AL-NASKH DALAM PERUNDANGAN
Pengertian Al-Naskh
Bahasa :- penghapusan, perubahan dari satu
keadaan kepada yang lain juga berpindah dari
suatu suara tempat .
Istilah :- 1) Terhentinya sesuatu hukum syarak
dengan ada dalil syarak lain yang
membatalkannya .
2) Berakhirnya
sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesutu nas dengan
sebab ada perubahan hukum
daripada nas lain .
Al-Naskh Dan Perundangan
Selepas kewafatan Nabi segala pembatalan dan gentian hukum tidak
berlaku sama sekali, kerana wahyu tiada lagi . Hal tersebut kerana Baginda
merupakan rasul terakhir . Sebagaimana yang dijelaskan menurusi firman Allah :
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi
.
(Surah
al- Ahzab ayat 40)
1. Sebagaimana firman Allah yang menyatakan mengenai perubahan
tempoh iddah para isteri yang kematian suami . Sebagaimana firman Allah:
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta
meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka,
iaitu diberi nafkah sagu hati (makan, pakai , dan tempat tinggal) hingga
setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.
(Surah
al-Baqarah ayat 240)
2. Allah telah menegaskan menerusi
firman-Nya Islam merupakan agama terakhir yang sekali gus bertindak membatalkan
semua agama yang diturunkan sebelumnya. Hal itu sebagaimana firman Allah:
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka
tidak akan diterima daripadanya .
(Surah Ali’ Imran ayat 85)
Berdasarkan ayat tersebut jelas
menunjukkan di dalam syariat Islam sememangnya mengandungi konsep nasikh dan mansukh.
Walaupun konsep nasikh dan mansukh tersebut berlaku, namun begitu
jumhur ulama sepakat mengatakan hanya beberapa ayat tertentu sahaja terlibat
dengan nasakh. Mustahil jika nasikh dan mansukh berlaku terhadap keseluhuran
kandungan al-Quran.
Syarat-syarat Berlaku al-nasakh
1. Hukum yang dibatalkan itu semestinya hukum syrak yang bukan
diwajibkan kerana zatnya. Sebagai contoh, perkara yang berkaitan dengan akidah
dan iman. Selain daripada itu, ia bukannya kategori perkara yang ditengah
kerana zatnya. Sebagai contoh, Mensyirikan Allah. Seterusnya lagi ia bukan
mengenai hukum akal yang telah tetap. Sebagai contohny: Setiap yang hidup pasti
akan mati. Semua bentuk yang tersebut tidak mungkin dapat dibatakan atau
diganti dengan hukum lain.
2. Nas atau hukum yang bertindak sebagai pembatalatau al-Nasikh
semestinya tiba kemudian secara berasingan daripada hukum yang telah dibatalkan
itu atau al-mansukh.
3. Hukum yang dibatalkan sait menerusi nas, ia pula tidak ditetapkan
untuk masa-masa tertentusahaja serta bukan ditetapkan untuk selama-lamanya.
4. Cara berlaku al-Naskh semestinya berdasarkan syarak, dengan hukum
syarak, terhadap hukum syarak serta berlaku sewaktu Nabi masih hidup.
5. Hukum yang dibatalkan adalah hukum amali serta tidak berbentuk
menyeluruh atau kulli.
KATEGORI AL-NASAKH
1. Al-Nasakh al-Soreh
Ø Membawa maksud yang berlaku secara jelas atau terang .
Ø Nasakh jenis ini bermaksud syarakmenjelaskan secara terang-terangan bahawa
Ø Perundangan atau syariat kemudian membatalkan hukum terdahulu .
Ø Contohnya sebagaimana firman Allah:
Wahai Nabi! Perangsangkan orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang bersabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang(dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
(Surah al-Anfal ayat 65)
2. Al-Nasakh al-Dimni
Ø Membawa maksud syarak memperundangkan hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu dan tidak mungkin dapat disatukan kecualilah dibatalkan salah satu daripadanya.
Ø Hukum terkemudian dikira membatalkan hukum terdahulu, biarpun ia tidak dinyatakan secara terang-terangan.
Ø Contohnya sebagaimana firman Allah:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagianpusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seseorang anak lelaki menyamai bahagiandua orang anak perempuan.
(Surah al-Nisa’ ayat 11)
3. Al-Nasakh al-kulli
Ø Membawa maksud syarak membatalkan keseluhuran hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf.
Ø Contohnya firman Allah:
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati ( makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.
(Surah al-Baqarah ayat 240)
4. Al-Nasakh al-Juz’i
Ø Membawa maksud syarak telah mensyariatkan hukum secara umum yang merangkumi setiap mukallaf, kemudian ia membatalkan hukum tersebut terhadap sebahagian mukallaf sahaja .
Ø Contoh sebagaimanafirman Allah:
Dan orang-orang yang meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari .
(Surah al-Baqarah ayat 234)
No comments:
Post a Comment