PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

PENGANTAR PERUNDANGAN DALAM ISLAM

Monday, 22 February 2016

FAKTOR MEMBAWA KESAN PERUNDANGAN

Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berkembang pesat Fiqh islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Sehubungan dengan itu apa yang dapat dijelaskan di sini antara faktor utama yang memainkan peranan penting terhadap perundangan dan Fiqh pada zaman Khalifah al-Rasyidin, iaitu:

1.       Wilayah Islam Bertambah
Pada masa pemerintahan Umar dan Uthman telah meluas wilayah jajahan yang berada dibawah kekuasaan dan pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah. Dimana kuasa dan pengaruh Islam telah merebak hingga ke negara Parsi, Iraq, Syam dan Mesir.

Oleh sebab itu, perlu kepada ahli Fiqh, mufti dan pendakwah yang lebih ramai. Peranan tersebut dimainkan oleh para Sahabat sebagai penjelas hukum dan muamalat. Kerana mereka itulah yang bertindak sebagai penyebar dakwah kepada sekalian manusia selepas kewafatan Baginda.

Sebahagian daripada wilayah yang ditakluki Islam  mempunyai adat tradisi juga Urf masing-masing. Selain itu, wilayah tersebut mempunyai undang-undang, dan urusan muamalat. Untuk itu, setiap wilayah yang dikuasai oleh Islam perlu kepada ulama atau ahli Fiqh daripada mereka yang alim dari kalangan Sahabat untuk menjelaskan peraturan tersebut agar masyarakat mengikuti landasan dan amalan yang selaras dengan syariat serta undang-undang Islam.

2.       Pergaulan Dengan Orang Ajnabi
Ekoran perluasan wilayah Islam menyebabkan berlaku percampuran orang-orang Arab dengan bangsa lain. Kalangan bangsa lain yang ditakluki itu sebahagiannya memeluk Islam dan ada juga yang kekal di atas agama asal mereka. Untuk itu, dalam kehidupan dan urusan hidup mereka terbentuknya muamalat serta hubungan seharian. Bentuk muamalat, urusan hidup serta adat-adat yang berlangsung di kalangan mereka sebahagian besarnya berlainan dengan apa yang berlaku di kalangan bangsa Arab serta semasa zaman perutusan Baginda Rasulullah s.a.w.
        Untuk mengatur urusan, hubungan seharian, adat dan muamalat tersebut perlulah kepada ahli Fiqh serta mufti kalangan Sahabat mengeluarkan fatwa. Mereka bertindak mengkaji dan meneliti nas dalam al-Quran dan hadis serta Kaedah Umum juga Tujuan Syariat. Berdasarkan kaedah-keedah tersebut para Sahabat berijtihad untuk menjelaskan hukum dan bentuk yang perlu dilakukan dalam menjalinkan hubungan dan muamalat tersebut.

3.       Terjalin Hubungan Dengan Non Muslim
Zaman Khalifah al-Rasyidin terbentuk hubungan antara kaum muslimin dengan bukan islam. Hal itu ekoran terjalin hubungan antara pemerintahan islam dengan negara bukan Islam yang ditawan  atau negara bukan Islam yang memohon perlindungan. Untuk itu, ulama dan ahli Fiqh kalangan Sahabat perlulah mengkaji nas daripada al-Quran dan hadis atau meneliti dalil-dalil lain untuk menetapkan hukum serta hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka atau hak yang wajib mereka tunaikan.
       Untuk itulah jelas di sana ia merupakan masalah baru dan perlu kepada kajian. Yang mana hukum mengenai perkara itu tidak ada pada zaman Baginda Rasulullah s.a.w. Seterusnya juga semua itu tidak terdapat nas hukum menegenainya secara tegas dan jelas. Lantaran itu, ia perlu kepada ijtihad dan perbahasan berdasarkan Tujuan Umum Syariat serta kemaslahatan untuk menjelaskan hukum mengenainya.


1 comment: