PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Monday, 22 February 2016

IJMA' PARA SAHABAT


Ijma' merupakan dalil hukum atau perundangan yang desepakati ole jumhur ulama tentang kehujahannya.

 Bahasa :  membawa maksud keazaman atau azam yang kuat .

  Istilah :   persepakatan kalangan para mujtahid dalam sesuatu masa mengenai sesuatu hukum syarak.

               



FAKTOR KURANG PERSELISIHAN


  • Sahabat belum tersebar kerana para sahabat utama pada waktuitu belum ramai yang tinggal di wilayah berjauhan dari hijaz sebagaimana zaman selepas mereka . Ekoran perkara tersebut persepakatan senang dicapai serta tidak banyak perselisihan hukum dalam masalah yang sama.

  • Kurang dan belum meluasnya periwayatan hadis. Jika hadis ini kurang jumlahnya menyebabkan kemungkinan berlaku percanggahan juga berkurangan. Hal itu bersalahan dengan zaman selepas sahabat utama itu . Yang muncul hadis palsu serta perbezaan kaedah-kaedah penerimaan khabar wahid sebagai hujah hukum .

  • Sesetengah sahabat bersikap berhati-hat, takut dan cuba mengelak daripada berfatwa. Mereka hanya berfatwa atau berijtihad dalam keadaan terpaksa dan amat perlu sesetengah keadaan, terdapat sahabat apabila dibentangkan kepada mereka sesuatu masalah, akan mengejutkan atau menyuruh orang yang bertanya berjumpa sahabat lain untuk mendapat fatwa, bukannya membuka ruang untuk menjawab dan memberi fatwa .

IJTIHAD
·         Tidak selalunya mendapat hukum yang sama atau sepakat .

JENIS-JENIS  IJTIHAD
1.       Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid untuk mentafsirkan nas serta menjelaskan makna .

2.       Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid untuk menjelaskan belaku yang tidak ada nas mengenainya.

3.       Ijtihad yang dilakukan olehmujtahid untuk menjelaskan hukum yang berlaku, namun tidak terdapat dalam nas syarak yang menjelaskannya.

BERLAKU IJTIHAD SAHABAT DAN SUMBERNYA
Sejarah merakamkan antara peristiwa serta perkaraawal yang muncul berkaitan ijtihad para sahabat selepas kewafatan baginda ialah tempat pengebumian baginda dan  jawatan  khalifah .  Ini adalah kerana persoalan itu tidak terdapat nas, sama ada di dalam al-quran dan hadis .

KEHUJAHAN IJTIHAD DAN WASILAHNYA

·         Sebenarnya yang dimaksudkan ijtihad sebagai sumber ialah wasilnya dan kaedah yang dilalui oleh mujtahid kalangan sahabat untuk istinbat hukum syarak daripada sumber asalnya, iaitu al-quran dan hadis.
·         Ijtihad merupakan perkara penting di dalam pembinaan hukum .
·         Ijtihad sentiasa berkembang mengikut kesesuain masa, kaedaan dan tempat .
·         Fatwa serta hukum yang dikeluarkan oleh para sahabat utamapada zaman tersebut belum lagi dibukukan dan belum dikumpulkan bahkan ia hanya tersimpan dalam dada para sahabat atau dihafaz sebagaimana hadis.
Fatwa tersebut dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain bersama dalil serta riwayatnya 

No comments:

Post a Comment