 17dan18)
3.Bersuci.
Bersuci secara awalnya disyariatkan di Mekah.Ia merangkumi dari
sudut zahir dan batin.
4.Sembahyang Jumaat.
Ia mula diwajibkan sebelum hijrah,iaitu selepas berlansungnya
Perjanjian Aqabah Kedua.
5.Azan.
Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah dengan tujuan
untuk memaklumkan masuk waktu sembahyang.
6.Tayamum.
Ketetapan bertayamum mula disyariatkan pada tahun keempat
Hijrah.Iaitu ekoran ketiadaan air sebagai ganti mandi dan berwuduk.
7.Menutup Aurat.
Pensyariatan wajib menutup aurat berlangsung pada tahun
kesembilan Hijrah.Sebagaimana firman Allah: (terjemahan) “Wahai
anak-anak adam!Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat ibadaht(iaitu mengejakan sembahyang)
8.Sembahyang Gerhana.Mula disyariatkan
sembahyang gerhana pada
tahun kesepuluh Hijrah yang juga merupakan hari kematian Ibrahim anak Baginda
Rasulullah s.a.w.
MUAMALAT
Antara ketetapan dan sejarah perundangan mengenai perkara
muamalat ialah:
1.Haram Mengurangi Sukatan dan Timbangan.
Sebaik-baik berlakunya penghijrahan ke Madinah,antara perkara
yang disyariatkan ialah haram bagi sesiapa yang mengurangkan sukatan dan
timbangan.
2.Wakaf.
Disyariatkan pada tahun ketujuh Hijrah.Setelah Baginda s.a.w.
bertindak membahagikan harta rampasan perang Khaibar.Umar Al-Khattab turut
mendapat bahagian daripada harta tersebut dan beliau meminta pandangan Baginda s.a.w.mengenai harta bahagiannya itu.
Hadis daripada ibn Umar: (terjemahan)Umar telah mendapat sebidang tanah di
khaibar kemudian dia dating menghadap Nabi s.a.w untuk minta tunjuk ajar
tentang cara pengolaannya,katanya;Wahai Rasulullah!Saya telah mendapat sebidang
tanah di Khaibar.Belom pernah saya memperolehi harta yang baik daripada
ini.Apakah cadangan kamu mengenai perkara ini?Baginda bersabda:jika kamu
suka,jaga tanah itu dan kamu sedekahkan manfaatnya.
3.Pegairan dan
Pertanian.
Tahun ketujuh Hijrah Rasulullah
s.a.w. telah melaksanakan perundangan berkaitan dengan pengairan dan pertanian
yang dimulai dengan perlaksanaan terhadap kaum Yahudi di daerah
Khaibar.Sebagaimana hadis daripada ibn Umar:
(terjemahan)Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.. pernah memberi
pekerjaan kepada penduduk Kahibar dengan nisbah separuh daripada batil yang
dikerjakan seperti buah-buahan dan tanaman.
4.Pengharaman Jual Beli
Arak.
Muamalat yang berkaitan
dengan jual beli arak,bangkai,babi sertapatung-patung berhala mulai diharamkan
pada tahun kelapan Hijrah.Dalam hadis:
(terjemahan)Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan
penjualan arak ,bangkai,babi dan berhala.Kemudian baginda ditanya:Wahai
Rasulullah!Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan dalam minyak mngecat
perahu,untuk dilumur di kulit supayaberminyak dan untuk menyalakan
lampu?Baginda menjawab:Tidak boleh.Ianya tetap haram.
5.Pengharaman Muamalat
Tipu.
Segala bentuk muamalat
dan mencari harta secara tipu,salah dan batil mulai diharamkan pda tahun
kesepuluh Hijrah.Firman Allah: (terjemahan)Wahai orang-orang ysng
beriman!Janganlah kamu makan(gunakan)harta-harta kamu di antara kamu dengan
jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya),kecuali dengan(jualan)perniagaan
yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu.
6.Hukum Akad dan Kontrak
Segala bentuk disyariatkan pada tahun kesepuluh Hijrah.Firman
Allah: (terjemahan)Wahai orang-orang yang beriman!Penuhi serta
sempurnakan perjanjian-perjanjian.
KEKELUARGAAN
1.menjaga kehormatan.
Perundangan zaman Makki atau ayat Makki telah diturunkan supaya
menjaga kehormatan juga kemahuan.Antaranya membatalkan segala bentuk
perkahwinan atau mendirikan rumahtangga dan tegahan hidup membujang.
2.Pusaka.
Pada tahun ketiga Hijrah selepas berlakunya peperangan
Uhud,diturunkan ayat berkaitan hukum.
3.Pensyariatan Talak.
Ianya:Talak,rujuk,tebus talak juga iddah.Perkara itu ditetapkan
setelah turunnya surah al-Talaq,khususnya
ia menyentuh tentang:Talak juga iddah.
4.Meminta Izin Dan
Hijab
Disyariatkan hokum
meminta izin sebelum memasuki rumah seseorang dan supaya berhijab pada tahun
kelima Hijrah.Iaitu setelah turunnya ayat menyuruh meminta izin dah
berhijab.khususnya para isteri.
5.Pensyariatan Ila’
Tahun kelima Hijrah
disyariatkan hokum Ila’yang sekaligus membatalkan apa yang pernah dilakukan
pada zaman Jahiliah.Yang mana seorang lelaki melakukan sumpah Ila’ terhadap
isterinya dengan tidak mendekati dan tidak menyetubuhinya dalam jangka msa yang
lama.
6.Pensyariatan Zihar
Zihar merupakan salah
satu bentuk talak pada zaman Jahiliah
untuk mengharamkan suami menyetubuhi isterinya.Lantaran itu tahun keenam
Hijrah disyariatkan hokum zihar menerusi
firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 1-4.
7.Perkahwinan Mu’ab
Ia merupakan
perkahwinan untuk temph tertentu yang pernah diharuskan dalam Islam disebabkan
darurat dalam peperangan yang jauh.
8.Tegahan Berwasiat
Lebih Sepertiga
Pada tahu kesepuluh
Hijrah,iaitu semasa berlaunya Haji Perpisahan Rasulullah s.a.w. menegah
berwasiat lebih daripada 1/3.
JENAYAH
1.Hukuman Rejam Penzina Mubsan
Pada tahun keempat Hijrah disyariatkan hukuman rejam terhadap
penzina yang Mubsan.Sebagaimana yang berlaku kepada pasangan penzina Yahudi.
2.Hukuman Qazaf
Tahun keempat Hijrah disyariatkan hukuman terhadap penuduh zina atau
qazaf.Hal itu berlaku ekoran fitnah dusta yang dilakukan oleh orang-orang
munafik terhadap aisyah.Untuk itu allah menurunkan ayat sebagai mana firman-Nya.(terjamahan)Dan orang-orang
yang melemparkan tuduhan(Zina)kepada perempuan-perempuan yang terpelihara
kehormatannya,kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,maka sebatlah
mereka lapan puluh kali sebat;Dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya;Kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.Kecuali orang-orang
yang bertaubat sesudah itu(dari kesalahannya yang tersebut)serta memperbaiki
amalannya,maka sesungguhnya Allah amat pengampun,lagi amat mengasihani.
3. Hukuman Terhadap Penyamun
Pada tahun keenam atau ketujuh Hijrah disyariatkan hukuman terhadap
jenayah menyamun atau hirabah.
4.Hukum Qisas
Disyariatkan hukuman berkaitan dengan qisas pada tahun kelapan
Hijrah sekaligus membatalkan apa yang pernah dilakukan pada zaman
Jahiliah.(
(
Terjemahan)Wahai orang-orang yang
beriman!Diwajibkan kamu menjalakan
hukuman qisas(balasan yang seimbang)dalam perkara orang-orang yang mati
dibunuh,iaitu orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan
perempuan dengan perempuan.
(Surah al-Baqarah ayat 178)
5.Hukuman Terhadap Pencuri
Tahun kelapan Hijrah disyariatkan hukuman potong tangan terhadap
pencuri.Sebagaimana firman Allah: (terjemahan)dan orang lelaki yang mencuri dan orang
pertama yang mencuri maka (hukumnya)potonglah tangan mereka sebagai satu
balasan dengan sebab apa mereka telah lakukan,(juga sebagai)suatu hukuman
pencegah dari Allah.Dan ingatlah Allah maha berkuasa.
6.Hukuman Li’an
Pada tahun kesembilan Hijrah disyariatkan hokum yang berkaitan
dengan li’an.Ia terlaksana ekoran peristiwa yang berlaku terhadap ‘Uwaimir
al-Ajlani serta Hilal ibn Umaiyyah yang telah melihat isterinya melakukan zina
dengan Syuraik ibn Sahma’ dan ia tidak mempunyai empat org saksi.
JIHAT
1.Keizinan Perang
Ekoran berlakunya Hijrah ke Madinah,pada tahun pertama
disyariatkan berhijad atau berperang melawan orang kafir.Hal itu ditetapkan
apabila turunnya firman Allah surah al-Hajj ayat 39-41.Ia merupakan ayat
pertama yang diturunkan berkaitan dengan peperangan dan jihad.
2.Perang Badar
Pada tahun kedua Hijrah juga disyariatkan hokum tentang
pembahagian harta rampasan perang.Perkara itu dijelaskan di dalam nas al-Qur’an:
Sebagaimana firman Allah:
(Terjemahan)Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad s.a.w)tentang
harta rampasan perang.Katakanlah:Harta rampasan perang itu(terserah)bagi Allah
dan bagi rasul-Nya(untuk menentukan pembahagiannya0.Oleh itu bertakwalah kamu
kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan diantara kamu,serta taatlah
kepada Allah dan rasul-Nya,jika kamu orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment