- Tahap ke-2 bermula pada tahun 1 Hijrah & berakhir setelah kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah dan mengambil masa yang tepat selam 9 tahun 9 bulan 9 hari.
- kewafatan baginda, wahyu pun berakhir dan agama islam sudah lengkap.
Keadaan ini sebagaimana yang dijelaskan melalui firman allah :
ۚالْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Terjemahannya : Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda akan islam itu menjadi agama untuk kamu.
(SURAH AL-MA'IDAH AYAT 3)
ZAMAN MADINAH MERUPAKAN ZAMAN ISLAM BENAR-BENAR TEGAK! Buktinya ~jumlah umat Islam yang besar, kuasa pemerintahan sendiri yang berpusat di Madinah & mereka telah bergelar umat.Pembentukan hukum telah mantap pada zaman itu yang meliputi hubungan sesama Islam, negara luar hingga berjaya menakluki Kota Mekah. Allah menjelaskan sebagaimana firman-Nya:
Terjemahannya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau-wahai Muhammad s.a.w. berjaya menguasai negeri Mekah), dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Islam beramai-ramai.
(SURAH AL-NASR AYAT 1 DAN 2)
DI MADINAH :-
- BAGINDA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI KATEGORI MASYARAKAT YANG LEBIH MELUAS.
- PELBAGAI PUAK , KAUM & PENGANUT AGAMA LAIN SEPERTI YAHUDI , NASRANI & GOLONGAN MUNAFIK
Oleh sebab di atas , tindakan pertama yang diambil oleh baginda ialah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin & Ansar. Baginda juga bertindak membentuk negara Islam Madinah disamping menyeru kepada ajaran Islam dengan penuh hikmat, selaras dengan firman Allah:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Terjemahannya :“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu (wahai muhammad s.a.w) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta berbahaslah mereka(yang engkau serukan itu ) dengan cara yang baik.
(SURAH AL-NAHL AYAT 125)
Sepanjang tempoh pembentukan negara Islam di Madinah, al-Qur'an menggariskan peraturan hukum dan fiqh amaliah yang sempurna dengan pelbagai pecahannya. Mana-mana ayat yang diturunkan dalam tempoh dikategorikan ayat Madani yang meliputi 21/30 daripada keseluruhan hukum praktical. Contohnya: Pada tahun 2 Hijrah diwajibkan berpuasa. Untuk itu, ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrah mulai menyentuh tentang hukum.
Berdasarkan penjelasan tersebut menunjukkan ayat-ayat al-qur'an yang menjelaskan semua itu bukan diturunkan secara sekali gus di Madinah. Dimana ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan keperluan umat Islam dan masyarakat waktu itu. Antara bentuknya ialah :-
- Menjelaskan tentang hukum yang berlaku di kalangan kaum muslimin atau masalah yang mereka hadapi.
- Menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepada baginda Sebagai contohnya sebagaimana firman Allah :
يَسْتَفْتُونَكَ
Terjemahannya: Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah)
(SURAH AL-NISA' AYAT 176)
Seterusnya perundangan yang dilaksanakan dan digubal adalah melalui al-Qur'an , hadis, dan ijtihad baginda sahaja. Seterusnya perundangan waktu itu masih berubah dalam sesetengah keadaan dan ayat-ayat sentiasa turun. Kerana apa yang lahir daripada baginda hakikatnya tetap menepati wahyu ilahi.
Hal itu selaras dengan firman Allah:
Terjemahannya : Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada al-Qur'an atau hadis ) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(SURAH AL-NAJM AYAT 3 DAN 4)
Perundangan yang berlangsung pada zaman Madinah memberi tumpuan UTAMA terhadap skop-skop tertentu, antaranya yang utama ialah :-
- Terbentuk perundangan yang berkaitan dengan ibadat, seperti : kewajipan berpuasa & zakat
- Perundangan yang menyentuh hukum muamalat.
- ketetapan serta diwajibkan supaya berjihad menentang orang kafir.
- Perundangan yang berkaitan dengan hukum hudud dan jenayah.
- Persoalan yang menyentuh tentang wasiat juga pewarisan.
- Pembentukan undang-undang keluarga, seperti : perkahwinan dan perceraian
- Sumpah dan nazar.
- Kehakiman dan kenegaraan.
No comments:
Post a Comment