PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Sunday, 7 February 2016

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN NABI

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN NABI
Pada waktu itu secara umumnya segala sumber perundangan yang ditetapkan hanya berdasarkan Al-Quran dan hadis Baginda. Ia juga meliputi segala pertanyaan yang diajukan oleh para sahabat dan dijawab oleh Baginda dalam bentuk ijtihad. Untuk itu, sumber perundangan pada zaman Baginda dapat diklasifikasikan kepada tiga bentuk sahaja iaitu Al-Quran, hadis dan ijtihad Baginda.


1.  AL-QURAN SUMBER UTAMA

Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah sudut lafaz dan maknanya serentak yang merupakan gedung segala ilmu yang paling berharga serta lengkap. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firmanNYA :

Maksudnya : Tiada Kami meninggalkan sesuatu pun di dalam Kitab(Al-Quran) ini. (Surah al-An’am ayat 38)



PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT

Al-Quran tidak diturunkan secara sekaligus sebagaimana penurunan kitab Taurat kepada nabi Musa. Namun begitu, ia diturunkan secara bertahap-tahap berdasarkan sesuatu peristiwa, untuk menjelaskan sesuatu hukum yang dikemukakan atau sebagai menjawab persoalan yang diajukan kepada Baginda. Antara hikmat Al-Quran diturunkan secara bertahap ialah :

a.    Diturunkan berdasarkan hajat, keperluan serta keadaan
b.    Bertujuan memudahkan Nabi SAW khususnya serta semua kaum muslimim seluruhnya menghafaznya.
c.    Menenangkan serta menetapkan hati Baginda
d.    Memudahkan kaum muslimin melaksanakan hukum yang ditetapkan
e.    Mengambil pengajaran daripada Al-Quran

Kesimpulannya Al-Quran membawa peraturan berkaitan dengan tiga perkara utama iaitu :

1.    Hukum berkaitan AKIDAH. Contoh, rukun iman. Ia perbahasan ilmu al-kalam atau usuluddin
2.    Hukum berkaitan AKHLAK. Contoh, perbuatan yang hati dan baik. Ia perbahasan ilmu akhlak.
3.     Hukum berkaitan AMALAN. Contoh, perbuatan berkaitan anggota dari sudut suruhan dan larangan. Ia perbahasan ilmu fiqh.



2.  HADIS SUMBER KEDUA

Hadis menjadi rujukan kedua selepas Al-Quran. Kehujahan hadis dalam perundangan berdasarkan dalil yang termaktub secara jelas di dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama serta pendapat fuqaha yang menyuruh orang2 beriman mentaati Allah SWT juga rasulNYA.

PENGERTIAN BAHASA
Terdapat beberapa erti hadis antaranya :
a.    Yang baru
b.    Perkhabaran
c.    Percakapan
d.    Keterangan
e.    Cerita atau Kisah

 PENGERTIAN ISTILAH
Hadis ialah segala apa yang diriwayatkan daripada Baginda Rasulullah saw Sama     ada ia berbentuk perbuatan, percakapan, kelakuan, ikrar atau penerangan sifat    fizikal Baginda yang zahir.

ANTARA DALIL YANG MENYURUH KAUM MUSLIMIM SUPAYA MERUJUK HADIS IALAH :

1.   DALIL AL-QURAN

Sebagaimana firman Allah :

Terjemahan: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah seta amalkan dana pa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. (Surah al-Hasyr ayat 7)

Sebagaimana firman Allah :
Terjemahan: Sesiapa yang taat kepada Rasulullah saw maka sesungguhnya ia telah taat pada Allah. (Surah al-Nisa ayat 80)

2.   DALIL HADIS

·         Sabda Baginda pada hari Haji Perpisahan daripada Umar al-Khattab :

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya iaiti Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.


·         Sabda Baginda yang diriwayatkan daripada al-Miqdam ibn Ma’di Karib al-Kindi :

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya daku telah diberikan Al-Quran dan yang seumpama dengannya(hadis)

3.   DALIL IJMAK


·         Para sahabat serta ulama semua zaman telah sepakat mengatakan wajib hukumya mengikuti Sunnah Baginda, samada ketika hidup atau selepas Baginda wafat.
·         Telah ditetaplkan secara pasti bahawa Rasulullah saw adalah utusan Allah. Oleh itu kita wajib berima, taat segala perintah Baginda dan menerima segala apa yang dibawanya.



3.  IJTIHAD SUMBER KETIGA

·         Ijtihad membawa maksud mencurahkan segala akal pemikiran dan kesungguhan.
·         Iaitu untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah dengan jalan istinbat daripada Al-Quran dan Hadis.
·         Ijtihad pula mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya.
·         Mujtahid pula mestilah dari kalangan ahli fiqh yang layak

IJITIHAD TERBAHAGI KEPADA KEPADA BEBERAPA JENIS :
     I.        Ijtihad pertama ialah Istinbat hukum yang dilakukan oleh ulama dan mujtahid dengan berdasarkan nas.
   II.        Ijtihad kedua ialah Ijitihad al-Qiyas iaitu menyamakan sesuatu hukum yang tiada dalam Al-Quran dengan hukum yang ada
 III.        Ijtihad ketiga ialah berdasarkan kemaslahatan dan tujuan syariat, al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah, Sadd al-Zara’I dan lainnya.ijtihad ini sebenarnya terdapat perselisihan dikalangan ulama samaada ianya berlaku atau tidak pada zaman Nabi.


IJTIHAD NABI SAW
Baginda melakukan ijtihad untuk mengetahui hukum dan perundangan hasil daripada penelitian, perbincangan dan mesyuarat yang dilaksanakan bersama para sahabat utama.

IJTIHAD SAHABAT ZAMAN NABI
Para sahabat juga pernah berijtihad dan sesetengah mereka diberi kuasa untuk berijtihad sedangkan Baginda masih hidup pada waktu itu. Sebagai contohnya :

Amru ibn al-As telah melaksanakan hukuman terhadap dua kumpulan berselisihan yang dihadapkan kepada beliau. Nmaun begitu pihak yang menerima hukuman tidak merestuinya dan menemui Baginda saw serta menceritakan hal itu lantas Baginda bersabda :

Maksudnya :Apabila seseorang hakim atau kadi menjatuhkan hukuman dan ia berijtihad serta benar, ia mendapat 10 ganjaran. Kiranya ia juga berijtihad dan tersalah, ia tetap memperolehi satu atau dua ganjaran.

IJTIHAD YANG DILAKUKAN OLEH PARA SAHABAT DISEBABKAN KEADAAN TERTENTU SEPERTI :
a.    Berlaku kes dan keadaan tertuntu sahaja
b.    Sahabat tertentu sahaja yang boleh berijtihad seperti Mu’adh ibn jabal
c.    Berlaku untuk permasalahan para sahabat tidak dapat berkomunikasi dengan Nabi saw seperti jaraknya yang terlalunjauh sehingga sukar bertemu Nabi saw
d.    Ijtihad para sahabat sebagai penerapan sahaja bukan untuk pembentukan hukum
e.    Ijtihad para sahabat tentang sesuatu keadaan tertentu sahaja bukan suatu ketetapan kepada seluruh kaum muslimin.

USLUB AL-QURAN TUNTUTAN DAN PILIHAN

Ulama Usul Fiqh membuat klasifikasi hukum Taklifi berkaitan tuntutan supaya melaksanakan, meninggalkan serta membuat pilihan yang terbahagi kepada lima iaitu :
a.    WAJIB
b.    SUNAT
c.    HARAM
d.    MAKRUH
e.    HARUS


         TUNTUTAN MELAKSANAKAN
             
1.    Lafaz suruhan yang jelas

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikkan. (Surah al-Nahl ayat 90)

2.    Menyatakan sesuatu perbuatan itu diwajibkan

Terjemahan: Kamu diwajibkan berpuasa
                   (Surah al-Baqarah ayat 183)

3.   Menyatakan sesuatu tuntutan itu ditentukan terhadap golongan tertentu

Terjemahan: Dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut(jika si bapa tiada)  (Surah al-Baqarah ayat 233)

4.   Menyatakan sesuatu perbuatan hak satu kumpulan

Terjemahan: Dia isteri-isteri berhak mendapat mut’ah(pemberian saguhati) dengan cara yang patut  sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah ayat 241)


TUNTUTAN MENINGGALKAN

1.   Tegahan yang jelas

Terjemahan: Dan melarang melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar seta kezaliman. ( Surah al-Nahl ayat 90)

2.   Menyatakan pengharaman

Terjemahan: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan berikut): ibi-ibu kamu. ( Surah al-Nisa ayat 23)

3.   Menyatakan sesuatu itu tidak halal

Terjemahan: Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan. (Surah al-Nisa ayat 19)

4.   Membawa dengan lafaz tegahan

Terjemahan: Dan tinggalkan dosa yang nyata dan yang tersembunyi. (Surah an-An’am ayat 120)


MEMBUAT PILIHAN

1.   Lafaz halal yang disandarkan kepada perbuatan

Terjemahan: Dihalalkan bagi kamu(memakan) binatang-binatang ternak(dan sebagainya)  (Surah al-Maidah ayat 1)

2.   Menafikan ada dosa

Terjemahan: Kemudian siapa yang bersegera(meninggalkan mina) pada hari kedua maka ia tidaklah berdosa. (Surah al-Baqarah ayat 203)

3.   Menafikan kesalahan

Terjemahan: Kamu dan mereka tidak bersalah kemudian daripada tiga masa tersebut. ( Surah-al-Nur ayat 58)

4.   Menafikan tegahan

Terjemahan: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama(kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu. (Surah al-Mumtahanah ayat 8)


METODOLOGI AL-QURAN MENJELASKAN HUKUM

1.    Sesetengah keadaan dan sebahagian daripada ayat-ayat hukum dibawa dalam bentuk lafaz pasti. Penurunan nas berbentuk ini tidak ada sebarang ruang lagi untuk dilakukan ijtihad atau tidak perlu apa-apa pentafsiran lagi.

2.    Al-Quran membawa metod menarik terhadap perundagan Islam. Metod tersebut membawa pendekatan terhadap jiwa dan hati manusia untuk melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

3.    Al-Quran membawa metod dengan mengemukan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum secara berasingan juga pada tempat yang berbagai-bagai.


4.    Sebahagian ayat-ayat Al-Quran dibawa dalam bentuk mujmal dan umum yang mana ia hanya mengarah kepada tujuan perundangan serta kaedah kulliyah.

1 comment: