1.PERBEZAAN
SAHABAT MEMAHAMI NAS MUJMAL
Ekoran perbezaan dan tidak sama memahami serta
mentafsir sesuat nas yang terkandung dalam al-Quran menyebabkan terbentuknya
fatwa yang berlainan.
a.
Sesuatu lafaz berada diantara dua makna. Nas-nas
hukum yang terdapat di dalam al-Quran sebahagiannya mengandungi kemungkinan
menunjukkan kepada lebih daripada satu maksud dan makna. Contohnya , perkataan
al-qur’u sebagaimana firman Allah yang menyatakan tentang iddah isteri berhaid
yang bercerai dengan suaminya:
ۚوَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Terjemahannya : “ Dan isteri-isteri
yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 228)
Untuk
perempuan tersebut tidak boleh berkahwin atau belum tamat iddahnya sehinggalah
ia mandi daripada haidnya yang ketiga.
b. Kemungkinan
tertib dari dua sudut .Hal itu sebagai contoh terdapat dalam firman Allah
berkaitan dengan sumpa ila’.
فَإِنْ فَآءُو فَإِنَّ اللهَ غَفُورُُ رَّحِيمُُ {226} وَإِنْ عَزَمُوا الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللهَ سَمِيعٌ عَلِيمُُ {227}
Terjemahannya: “ Setelah itu jika
mereka kembali, maka sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.
Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak, maka sesungguhnya Allah amat
mendengar, lagi amat mengetahui.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT
226-227)
Ayat tersebut menyentuh mengenai
orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri , mereka diberikan tempoh 4
BULAN. Dimana kemungkinan tertib dari dua sudut:
- Kemungkinan tertib apa yang sebelumnya sebagai tertib
mufassal terhadap mujmal. Jika mencampuri
isteri atau membatal sumpah tersebut dan membayar kifaratnya dikira sebagai
tertib sebutan hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 bulan.
- Kemungkinan mencampuri isteri atau membatalkan sumpah
tersebut dan membayar kifaratnya dikira sebagai tertib hakiki. Yang dikehendaki
dengan percampuran atau membatal sumpah ila’ dan membayar kifaratnya ialah
selepas daripada berlalunya tempoh 4 bulan yang ditetapkan. Ini adalah pendapat
setengah sahabat lain.
c. Keadaan
sudut zahirnya terdapat pertentangan antara dua hukum. Sebagai contoh perkara
tersebut ialah mengenai iddah perempuan mengandung yang kematian suami. Dimana masalah
tersebut berada di antara dua keadaan iaitu :
-
Masalah iddah perempuan termasuk dalam kategori ayat
megenai iddah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari. Sebagaimana firman Allah :
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ
بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
Terjemahannya : “ Dan orang-orang
ang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri,
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka selama empat bulan sepuluh
hari.”
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 234)
-
Ayat
mengenai iddah bagi wanita yang mengandung ialah hingga melahirkan kandungan. Sebagaimana
yang dinyatakan dalam firman Allah :
وَأُولاتُ الأحْمَالِ
أَجَلُهُنَّ
أَنْ
يَضَعْنَ
حَمْلَهُنَّ
Terjemahan : “ Dan perempuan
mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya.”
(SURAH AL-TALAQ AYAT 4)
2. PERBEZAAN
KECENDERUNGAN PENERIMAAN HADIS
Kalangan sahabat berbeza dari
sudut pengetahuan , jumlah hadis yang diterima dan kecenderungan, kaedah
menerima riwayat sesebuah hadis juga cara ijtihad untuk memahaminya, antaranya
ialah:
a. Kadangkala
seseorang sahabat telah mendengar dan mengetahui fatwa atau hukum daripada
Baginda s.a.w. oleh itu mereka menghukum dengannya. Sedangkan hal itu tidak
diketahui atau didengar oleh sesetengah sahabat lain, lantaran itu mereka
berijtihad yang kadang kala ijtihad tersebut selaras dengan hadis da nada yang
bercanggah.
Di mana terhadapat hadis serta
fatwa Baginda s.a.w. yang sampai, diketahui juga dihafaz oleh sesetengah
sahabat, sedangkan ia berlaku sebaliknya terhadap sahabat lain. Sebagai contoh:
-
Mengenai hukum meminta izin untuk memasuki rumah
seseorang yang diketahui hukum berdasarkan hadis baginda s.a.w. dan ia tidak
diketahui oleh Umar. Iaitu sebagaimana hadis daripada Abu Sai’d al-Khudri.
“Aku berada didalam majlis orang-orang Ansar di Madinah. Tiba-tiba Abu
Musa datang dengan ketakutan. Kami bertanya: Kenapa dengan engkau? Abu Musa
menjawab : Sesungguhnya Umar menyuruhku supaya datang kepadanya. Aku pun
datang, setelah berada di hadapan pintunya, aku memberi salam sebanyak tiga
kali, tetapi tidak ada jawapan, lalu aku pun pulang, tetapi setelah aku
berjumpa lagi dengannya beliau bertanya: Apakah yang menghalangimu datang
kepadaku, aku memberi salam tiga kali di hadapan pintumu. Setelah tidak ada
jawapan aku pun terus pulang. Berdasarkan peristiwa tersebut, Rasulullah s.a.w.
bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu minta izin tiga kali kemudian
tidak mendapat jawapannya, maka hendaklah ia pulang. “
-
Pewarisan atau pemberan pusaka kepada nenek. Pada
zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar datang seorang nenek menuntut bahagian
pusaka yang sepatutnya ia terima. Lalu Abu Bakar berkata : Sesungguhnya daku
tidak dapati kamu mempunyai atau berhak mendapat apa-apa bahagian pusaka dalam
al-Quran? Dan daku juga tidak mengetahui apa-apa hukum dan keputusan yang
pernah dilakukan oleh Baginda terhadap engkau, namun daku akan bertanya kepada
para sahabat umum mengenai hak pewarisan terhadap nenek. Lalu bangun al-Mughirah
ibn Syu’bah dan berkata : “ Daku berada
di sisi Rasulullah s.a.w. lalu Baginda memberikan kepadanya (nenek) 1/6
daripada harta pusaka.”
b. Sebagaimana
yang berlaku terhadap Khalifah Umar al-Khattab berkaitan nafkah serta tempat
tinggal isteri yang ditalak tiga. Dimana Fatimah bt Qais meriwayatkan yang
bermaksud; “ Suaminya telah menceraikannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. menghukumkan
dengan tidak memberikan apa-apa bahagian pun sudut nafkah dan tempat tinggal
kepada beliau”.
Sebagaimana firman Allah :
لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
Terjemahannya
: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka
(diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang.
Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka
sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya”
(SURAH AL-TALAQ 1)
c. Kadangkala
seseorang Sahabat berpendapat tentang sesuatu masalah hukum dan mengeluarkan
fatwa berdasarkan ijtihadnya terhadap masalah yang tidak ada dalam nas. Sebagai
contoh sebagaimana hadis daripada Ubaid ibn Umair katanya : Aisyah pernah
mendengar Abdullah ibn Amru berfatwa dengan menyuruh agar perempuan(
menghuraikan rambut) membuku jalinan dan ikatan rambut masing-masing apabila
mereka mandi wajib.
Sebagai rumusannya, semua itu
menjelaskan bahawa sahabat amat berhati-hati untuk menerima hadis sebagai hujah
dan seboleh-bolehnya cuba menggunkan nas al-Quran sebagai sumber biarpun
berdasarkan nas umum.
3. PERBEZAAN
IJTIHAD MASALAH TIADA NAS
Para Sahabat
akan berijtihad ketika ketiadaan nas yang menjelaskan hukum. Untuk itu mereka
akan mengeluarkan hukum dalam masalah yang dibentangkan dengan qiyas kepada
hukum yang dinyatakan dalam nas al-Quran atau hadis. Sebagai contoh :-
a. Perselisihan
mengenai mas kahwin terhadap perempuan kematian suami yang belum disetubuhi. Perselisihan
fatwa sahabat ialah :
-
Ali ibn Abu Talib mengiyaskan hukum terhadap
perempuan kematian suami sebelum disetubuhi dengan perempuan yang diceraikan
oleh suami sebelum disetubuhi dan belum mendapat ditetapkan mas kahwin. Nas menjelaskan
mengenai perempuan yang diceraikan oleh suami sebelum disetubuhi dan belum
ditetapkan mas kahwin. Sebagaimana firman Allah :
لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ
Terjemahannya : Tidaklah kamu bersalah
jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh dengan mereka atau
kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 236)
Oleh itu, Ali menggunakan al-Qiyas
untuk menghukum dalam masalah perempuan kematian suami yang belum disetubuhi
kerana kes penceraian dan kematian suami merupakan sebab berakhirnya ikatan
perkahwinan serta illah yang sama.
-
Ibn
Mas’ud mengemukakan ijtihad: perempuan tersebut masih berhak mendapatkan mas
kahwin sepenuhnya dengan kadar mahr al-mithli dan ia diambil daripada harta
peninggalan suaminya.
b.
Mengahwini
perempuan sebelum tamat tempoh iddah dan menyetubuhinya. Perselisihan fatwa
Sahabat ialah :
-
Umar
mengeluarkan fatwa haram secara selamanya terhadap lelaki yang mengahwini
seseorang wanita sebelum tamat tempoh iddah dan disetubuhinya. Selain daripada
akad nikah tersebut dikira batal, pasangan tersebut juga diharamkan berkahwin
buat selama-lamanya. Hukum diselaraskan dengan mempraktikkan kemaslahatan dan
selaras dengan tujuan syariat yang umum. Iaitu pengajaran terhadap lelaki yang
melampaui terhadap hak suami atau hak orang lain.
-
Ali
ibn Abu Talib berpendapat pasangan tersebut boleh melangsungkan akad
perkahwinan antara mereka semula sama seperti yang diharuskan terhadap orang
lain. Iaitu sebaik-baik sahaja wanita itu tamat menjalani tempoh iddahnya. Ali
berfatwa dan berpendapat sedemikian dengan beramal serta diselaraskan kepada
Kaedah umum.
4.
TERDAPAT
NAS UMUM.
Di dalam al-Quran dan hadis terdapat
nas hukum yang mana lafaznya berbentuk
mujmal atau umum. Ahli Fiqh kalangan sahabat mengkaji , memahami nas dan
maksudnya. Sebagai contoh ayat al-Quran ada menyatakan secara umum mengenai
pembahagian harta pusaka sebagai firman Allah :
الأنْثَيَيْنِ حَظِّ مِثْلُ لِلذَّكَرِ أَوْلادِكُمْ فِي اللَّهُ
يُوصِيكُمُ
Terjemahannya : “Allah
mensyari'atkan kepadamu tentang (pembagian warisan untuk) anak-anakmu[3], yaitu
bagian seorang anak laki-laki sama dengan bagian dua orang anak perempuan”
(SURAH
AL-NISA AYAT 11)
Berdasarkan ayat umum tersebut,
harta boleh dibahagikan juga kepada anak muslim atau kafir. Ayat tersebut dikhususkan oleh hadis bahawa anak
yang layak menerima pusaka hanyalah muslim. Sebagaimana sabda Baginda s.a.w.
“Orang islam tidak daoat mewarisi daripada orang kafir dan orang kafir
tidak dapat mewarisi daripada orang islam”
Sebagai rumusan, menilai fakta
sejarah , factor dan suasana menyebabkan fatwa di kalangan ahli fiqh sahabat
ada yang berbeza walaupun ia menyentuh masalah atau perkara yang sama. Walau
bagaimanapun, berlaku perselisihan antara mujtahid kalangan sahabat dan
kadangkala berbeza pendapat, namun hakikatnya ia berlaku tidak secara meluas
pada waktu itu berbanding zaman-zaman selepas mereka.
No comments:
Post a Comment