Sudut hakikatnya ayat Makki dan Madani tidak dapat dikenali melalui penjelasan yang telah dibuat oleh para sahabat Baginda juga ulama yang muncul selepas mereka. Hal itu , kerana Baginda Rasulullah s.a.w. tidak menjelaskan secara khusus persoalan tersebut semasa hayat Baginda. Faktor ketara ia tidak berlaku kerana para Sahabat waktu itu tidak perlu kepada penjelasan Makki dan Madani lantaran mereka telah menyaksikan sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda. Ulama telah menyatakan terdapat beberapa ciri tertentu ayat Makki dan Madani, antaranya ialah :
CIRI-CIRI AYAT MAKKI.
Antara ciri-ciri utama ayat Makki dapat dikemukakan sebagaimana berikut iaitu :-
a) Surah yang terdapat ayat menggunakan lafaz: Wahai anak Adam. Keadaan itu kerana penduduk Mekah pada waktu itu secara majoritinya masih belum beriman. Untuk itu tidak sesuai ditujukan kepada mereka dengan lafaz : Wahai orang-orang yang beriman.
b) Surah terdapat ayat Sajdah kecuali surah al-Hajj, menurut pendapat yan kukuh adalah Madani. Ulama sepakat menetapkan ayat Sajdah terdapat sebanyak 16 tempat di dalam al-Qur'an. Antara rahsianya supaya menarik dan membiasakan manusia kearah bersujud kepada Allah daripada menyembah berhala.
c) Surah terdapat kisah Nabi Adam dan Iblis kecuali surah Al-Baqarah.
d) Surah menceritakan kisah nabi dan umat terdahulu kecuali surah al-Baqarah.
e) Surah terdapat lafaz Kalla yang mana ia selaras kafir Mekah waktu itu yang bersikap keras dan angkuh. Ia dinyatakan sebanyak 33 kali dalam 15 surah. Contohnya sebagaimana firman Allah:
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
Terjemahannya: Sedarlah wahai orang-orang yang lalai! (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
(SURAH AL-QIYAMAH AYAT 20)
f) Surah dimulakan dengan huruf singkat , contohnya alif lam ra', kecualilah surah Al-Baqarah dan surah Ali 'Imran.
g) Ayat menerangkan aqidah yang benar serta menggesakan supaya menjauhkan daripada syirik. Antara lain juga, ayat-ayat Makki menjelaskan supaya beriman kepada Allah, sifat-sifat-Nya, Rasul-Nya, dan hari Akhirat.
h) Menjelaskan tentang akhlak mulia dan mencela perbuatan keji masyarakat Jahiliyyah, seperti: Saling berbunuhan dan menanam anak perempuan .
i) Ayat Makki kebiasaannya berbentuk pendek untuk memungkinkan Rasulullah s.a.w. serta kaum muslimin menghafaznya dengan mudah.
j) Ayat dan surah terdapat banyak lafaz sumpah.
k) Menetapkan dasar umum perundangan Islam.
CIRI-CIRI AYAT MADANI
Antara ciri-ciri ayat Madani dapat dijelaskan sebagaimana berikut :-
a) Ayat memberi keizinan berperang serta peraturan tentangnya.
b) Menceritakan perbincangan dengan Ahli Kitab dan mengajak mereka menerima Islam.
c) Surah dan ayat menyatakan tentang orang munafik , kecuali Surah al-Ankabut.
d) Surah membicarakan hukum amaliah, jenayah, hudud, pusaka juga kemasyarakatan.
e) Ayatnya panjang serta memberi keterangan yang terperinci, kecuali surah al-Nasr, al-Zalzalah dan al-Bayyinah.
f) Menjelaskan tentang ibadat, muamalat, kekeluargaan dan hubungan antarabangsa.
g) Ayat dimulakan dengan perkataan: Wahai orang-orang yang beriman, kecuali surah al-Hajj.
FAEDAH MEMPELAJARI MAKKI DAN MADANI:
Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberi faedah yang besar,antaranya :1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.
2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.
3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.
4. Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.
5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.
KUASA PERUNDANGAN ZAMAN NABI
Kuasa mutlak perundangan milik Allah sebagai penggubal & hakim sebenar. Hal itu selaras dengan pengertian kuasa perundangan itu sendiri,iaitu : Menyampaikan hukum, mentafsirknnya serta melaksanakan mana-mana yang perlu dilaksanakan, seperti: Hukum jenayah. Disamping itu juga, kadang kala kuasa perundangan yang dimaksudkan itu ialah kuasa menjelaskan hukum Allah yang terkandung di dalam wahyu yang diturunkan atau al-Qur'an.
Oleh sebab itulah hukum-hukum yang terdapat pada zaman Baginda merupakan hukum yang terdiri daripada ketetapan Allah, juga merangkumi hukum daripada fatwa Baginda tentang sesuatu masalah atau peristiwa yang berlaku, khasnya menjawab pertanyaan Sahabat. Contohnya sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah:
"Wahai Rasulullah s.a.w.! Kami belayar di lautan, sedangkan kami hanya membawa sedikit air, jika kami gunakan air itu untuk berwuduk, kami akan kehausan. Apakah kami boleh berwuduk dengan air laut? Rasulullah s.a.w. menjawab : Laut itu, airnya suci dan bangkainya halal."
Perundangan yang digubal oleh Allah itu diturunkan ke atas Rasulullah melalui wahyu, samada al-Qur'an atau hadis. Al-Qur'an juga dikenali dengan wahyu Matlu : iaitu lafaz dan maknanya serentak daripada Allah. Selain itu, terdapat juga wahyu Ghayr Matlu, iaitu : maknanya sahaja daripada Allah sedangkan lafaz dan penyampaiannya daripada Baginda sendiri. Konteks wahyu dan perutusan, Nabi menjalankan hukuman di kalangan manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan, sebagaimana firman Allah :
Oleh sebab itulah hukum-hukum yang terdapat pada zaman Baginda merupakan hukum yang terdiri daripada ketetapan Allah, juga merangkumi hukum daripada fatwa Baginda tentang sesuatu masalah atau peristiwa yang berlaku, khasnya menjawab pertanyaan Sahabat. Contohnya sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah:
"Wahai Rasulullah s.a.w.! Kami belayar di lautan, sedangkan kami hanya membawa sedikit air, jika kami gunakan air itu untuk berwuduk, kami akan kehausan. Apakah kami boleh berwuduk dengan air laut? Rasulullah s.a.w. menjawab : Laut itu, airnya suci dan bangkainya halal."
Perundangan yang digubal oleh Allah itu diturunkan ke atas Rasulullah melalui wahyu, samada al-Qur'an atau hadis. Al-Qur'an juga dikenali dengan wahyu Matlu : iaitu lafaz dan maknanya serentak daripada Allah. Selain itu, terdapat juga wahyu Ghayr Matlu, iaitu : maknanya sahaja daripada Allah sedangkan lafaz dan penyampaiannya daripada Baginda sendiri. Konteks wahyu dan perutusan, Nabi menjalankan hukuman di kalangan manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan, sebagaimana firman Allah :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Terjemahannya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.
(SURAH AL-MA'IDAH AYAT 49)
Seterusnya lagi sebagaimana firman Allah yang lain pula :
إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ
Terjemahannya: Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum, Ia menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
(SURAH AL-AN'AM AYAT 57)
Memandangkan Baginda Rasulullah s.a.w. tidak ada sebarang kuasa membentuk hukum & perundangan, para Sahabat dan ahli Fiqh yang datang selepasnya lebih-lebih lagi tidak mempunyai sebarang kuasa. Apa yang mereka mampu dan peranan yang dimainkan oleh mujtahid semenjak dahulu ialah mengkaji serta mengistinbatkan hukum praktikal daripada dalil-dalil juz'i sahaja.
Mujtahid hanyalah bertindak membongkarkan atau bertindak meneliti & mengkaji hujah syarak. Tidak ada seorang pun yang berkuasa untuk tetapkan hukum pada masa itu kecuali Rasulullah s.a.w. Baginda sahaja yang dikurniakan wahyu.
Kesimpulannya, segala peraturan dan pembentukan hukum yang didatangi oleh Rasulullah s.a.w. wajib ditaati samada ia adalah melalui nas al-Qur'an atau ijtihad Baginda sendiri.
No comments:
Post a Comment