PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Thursday, 18 February 2016

SEBAHAGIAN FATWA PARA SAHABAT

1. HUKUM & FATWA DISEPAKATI :- 

a) Tempat persemadian Nabi

b) Perlantikan Khalifah.


c) Harta Peninggalan Nabi


d) Memerangi Golongan Enggan Membayar Zakat


e) Pengumpulan dan Penulisan al-Qur'an.





A) TEMPAT PERSEMADIAN NABI



Para sahabat juga berselisih pendapat mengenai tempat untuk semadikan jenazah Baginda. Ada yang berpendapat untuk disemadikan di Mimbar, dan Baqi'. Abu bakar menyatakan bahawa jenazah Baginda s.a.w. perlu disemadikan ditempat terakhir Baginda menghembuskan nafas terakhirnya. Sebagaimana yang dijelaskan di hadis daripada Abu Bakar bahawa Baginda ada bersabda :
"Seseorang nabi itu sama sekali tidak akan dikebumikan, melainkan di tempat mana ia diwafatkan." Para sahabat bersepakat mengebumikan jenazah Baginda di tempat terakhir Baginda menghembuskannya nafasnya iaitu di rumah Aisyah binti Abu Bakar.

B) PERLANTIKAN KHALIFAH


selepas Baginda wafat, golongan Ansar telah mengadakan perjumpaan tergempar di Saqifah Bani Sa'adah untuk melantik Sa'd ibn 'Ubadah Al-Khazraj sebagai khalifah pertama. Setelah diketahui oleh Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah ibn al-Jarrah , mereka segera ke sana dengan Abu Bakar bertindak memberi ucapan : "Kaum Ansar dan Muhajirin saling bantu membantu dan perlu memerlukan. Namun Kaum Muhajirin, khasnya Quraisy lebih banyak berkorban, lebih awal memeluk Islam dan merekalah lebih layak dipilih sebagai pemimpin, tetapi kaum Ansar tetap dipilih sebagai wazir."
Selepas ucapan Umar memberi kesetiaan dan melantik Abu Bakar sebagai khalifah dan ia diikuti oleh para hadirin, kalangan Ansar serta kaum muslimin sekalian keesokan harinya.

C) HARTA PENINGGALAN NABI

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, timbullah perselisihan pendapat tentang harta peninggalan Nabi yang ada di Madinah seperti : Fadak serta baki 1/5 daripada rampasan perang Khaibar. Kemudian , puteri Rasulullah , Fatimah menuntut harta peninggalan rasulullah s.a.w. daripada Khalifah Abu Bakar & Abu Bakar menolak permintaan itu selepas ia disepakati dengan Sahabat lain.
Abu Bakar menjelaskan bahawa segala harta peninggalan Baginda tidak dapat diwarisi oleh sesiapa sahaja dan semua itu akan dijadikan sedekah. Beliau menolak permintaan Fatimah dengan menunjukkan hadis daripada Aisyah dimana Rasulullah s.a.w. ada bersabda :
" Kami (para nabi) tidak mewarisi, apa yang kami tinggal menjadi sedekah."
Melalui penjelasan hadis itu , tidak ada apa-apa perselisihan pendapat di antara Sahabat pada waktu itu mengenai harta peninggalan Rasulullah s.a.w.

D) MEMERANGI GOLONGAN ENGGAN BAYAR ZAKAT.



Pada zaman Khalifah Abu Bakar lagi telah ada yang enggan bayar zakat dan beliau telah menegaskan untuk memerangi mereka. Pada peringkat awal bercanggah pendapat dengan Umar, dimana Umar menyatakan golongan itu TIDAK BOLEH diperangi kerana telah mengakui dua kalimah syahadah. Abu Bakar tetap dengan pendiriannya serta berhujah zakat dan solat tidak dapat dipisahkan. Maka sesiapa yang pisahkannya dikira sebagai murtad. Akhirnya dengan petunjuk Allah, ijtihad serta pendirian Abu Bakar telah mendapat sepakat semua Sahabat lain.

E) PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN.








Pada tahun 12 Hijrah ramai tentera muslimin gugur syahid kerana terlibat dalam peperangan al-Yamamah. Hampir 70 orang para penghafaz al-quran dan peristiwa ini telah membimbangkan Saidina Umar. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar supaya al-Quran dikumpulkan kepada satu mashaf. Awalnya Abu Bakar keberatan dengan alasan Baginda tidak melakukannya tetapi Umar tetap terus menyakinkan Abu Bakar bahawa cadangan itu demi kemaslahatan umat Islam seluruhnya.
Akhirnya Abu Bakar bersetuju kerana Abu bakar telah melihat banyak kebaikan dalam cadangan Umar itu. Abu Bakar memanggil Zaid ibn Thabit supaya mengumpul dan menulisnya dalam satu mashaf.



No comments:

Post a Comment