PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 7 February 2016

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERUNDANGAN ISLAM


  • Perundangan secara beransur-ansur (beransur-ansur dari sudut jumlah dan hukum)
  • Perundangan mengurangkan bebanan
  • Perundangan tidak menyempitkan
  • Perundangan selaras kemaslahatan
  • Merialisasikan keadilan


Perundangan secara beransur-ansur.



  1. Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan. An-Nahl 67
  2. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir, Al-Baqarah 219
  3. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, An-Nisa’ 43
  4. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Al-Maaidah 90-91

Beransur-Ansur Dari Sudut Jumlah

Contoh:
1- Solat pada Isra’ Mi’raj
2-Tahun 1Hijrah disyariatkan jihad
3-Tahun 2Hijrah Puasa Ramadhan
4-Tahun 3Hijrah perwarisan & dan penceraian
5- Tahun 4Hijrah solat Qasar, khauf, zina, qazaf
6- Tahun 6Hijrah Perdamaian
7- Tahun 8Hijrah hukum curi

Beransur-Ansur Terhadap Satu Hukum

Contoh:
1- Solat pada awalnya pagi dan petang
2- Puasa awalnya secara sukarela
3- Zakat pada awalnya secara sukarela
4- Arak tak diharamkan secara mendadak
5- Pada awalnya tidak disyariatkan Jihad 
6- Penzina pada awalnya dipenjarakan di rumah

Perundangan Mengurangkan Taklif

Contoh:
1- Cara pembersihan najis
2- Solat 5 kali sahaja
3- Zakat hanya sedikit dan bukan untuk setiap individu
4- Perkara yang ditegah lebih sedikit dari yang dihalalkan
5- Puasa sebulan dalam setahun

Perundangan Tidak Menyempitkan

7 Jenis kemudahan dalam Islam (rukhsah):
1- Menggugurkan Ibadah
2- Mengurangkan kewajipan
3- Mendahulukan
4- Melewatkan
5- Menggubah
6- Kelonggaran
7- Mengganti

Sebab2 Keringanan (rukhsah):
1-  Musafir
2- Sakit
3- Dipaksa
4- Lupa
5- Jahil
6- Kekurangan
7- Kesukaran

Perundangan Selaras Kemaslahatan Manusia

1-  Kiblat
2- Iddah
3- Melarang menyimpan daging korban
4- Menegah ziarah kubur

Merealisasikan Keadilan

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. An-Nahl 90

Perundangan Islam mempunyai prinsip serta dasar asas yang jelas iaitu melindungi masyarakat daripada perbuatan keji serta menjamin hak-hak individu ataupun masyarakat. Prinsip-prinsip asas dalam perundangan Islam dapat dirumuskan seperti berikut:

Perlaksanaan sistem perundangan Islam tidak membebankan penganutnya, malah ia sesuai dipraktikkan sepanjang zaman. Hal ini kerana dalam perlaksanaannya, syariah Islam sangat mengambil kira keupayaan dan kemampuan manusia. Buktinya adalah seperti berikut:
1. Tidak membebankan: Undang-undang Islam bertujuan memberi kemudahan dan kesenangan untuk umat Islam, baik dalam bidang ibadat, muamalat mahupun jenayah. Semasa melaksanakan hukum hudud, pesalah tidak dikenakan hukuman jika terdapat sedikit keraguan.
2. Perlaksanaan  secara  beransur-ansur: Hukum-hakam Allah s.w.t. diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Hal ini jelas kerana penurunan al-Qur’an sendiri dilakukan secara beransur-ansur. Contohnya, pengharaman arak yang pada awalnya hanya diharamkan pada waktu sembahyang dan kemudiannya barulah diharamkan secara mutlak.

3. Melaksanakan keadilan mutlak: Undang-undang Islam menjamin keadilan mutlak untuk seluruh masyarakat tanpa memilih perbezaan warna kulit, darjat, kekayaan dan sebagainya. Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang dan tiada sesiapa pun kebal di sisi undang-undang Allah s.w.t.
4. Menyeru  kebaikan  dan mencegah  kemungkaran: Untuk mengatur hidup manusia atas asas makruf dan mengenepikan mungkar. Istilah “makruf ” bererti segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik, manakala istilah “mungkar” bererti segala macam dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat. Makruf sentiasa serasi dngan tabii dan sesuai dengan keperluan manusia manakala mungkar adalah sebaliknya.

Antara prinsip asas pembentukan hukum yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah beransur-ansur dalam pembentukan hukum.
Kita akan dapati bahawa terdapat DUA bentuk pembentukan hukum yang dikeluarkan secara bertahap:
1.     Bertahap dalam pembentukan beberapa hukum.
2.     Beransur-ansur dalam pembentukan sesuatu hukum.
A. Bertahap dalam Pembentukan Beberapa Hukum
Dalam konteks bertahap dalam pembentukan beberapa hukum, ia bermaksud bahawa hukum hakam tidak disyariatkan sekali gus melainkan sedikit demi sedikit. Contoh-contoh berikut dapat memberikan kita kefahaman tentang perkara tersebut, iaitu:
1.     Solat lima waktu difardukan pada malam israk, iaitu satu tahun sebelum peristiwa hijrah.
2.     Azan, perang, hukum hakam perkahwinan seperti mas kahwin dan walimah disyariatkan tahun pertama hijrah.
3.     Puasa bulan Ramadan, solat dua hari raya, ibadah korban dan zakat pada tahun ke dua hijrah.
4.     Hukum hakam perwarisan dan talak disyariatkan pada tahun ke tiga hijrah.
5.     Solat qasar dalam perjalanan dan dalam keadaan takut, hukum zina, tayamum, qazaf, kewajipan haji disyariatkan pada tahun ke empat hijrah.
6.     Hukum perdamaian dan penahanan, pengharaman arak, judi, tenung nasib dan berhala disyariatkan pada tahun ke enam hijrah.
Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita bahawa pelaksanaan sesuatu peraturan kadang-kadang memerlukan masa tertentu bagi merealisasikan suatu pentadbiran dan pengurusan yang berkesan. Bayangkanlah, sekiranya sesuatu peraturan diturunkan sekali gus untuk dilaksanakan serta-merta. Natijahnya, mereka akan menerimanya dalam keadaan yang tidak sempurna. Ini barangkali menimbulkan konflik dalam organisasi dan masyarakat.
B. Beransur-ansur dalam Pembentukan Sesuatu Hukum
Dalam konteks beransur-ansur dalam pembentukan sesuatu hukum pula merujuk kepada persoalan sesuatu hukum yang disyariatkan itu tidak sekali gus tetapi bertahap dan beransur-ansur.
Sebagai contoh, ibadah solat disyariatkan pada mulanya tanpa memperincikan cara pelaksanaannya. Daripada Musnad Imam Ahmad daripada Abdul Rahman bin Abi Laila daripada Mu`az bin Jabal berkata, solat dan puasa mengalami proses sebanyak tiga kali. Proses solat tersebut adalah Nabi Muhammad S.A.W selama 17 bulan di Madinah dengan mengadap ke Baitul Maqdis. Kemudian turun wahyu yang memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W mengadap ke kaabah.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadap ke langit, maka Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai iaitu Baitullah”.
Selanjutnya Mu`az menceritakan bahawa para sahabat berkumpul untuk melakukan solat. Mereka saling memberitahukan sehingga ada di kalangan mereka membunyikan loceng. Kemudian, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Zaid bin Abdi Rabbah datang menemui Nabi Muhammad S.A.W dan berkata: ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa seorang yang memakai dua pakaian berwarna hijau berdiri mengadap ke arah kiblat dan mengumandangkan azan. Kemudian ia berhenti sejenak, lalu mengumandangkan iqamah. Mendengar ungkapan mimpi tersebut, Nabi Muhamamd S.A.W bersabda: ajarkanlah azan dan iqamah tersebut kepada Bilal agar ia mengumandangkannya”.
Mu`az menceritakan lagi bahawa ada para sahabat yang datang mengerjakan solat berjemaah namun Nabi Muhammad S.A.W sudah mendahului mereka. Kemudian seorang daripada mereka bertanya kepada yang lain berapa rakaat baginda telah solat. Lalu dijawab satu atau dua rakaat. Maka, sahabat tersebut melalukan solat dua rakaat terlebih dahulu  lalu kemudian ikut berjemaah bersama-sama kaum muslimin yang lain.
Kemudian Mu`az datang dan mengatakan bahawa aku tidak mendapatkan beliau pada suatu hal kecuali aku ada bersamanya, kemudian aku mengganti apa yang telah mendahuluiku. Apabila Nabi Muhammad S.A.W selesai solat, Mu`az pun berdiri menyempurnakan rakaat yang tertinggal. Melihat perbuatan Mu`az itu, Nabi Muhammad S.A.W mengatakan bahaw Mu`az telah menerangkan cara solat secara masbuq maka lakukanlah sebagaimana yang dilakukannya.
Di sini sekali lagi kita dapat melihat betapa Nabi S.A.W. begitu prihatin mengenai amalan para sahabat dan membuat komentar yang sangat halus dan tidak menyentuh peribadi.  Malah hingga hari inilah kita mengikuti cara solat itu, yakni cara menyempunakan solat orang yangmasbuq.
Begitu juga dengan proses pengharaman arak yang tidak disyariatkan sekali gus. Al-Quran pada mulanya menyebutkan tentang keburukan meminum arak dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl ayat 67:

Maksudnya:
”Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik”.
Ayat itu memberi isyarat bahawa Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada hambaNya buah-buahan yang boleh dijadikan minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sementara itu minuman yang memabukkan itu bukan rezeki yang baik.
Tahap kedua, Allah S.W.T menyatakan bahawa tabiat meminum arak dan berjudi yang sudah menjadi amalan orang Arab Jahiliah itu membawa kesan positif dan negatif. Walau bagaimanapun, kesan negatif lebih terserlah berbanding aspek positifnya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 219:

Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi, dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”
Kemudian Allah S.W.T mengarahkan agar meninggalkan arak dalam waktu-waktu tertentu seperti ketika mendirikan solat. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nisa’ ayat 43:

Maksudnya:
”Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan”.
nlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan”.
Semenjak pada hari itu, manusia sudah biasa meninggalkan tabiat minum arak terutama ketika mahu mengerjakan solat yang boleh menghilangkan ingatan dan mengganggu perhatian ketika solat. Kemudian, Allah S.W.T mensyariatkan pengharaman arak dengan firmanNya dalam surah al-Ma’idah ayat 90-91:
http://lms.oum.edu.my/e-content/ABST1103/content/03155231ABST1103_09/topic6/graphic/ABST1103_6_Jawi8.png
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan tersebut agar kamu mendapat keuntungan....”
Prinsip dan asas bertahap dalam pelaksanaan hukum Islam mengandungi hikmah tersendiri. Cuba kita fikirkan, andai kata Nabi Muhammad S.A.W terus melaksanakan undang-undang sekali gus sedangkan baginda S.A.W masih belum mempunyai pengikut yang ramai, maka sudah tentu usaha melaksanakan syariah dan undang-undang Islam mengalami kegagalan. Oleh itu, pelaksanaannya secara bertahap dan beransur-ansur memudahkan orang Islam pada ketika memahami Islam. Tambahan pula, pelaksanaan undang-undang secara bertahap itu dapat memberi kefahaman Islam kepada masyarakat dan dalam masa yang sama masyarakat perlu dipersiapkan dengan persiapan pemikiran, psikologi, akhlak dan kemasyarakatan. Seandainya aspek-aspek seperti itu tidak diambil perhatian, barangkali, imej Islam akan rosak secara keseluruhannya akibat kefahaman yang tidak jelas dan persediaan yang tidak menyeluruh.




No comments:

Post a Comment