PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 21 February 2016

HUKUM DAN FATWA DIPERSELISIHKAN

A) Agihan harta baitul mal.

Perselisihan antara Abu Bakar dan Umar :-

  1. Abu Bakar berpendapat melalui ijtihadnya dengn dibahagikan sama rata terhadap orang yang berhak daripada harta baitul mal. 
  2. Umar melebihkan di antara manusia dari sudut anugerah dan memberikan harta baitul mal berdasarkan sumber sumbangan jihad, keperluan juga lebih dahulu memeluk Islam.

B) PEMBAHAGIAN HARTA RAMPASAN PERANG

Perselisihan ijtihad serta pendapat kalangan Sahabat mengenai tanah yang dikuasai oleh tentera Islam. Di wilayah Iraq dan Syam terbentuk perselisihan kalangan Sahabat sama ada ia dibahagikan seperti harta rampasan lain atau sebaliknya. 
  1. Abdul Rahman ibn 'Auf Ammar ibn Yasir dan Bilal berpendapat tanah jajahan yang ditakluki itu dibahagikan kepada pejuang dan lainnya sebagaimana yang di lakukan terhadap harta rampasan perang, iaitu : 1/5 daripadanya diberikan kepada golongan yang dinyatakan hak dalam al-Quran. Manakala 4/5 daripadanya dibahagikan kepada para mujtahid atau pejuang yang menyertai peperangan. Para Sahabat berijtihad dan berpendapat demikian disandarkan umum ayat mengenai harta rampasan perang sebagaimana firman Allah :

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ۞
Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah
(SURAH AL-ANFAL AYAT 41 )

2. Umar al-Khattab dan kebanyakan kalangan Sahabat lain , seperti: Uthman , Ali, Mu'az ibn Jabal juga Talhah berpendapat tanah tersebut tidak boleh dibahagikan sebagaimana pembahagian harta rampasan perang. Terhenti hak dan pembahagiannya demi kemaslahatan kaum muslimin. Tanah tersebut dibiarkan tetap menjadi milik penduduk tempatan dengan dikenakan kharaj. Cukai yang dipungut itu dimasukkan dalam perbendaharaan Baitul Mal untuk kegunaan dan kemaslahatan umum, seperti : Penyelengaraan tentera, anak yatim dan orang miskin.

Yang mana urusan dan pembahagiannya dinyatanya menerusi firman Allah :
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

( SURAH AL-HASYR AYAT 7)

"Apa saja harta rampasan (fay’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan; supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu sahaja "


C)MAS KAHWIN ISTERI KEMATIAN SUAMI BELUM DISETUBUHI.





Ahli fiqh kalangan Sahabat juga berselisih pendapat dan ijtihad tentang mas kahwin terhadap isteri kematian suami yang belum disetubuhi :

1. Ibn Mas'ud berpendapat perempuan berhak mendapat mas kahwin sepenuhnya menurut kadar mahar dan diambil daripada harta peninggalan suaminya.

2. Ali berpendapat perempuan tersebut tidak berhak mendapat mas kahwin. Pendapatnya diqiyaskan terhadap isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi yang mana ketetapan mengenainya telah dijelaskan menerusi firman Allah :
لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ 
Terjemahan: " tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh ( bercampur ) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.

d) NAFKAH DAN TEMPAT TINGGAL ISTERI TALAK BA'IN.

Ahli fiqh kalangan  sahabat berselisih pendapat tentang nafkah dan tempat tinggal isteri yang ditalak ba'in.

1. Setengah sahabat seperti Ibn Abbas berpendapat  perempuan yang ditalak ba'in tersebut tidak berhak mendapat sebarang nafkah & tempat tinggal KECUALI  mengandung. Pendapat ini diikuti oleh imam Ahmad , Ishak ,Abu Thur & Ibn Abu Laila. Firman Allah :

 ۚوَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

Terjemahan : "Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin"

(SURAH AL-TALAQ AYAT 7)


2. Umar al-Khattab berpendapat perempuan itu mendapat hak tempat tinggal & nafkah berdasarkan keumuman dua firman Allah berkaitan para isteri yang diceraikan oleh suami mereka iaitu :

لَا تُخۡرِجُوۡهُنَّ مِنۡۢ بُيُوۡتِهِنَّ وَلَا يَخۡرُجۡنَ اِلَّاۤ اَنۡ يَّاۡتِيۡنَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ​ 

Terjemahan : "Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat kediamannya, dan janganlah pula  (dibenarkan) mereka keluar (dari situ ),  kecuali mereka kamu melakukan perbuatan keji yang nyata "

(SURAH AL- TALAQ AYAT 1)

Firman Allah :

  ؕاَسۡكِنُوۡهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنۡـتُمۡ مِّنۡ وُّجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوۡهُنَّ لِتُضَيِّقُوۡا عَلَيۡهِنَّ​

Terjemahan: " Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu) dan janganlah kami adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan kamu hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu ).

(SURAH AL-TALAQ AYAT 6)

3. Kalangan sahabat berpendapat bahawa janda hanyalah berhak mendapat tempat tinggal sahaja, manakala nafkah lain tidak dapat. Pendapat ini diikuti oleh Imam Malik dan Imam Syafi'i. Mereka berhujah berdasarkan ayat sebagaimana yang digunakan oleh Umar iaitu Surah al-talaq ayat 1 .

e) PEWARISAN DATUK BESERTA SAUDARA-SAUDARA.

Ahli fiqh kalangan sahabat selisih pendapat tentang tentukan hak pewarisan terhadap datuk yang mana dalam masa yang sama juga si mati ada meninggalkan saudara-saudara iaitu :-

1. Abu Bakar, Aisyah , Ibn al-Zubair, Ibn Abbas, Imran ibn Husayn dan Abdullah ibn Uqbah berpendapat tentang kewujudan datuk menghalang saudara-saudara si mati mendapat pusaka. Mereka berhujah bahawa al-Quran memasukkan datuk sebagai kategori bapa. Sebagaimana firman Allah menerusi lidah Nabi Yusud ibn Yaakub :

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ 

(surah yusuf ayat 38)

Terjemahan : "Dan aku menurut agama bapa datuk dan nenekku: Ibrahim, Ishak serta Yaakub.

Yang mana dalam ayat tersebut Ishak dan Ibrahi itu kedua-duanya dinamakan dengan bapa, sedangkan kedua-duanya adalah datu kepada Nabi Yusuf.

2. Umar , Zaid ibn Thabit, Uthman , Ali & Ibn Mas'ud berpendapat datuk dan saudara-saudara berkongsi menurut bahagian masing-masing. Alasan dan hujah mereka kerana kedua-duanya dikira bersamaan sudut taraf kekerabatan dengan si mati. Datuk sebenarnya tidak dikira sebagai bapa hakiki dan ia dinisbahkan dengan bapa sebagaimana ayat tersebut secara simbolik atau majaz sahaja. Sudut amalannya hendaklah diambil kira makna hakikatnya, kecuali ada dalil atau petunjuk lain mengubah perkataan tersebut kepada makna simboliknya.

No comments:

Post a Comment